PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Asean

Go down

Asean Empty Asean

Post  wonderfoo_99 Mon Jul 21, 2008 10:25 am

AMM capai kemajuan


GELOMBANG kemarahan rakyat mengutuk kekejaman Israel membedil Genting Gaza dan Lebanon mengakhiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-39 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Jumaat lalu.


Tercapaikah agenda AMM?


KRISIS Asia Barat, proses pendemokrasian Myanmar dan senjata nuklear Korea Utara - tiga isu mendesak menguasai Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Ke-39 (AMM), ASEAN+ 3 (China, Jepun dan Korea) dan Forum Serantau ASEAN (ARF) yang berakhir semalam.


ASEAN terus melangkah ke depan


KUALA LUMPUR – ASEAN terus mencapai banyak kemajuan dalam usahanya merealisasikan agenda ke arah pembentukan Komuniti ASEAN seperti yang ditetapkan dalam Program Tindakan Vientiane (VAP), yang diluluskan semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-9 pada 2004.


Masalah ASEAN, Myanmar belum selesai


ISU Myanmar masih menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Ke-39 yang bersidang di Kuala Lumpur sekarang.


Mesyuarat tumpu lebih isu global


ASEAN, gagasan rantau yang menjunjung prinsip tidak campur tangan dalam urusan atau hal ehwal dalaman negara angggota, kini mungkin tidak boleh lagi menutup sebelah mata ke atas krisis dunia, terutama apa yang berlaku di sekelilingnya.


Melahirkan ‘satu’ ASEAN


MELAHIRKAN ASEAN sebagai sebuah pertubuhan yang disegani dan dihormati adalah harapan khusus dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) yang bermula hari ini.


Kukuhkan ASEAN melalui integrasi


TINGGAL beberapa hari sahaja lagi Menteri-Menteri Luar ASEAN akan bermesyuarat di ibu kota bagi membincangkan pelbagai aspek tentang entiti 10 negara anggota itu.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Asean Empty Re: Asean

Post  wonderfoo_99 Wed Jul 23, 2008 10:34 am

ASEAN gagal reda ketegangan Thai, Kemboja
SINGAPURA 22 Julai - Menteri-Menteri Luar ASEAN hari ini gagal meredakan ketegangan antara Thailand dengan Kemboja semasa rundingan krisis di sini berhubung konfrontasi di kawasan sempadan dua negara anggota ASEAN itu.

Semasa mesyuarat makan tengah hari itu, kedua-dua Menteri Luar dari Thailand dan Kemboja memberikan taklimat mengenai isu tersebut, kata seorang diplomat Asia.

"Kemboja mahu perbalahan itu diselesaikan menerusi ASEAN, tetapi pihak Thai mahu penyelesaian dicapai secara dua hala," katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan tidak ada sebarang kemajuan dicapai.

Diplomat berkata, Kemboja mengirim surat kepada ASEAN pada minggu ini meminta bantuan bagi menyelesaikan pertikaian dengan Thailand berhubung sebahagian kawasan sempadan dekat sebuah kuil Hindu purba.

Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan berkata, mesyuarat hari ini berlangsung dalam suasana "mesra" tetapi tidak menyatakan sama ada kemajuan dicapai atau tidak.

"ASEAN masih berpegang dengan kenyataan Pengerusinya malam semalam supaya kedua-dua pihak menyelesaikan isu antara mereka secara baik," kata Surin.

Beliau menjelaskan, ASEAN sentiasa bersedia untuk memberikan sebarang sokongan yang diingini oleh kedua-dua pihak.

"Kita tidak boleh bertindak lebih daripada itu," katanya.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum