PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ASEAN perlu pengendalian lebih cekap

Go down

ASEAN perlu pengendalian lebih cekap Empty ASEAN perlu pengendalian lebih cekap

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed Jun 09, 2010 1:46 pm

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam menyarankan ASEAN mengkaji semula kaedah pengendalian hal- ehwalnya bagi memastikan organisasi itu lebih berkesan dalam menghadapi cabaran perubahan landskap strategik global.

Perdana Menteri berkata, negara anggota perlu mengenal pasti cara untuk membuat dan melaksana keputusan dengan lebih cepat dan cekap selain membangkitkan isu yang lebih menyeluruh dan relevan, termasuk memanfaatkan potensi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bagi memastikan faedahnya disebar luas ke negara serantau.
Selain itu, beliau menyeru peserta persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-24 memikir dan menimbang secara kolektif bagaimana Amerika Syarikat dan Russia boleh menyertai pembangunan kerangka rantau Asia Pasifik.

Katanya, dua negara itu mempunyai kelebihan masing-masing dengan Amerika Syarikat sebagai pelengkap kepada orde rantau Asia Pasifik, termasuk dalam aspek ekonomi, politik dan kebudayaan masa depan manakala aspek geografi Russia menjadikan negara itu penting dalam perkembangan hal ehwal rantau itu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-24 bertemakan ‘Masa Depan Pembinaan Kerangka Rantau Asia Pasifik’, di sini, semalam.

Hadir sama, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazri Shah dan Pengerusi ASEAN-Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (ISIS), Dr Thitinan Pongsudhirak dan Pengerusi ISIS Malaysia, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan.

Seramai 200 peserta terdiri daripada menteri, wakil diplomat, pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara Asia Pasifik menghadiri persidangan selama tiga hari yang berakhir esok.
Perdana Menteri berkata, negara Asia Tenggara juga melihat potensi hubungan dengan Amerika Syarikat dan Russia dan ia digambarkan menerusi Sidang Kemuncak ASEAN di Hanoi, baru-baru ini, memberi mesej jelas bagi menggalakkan dua negara itu mengukuhkan pembabitan mereka dalam membentuk perubahan serantau.


Najib berkata, dua negara berkenaan juga memenuhi kelayakan rasmi dalam penyertaan mereka pada sidang Kemuncak Asia Timur (EAS).

“Selain menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC), mereka menjadi rakan dialog Asean, dan memiliki hubungan kerjasama yang cukup akrab serta kukuh dengan pelbagai negara dan organisasi tertentu,” katanya.

Mengulas pembangunan kerangka rantau Asia Pasifik, Perdana Menteri berkata, ia harus dilihat sebagai satu siri lingkaran berpusat dengan Asean terletak di tengah-tengahnya, diikuti dengan Asean Plus Three (APT) dan EAS, yang mana mereka mewakili evolusi dan peningkatan kematangan dalam kerjasama di rantau Asia Pasifik.

Bagi Asia Tenggara, katanya, pembangunan kerangka serantau sedang dan akan terus dilaksanakan selain berusaha menyepadukan manfaat penting yang dihasilkan antara ASEAN dan APT.

“Pada masa sama, kita akan membangunkan EAS sebagai ruang untuk kerjasama dengan lingkaran lebih besar di rantau yang lebih luas,” katanya.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum