PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pasangan remaja mengaku salah kebumikan mayat bayi

Go down

Pasangan remaja mengaku salah kebumikan mayat bayi Empty Pasangan remaja mengaku salah kebumikan mayat bayi

Post  Kar Yung (U6A/2010) Tue May 18, 2010 3:47 pm

MELAKA: Dua pelajar iaitu ibu bayi dan teman lelakinya, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dan mengebumikan mayat seorang bayi lelaki di tepi sungai di Taman Melaka Baru, Batu Berendam Rabu lalu.

Ibu bayi itu, seorang pelajar berusia 15 tahun, dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru, di sini dituduh bersama-sama melakukannya di antara jam 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari pada 12 Mei lalu.
Kedua-dua tertuduh yang bertubuh kecil didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama iaitu jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pelajar perempuan itu yang kelihatan menggigil di mahkamah, memakai dua lapis kemeja-T dan menutup mukanya dengan sehelai tuala manakala pelajar lelaki pula memakai kemeja-T berwarna cerah dan berseluar gelap.

Muhammad Safiuddin berada dalam kandang tertuduh manakala pelajar perempuan itu berada di luar kandang sewaktu jurubahasa membaca pertuduhan di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail.

Kedua-duanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latif meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 dan seorang penjamin kepada kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bela.
Ketika merayu ikat jamin itu dikurangkan, Muhammad Safiuddin memberitahu mahkamah dia ingin meneruskan pengajiannya dan juga meminta mahkamah memberi peluang kepadanya untuk berubah.

Manakala pelajar perempuan dalam rayuannya berkata, dia mahu meneruskan pelajarannya dan turut memberitahu ibunya seorang ibu tunggal.

Muhamad Faizal menetapkan kedua-dua tertuduh dikenakan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jun depan untuk laporan sosial dan laporan akhlak disediakan oleh pihak pendakwaan sebelum dijatuhi hukuman.

Terdahulu wartawan dan jurugambar sudah berada di Mahkamah Majistret Alor Gajah sejak jam 8 pagi untuk liputan kes berkenaan sebelum dimaklumkan pada kira-kira jam 1 tengah hari bahawa kes itu dipindahkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum