Dua wanita mengaku tidak bersalah jual bayi
4 posters
Page 1 of 1
Dua wanita mengaku tidak bersalah jual bayi
2010/05/04
KLANG: Dua wanita menganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sehari untuk tujuan eksploitasi pada Mei tahun lalu.
Lee Chew Ean, 57, dari Pulau Pinang dan Lim Hue Im, 49, dari Banting, didakwa menjual bayi yang dikenali sebagai Tan Lyn pada jam 6.30 petang 24 Mei 2008 di rumah bernombor 97 Jalan Beringin 1, Taman Banting, Banting.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin, memohon Hakim Yong Zaridah Sazali supaya kedua-dua wanita itu masing-masing dikenakan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam Afifudin Hafifi, yang mewakili kedua-dua tertuduh itu, merayu supaya jumlah ikat jamin dikurangkan.
Katanya Lee, yang menghidap penyakit asma, darah tinggi dan batu karang, mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah manakala Lim mengalami sakit tulang belakang dan menanggung ibunya yang berusia 70 tahun.
Afifudin juga memohon supaya mahkamah mengguna pakai ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin yang dikenakan ke atas Lim dalam satu lagi kes sama sebelum ini.
Jumaat lalu, Lim didakwa mengikut akta yang sama kerana menjual seorang bayi lelaki Lau Zi Hao berumur dua hari di Farmasi Jenjarom, Taman Tanah Mas, Jenjarom, Banting pada pukul 2 petang, 21 Mac 2007.
Selepas mendengar rayuan, Yong Zarida membenarkan ikat jamin RM20,000 dan seorang penjamin ke atas Lim diguna pakai manakala Lee dikenakan ikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin.
Hakim juga mengarahkan kedua-dua tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan pada hari pertama setiap bulan sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes itu ditetapkan pada 3 Jun ini. - Bernama

Ong SQ (U6B/2010)- Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32
Re: Dua wanita mengaku tidak bersalah jual bayi
Dari segi masyarakat, memang tidak salahnya wanita tersebut meninggalkan anaknya kerana dia memang betul-betul tidak lagi mampu menjaga bayinya yang masih kecil lagi.
Namun, penjualan bukan penyelesaian yang terbaik, wanita tersebut boleh menumpang bayinya di rumah saudaranya atau rakan karibnya.
Dari segi moral, memang inilah kesalahan yang berat kerana nyawa merupakan benda yang tidak ternilai, dan mereka menjual bayinya dengan tujuan exploitasi!!! Ini menggeramkan saya..

Khang Wei (U6B/2010)- Posts : 82
Join date : 2009-05-12
Re: Dua wanita mengaku tidak bersalah jual bayi
Saya bersetuju dgn pandangan khang wei kerana walaupun tidak lagi mempunyai kemampuan untuk menyara hidup bayinya sendiri, melakukan pemerdagangan manusia dan menjualkan bayinya adalah sst yang tidak bermoral, tidak rasional dan tidak berperikemanusiaan.
menjualkan cahaya mata sendiri sebagai penukaran untuk duit adalah sst yang kejam.
Selai itu, ia merupakan cara penyelesaian yang tidak rasional. Pesalah itu boleh mendapatkan bantuan daripada organisasi kebajikan atau kerajaan supaya dapat menyelesaikan mesalah dengan sesuai.

You Lee Shuen- Posts : 23
Join date : 2009-06-30
Re: Dua wanita mengaku tidak bersalah jual bayi
Perbuatan ini amat memalukan komuniti Cina. Tragedi ini berlaku kerana seseorang tidak mampu menjaga anaknya atas alasan bebanan dari ahli keluarga. Bebanan itu tidak terjadi dalam satu atau dua hari, mengapakah wanita itu tidak berfikir masak-masak sebelum bertindak? Jika tidak mampu menyara anak, apakah sebab hendak membawa anak yang tidak berdosa ke dunia ini? Tambahan pula, pemerdagangan bayi untuk tujuan eksploitasi ialah satu perbuatan yang kejam. Pesalah ini tidak patut diikat jamin dan kedua-dua orang harus bertanggungjawab ke atas perbuatan mereka.
lee kah yent(L6A)- Posts : 31
Join date : 2009-05-17
Similar topics
» Wanita asing cuba jual bayi perempuan RM10,000 diberkas
» Macam-macam: Wanita susu bayi sambil memandu kena tahan
» Pasangan remaja mengaku salah kebumikan mayat bayi
» Sindiket jual bayi terbongkar
» Jual bayi: 4 lagi ditahan reman

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum