PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peningkatan minyak sebanyak 40%

+8
hawjiun
sim
wonderfoo_99
PnLeela
siewMei
Jennifer Ong
weichian_89
vinclam1314
12 posters

Page 2 of 3 Previous  1, 2, 3  Next

Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  hawjiun Thu Jun 12, 2008 12:21 pm

Sebenarnya gas NGV adalah sejenis gas and komponen utamanya ialah metana. Jadi, ia merupakan sejenis gas.Penggunaan NGV sememangnya boleh mengurangkan kos perbelanjaan seharian. Bukan itu sahaja, 1 liter gas NGV hanya 56.5sen sahaja. Maka, kebanyakan pemandu teksi di malaysia mempraktikkan penggunaan NGV. Sekiranya mereka tidak menggunakan bahan api yang murah untuk menggerakkan keretanya, bagaimanakah mereka boleh mencari nafkah hidup? Sedangkan harga minyak masih tidak stabil pada masa kini. Di samping itu, kerajaan juga akan memberi diskaun roadtax sebanyak 25% kepada pengguna NGV. Ini membuktikan bahawa kerajaan juga ingin menggalakkan pengguna menggunakan gas NGV. Wink

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  siewMei Thu Jun 12, 2008 12:28 pm

wah...betulkah pengguna gas NGV diberi diskaun sebanyak 25% roadtax,ini memang menguntung! dapat jimat perbelanjaan petrol dan juga roadtax,haha.. Very Happy
Akan tetapi ya,abang hawjiun kata gas NGV ini terdiri daripada metana dan metana juga merupakan satu sumber terhad kan? Jadi,adakah sumber gas NGV ini semakin kurang jika pengguna gas NGV semakin banyak? Shocked

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  hawjiun Thu Jun 12, 2008 12:49 pm

Betul kata anda kakak siew mei. Metana merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Sememangnya metana diperolehi semasa pencari galian petroleum di lautan. Metana juga akan dipam bersama-sama semasa petroleum dipam dari dasar laut. Maka gas metana and petroleum juga akan berkurangan.Namun begitu, metana juga boleh diperolehi daripada biogas. Biogas merupakan hasil-hasilan bakteria pengurai yang menguraikan bahan-bahan organik tanpa oxygen. Gas metana juga boleh diperolehi dari biogas. Saya berasa bekemungkinan mempunyai kaedah alternative lain yang boleh mendapat gas metana selain daripada cara yang saya sebutkan. Tiba-tiba berasa ingin belajar organic la... haha... Laughing Laughing

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  vinclam1314 Fri Jun 13, 2008 10:24 am

oo.. rupa-rupanya gas NGC ialah gas metana.. tapi, pada pagi tadi, adik jiun jiun pernah tunjukkan satu gambar dan kalau saya tak salah, kamu cakap gambar itu ialah penyesuaian kereta untuk menggunakan gas NGV.. adakah penyesuaian ini sesuai bagi semua kereta dan harganya lebih kurang berapa?
saya pernah membaca petikan yang mengatakan di negar luar terdapat kerajaan yang menukarkan makanan seperti corn kepada minyak untuk menghasilkan elektrik dan kegunaan lain. akan tetapi, tindakan kerajaan itu dikatakan tidak sesuai pada masa ini kerana harga makanan semakin meningkat dan masalah kekurangan makanan dunia.. akan tetapi, saya berasa cara ini agaklah sesuai kerana makanan seperti corn adalah tenaga alternative manakala pembakaran petroleum adalah tidak alternative.. apakah pandangan abang dan kakak kalian?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  wonderfoo_99 Fri Jun 13, 2008 10:29 am

《〈《〈Kurangkan cukai pendapatan dikaji〉》》》》
PUTRAJAYA 12 Jun – Kerajaan akan menimbang kemungkinan memberi pelepasan atau pengurangan cukai pendapatan bagi meringankan beban rakyat akibat peningkatan kos sara hidup kesan kenaikan harga minyak.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, cadangan yang dibangkitkan oleh Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) pada Majlis Konsultasi Bajet 2009 dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini, akan diberi pertimbangan serius.

“Ada cadangan supaya dikaji untuk kurangkan cukai pendapatan dalam tempoh (tahun) tertentu. Kita akan lihat sama ada ia akan dimasukkan dalam Bajet 2009,’’ katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis konsultasi tersebut yang berlangsung selama empat jam di Kementerian Kewangan di sini.

Bajet 2009 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Ogos ini.

Pengurangan cukai pendapatan satu hingga dua peratus pernah dilaksanakan ke atas kira-kira 91,000 orang semasa Belanjawan 2002.

Langkah itu menyebabkan kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM853 juta.

Mengulas lanjut, menurutnya, tahap kelayakan untuk membayar cukai pendapatan di negara ini realitinya begitu tinggi.

Bagi yang masih bujang dan berpendapatan di bawah RM2,950, katanya, mereka dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan.

Pengecualian juga dibenarkan kepada mereka yang telah berkahwin dan mempunyai anak dengan pendapatan di bawah RM3,200.

‘‘Daripada 10 hingga 15 juta penduduk Malaysia yang bekerja, hanya sejuta lebih sahaja yang membayar cukai pendapatan dengan 38,000 orang sahaja yang membayar pada kadar 28 peratus,” katanya.

Ditanya sama ada pelepasan cukai pendapatan itu kelak akan merugikan kerajaan, Nor Mohamed berkata: “Cukai pendapatan hanya menyumbang setakat RM10 bilion (kepada pendapatan Malaysia) berbanding keseluruhan hasil negara sebanyak RM147 bilion.”

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  hawjiun Fri Jun 13, 2008 11:03 am

Ya. Pengubahsuaian atau modifikasi bahan api kepada NGV boleh dilakukan kesemua jenis kereta. Namun, kita masih perlu menggunakan bahan api petroleum sekiranya gas NGV telah habis digunakan.Balik kepada harganya abang toh wai boleh pergi ke workshop untuk bertanya tentang kosnya kerana adik tidak pasti samada harga itu masih sama dari dulunya. Cara itu seakan-akan sama seperti penghasilan biogas. Saya berpendapat bahawa penghasilan biogas sudah dipraktikkan di seluruh dunia. Neutral Neutral

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  vinclam1314 Fri Jun 13, 2008 11:28 am

Ooo.. jadi begitu, saya rasa saya tidak akan pergi memodifikasikan kereta saya, kerana saya masih tidak tahu di mana ada station yang mengisi gas NGV.. selain itu, kos juga merupakan salah satu masalah saya.. haha... kalau saya tidak salah, terdapat banyak negara lain telah mengamalkan penggunaan gas NGV kerana mereka bukan negara pengeluar minyak, mereka ingin menggalakkan rakyat mereka menggunakan gas NGV untuk menggantikan minyak petroleum..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  yuweilim Fri Jun 13, 2008 2:08 pm

Untuk pengetahuan Mr. Lam,hanya Stesen minyak Petronas sahaja yang mempunyai lesen untuk menjual gas NGV dan harganya adalah jauh labih murah daripada minyak petrol-RM0.68 seliter.Walaupun gas NGV adalah murah tetapi kos pemasangan tangki untuk gas NGV adalah beberapa ribu ringgit bergantung kepada jenis kereta.Pertukaran kereta kepada penggunaan gas NGV memang membawa kebaikan kerana gas NGV adalah lebih mesra alam dan anda boleh memandu perjalanan yang lebih jauh jika banding dengan isipadu minyak petrol yang sama,kononnya,RM 8 gas NGV boleh menampung perjalanan sejauh lebih kurang 150km.Berbaloikan cyclops Selain itu,saya sangat sangsi bahawa peningkatan minyak petrol dan diesel boleh menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan lrt kerana bas juga menggunakan diesel malah diesel meninkat sebanyak RM1 seliter.Walaupun kerajaan ada memberi subsidi tetapi berapa lamakah kerajaan boleh menahan?Setahu kita minyak petrol dan diesel dlm pasaran antarabangsa masih dalam peningkatan.Jika rakyat memang telah mula menggunakan lrt bagi menjimatkan wang tetapi sekarang kerajaan telah mengumumkan bahawa harga elektrik juga akan meningkat pada bulan Julai,adakah harga tiket lrt tetap sama(lrt menggunakan janaan elektrik berkuasa tinggi untuk bergerak)???Jadi bagaimanakah rakyat hidup?Semua harga barang naik tetapi gaji tak naik.Paling baik duduk dalam rumah saja tetapi dalam rumah juga perlu guna wang (semua barangan elektrik perlu guna elektrik dan harga elektrik lagi) Sad Haiz..susahnya hidup kita pale

yuweilim

Posts : 10
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  vinclam1314 Fri Jun 13, 2008 2:34 pm

haha... ya.. memanglah susah hidup kita sekarang.. bukan sahaja rakyat Malaysia yang susah, tetapi juga rakyat di luar negara. Di negara barat, terdapat banyak negara yang mempunyai banyak protest tentang peningkatan harga minyak. Terdapat juga orang yang mati dalam protest peningkatan harga minyak. Di negara timur pula, protest yang sama juga berlaku. Polis terpaksa membocorkan cermin kereta dan membawa kereta secara paksa untuk memastikan kelancaran jalan raya-kereta menyesakkan jalan raya secara sengaja.Oleh itu, kita haruslah bersyukur kerana masih tiada protest yang hebat berlaku di negara kita.Wink
Di negara kita pula, persatuan syarikat bus mengatakan kemungkinan besar akan meningkatkan tiket bus selewat-lewatnya pada hujung bulan. Mereke memberikan cadangan kepada kerajaan supaya membenarkan mereke meningkatkan harga tiket sebanyak 100% tetapi mereka berasa kerajaan biasanya tidak akan mengizinkan. Bagi syarikat system LRT, saya berasa mereka juga akan meningkatkan harga tiket kerana mereka tidak pernah meningkatkan harga tiketnya. Sebagai contohnya, System LRT STAR tidak pernah meningkatkan harga tiketnya sejak penubuhannya- sudah selama +- 9 tahun. Shocked Oleh itu, jika system LRT meningkatkan harganya, saya masih boleh memahaminya.. sedangkan saya salah seorang penyokongnya.. haha.. untuk maklumat yang selanjutnya tentang Rapid KL, sila rujukkan Rapid KL

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Kenaikan harga LRT

Post  yuweilim Fri Jun 13, 2008 4:44 pm

Mr.Lam memang lebih menaiki LRT Star tetapi kurang menaiki LRT Putra.Justeru Mr. Lam tidak tahu LRT Putra pernah sekali menaikkan harganya sebanyak 30 sen.Walaupun 30 sen kelihatan seperti jumlah wang yang kecil tetapi 'sedikit-sedikit,lama-lama akan menjadi bukit',ia akan menjadi jumlah yang agak besar setelah tempoh yang panjang dan merupakan satu beban kepada rakyat.

yuweilim

Posts : 10
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  szejiengoo (U6F) Fri Jun 13, 2008 6:05 pm

saya berpendapat bahawa kenaikan harga minyak merupakan sesuatu yang wajar.
sesetengah orang mungkin menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak bertimbang rasa terhadap rakyat tetapi saya berasa
kenaikan harga minyak ini adalah demi kepentingan ekonomi dan pembangunan negara.

secara logiknya, pihak kerajaan tidak mungkin asyik menambahkan subsidi semata-mata untuk mengekalkan harga minyak
kerana harga minyak pasaran dunia semakin meningkat. dengan kenaikan 40% ini, pihak kerajaan tidak akan terlalu tertekan
dan sebaliknya mereka dapat menggunakan wang subsidi ini untuk kegunaan sektor pengangkutan awam.

dengan kenaikan taraf pengangkutan awam, masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran juga dapat dikurangkan.
jadi saya amat berharap pihak kerajaan akan berusaha menaikkan taraf pengangkutan awam seperti melebarkan rangkaian perjalanan
transit aliran ringan dan bas awam.

szejiengoo (U6F)

Posts : 32
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  hawjiun Sat Jun 14, 2008 9:38 am

Ya. Saya juga bersetuju dengan pandangan szejiengoo.Secara keseluruhannya, kenaikan harga minyak pada masa ini amat membebankan. Apabila harga minyak meningkat, semua barang keperluan pun turut meningkat.Tetapi ada sesuatu tidak akan meningkat walaupun betapa buruknya keadaan ekonomi ,iaitu GAJI. Bagi orang yang berpendapatan rendah, kenaikan harga minyak amat membebankan mereka. Namun, bagi orang yang berpendapatan yang memuaskan turut akan menghadapi masalah kewangan. Selepas apa yang telah berlaku, yang penting kita perlu mencari jalan alternative ataupun cara-cara yang boleh mengurang kos perbelanjaan seharian kita. Laughing

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  vinclam1314 Sun Jun 15, 2008 1:41 pm

Ya, gaji memang sukar dan jarang ditingkatkan tidak kira dalam mana-mana keadaan.. Bagi seseorang yang berpendapatan tinggi, peningkatan harga barangan dan minyak tidak memberikan banyak masalah ; bagi seseorang yang berpendapatan rendah pula, peningkatan harga barangan dan minyak tentulah memberikan masalah yang sangat besar..

Kerajaan telah mula mengedarkan wang kepada tuan kereta-kereta. Iaitu sebanyak RM 625 bagi tuan kereta yang 2000cc dan kebawah.. tuan motosikal yang dibawah 250cc juga boleh mendapat RM150.. adakah ini dapat membantu rakyat? adakah ini mampu mengganti harga petrol yang meningkat dalam kadar yang tinggi? apakah pandangan kalian?

Di Wilayah Persekutuan KL, semua tempat letak kereta dikenakan bayaran yang lebih tinggi berbanding dengan bayaran dahulu (sebayak RM 0.20-jika tiada kesalahan) dan masa yang dikenakan bayaran letak kereta juga diperpanjangkan.. Kini, harga petrol yang tinggi belum disesuaikan oleh rakyat Malaysia.. dasar kerajaan ini telah membebankan lagi rakyat. Apakah pandangan kalian mengenai perkara ini?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  Jennifer Ong Sun Jun 15, 2008 3:55 pm

Pada pendapat saya, peningkatan harga minyak, peningkatan harga tiket untuk letak kereta dan lain-lain bagaikan pelajar yang membuat keputusan untuk mengambil STPM. Contohnya, kami yang sebelum ini belajar Sains dalam bahasa Melayu terpaksa belajar Sains dalam bahasa Inggeris di tingkatan 6. Tambahan pula, apa yang diajar dalam pelajaran tingkatan 6 adalah jauh berbeza daripada apa yang diajar dalam pelajaran tingkatan 5. Mula-mulanya, kami mengalami masalah untuk menyesuaikan diri, tetapi lama-kelamaan, kami dapat biasakan diri juga.

Hal yang sama akan berlaku kepada rakyat Malaysia, lama-kelamaan, kita juga akan biasakan diri dengan peningkatan harga barangan. cheers

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  weichian_89 Mon Jun 16, 2008 1:26 pm

ya...betul cakap saudari jennifer tu,betapa susah kehidupan,rakyat tetap perlu meneruskan kehidupan dan lama kelamaan mereka akan dapat menyesuaikan diri...
setelah kerajaan pusat mengumumkan kenaikan harga petrol telah menbangkitkan rasa tidak puasan daripada rakyat.dengan ini,kerajaan telah mengambil keputusan memperkenalkan dasar rebat tunai untuk menrendamkan para rakyat,tetapi,adakah rakan kalian rasa dasar ini dapat membantu???bagi saya dasar ini langsung tidak menringankan beban rakyat.dasar ini hanya membantu rakyat membiayai pembayaran petrol dalam tempoh yang pendek sahaja. No bagaimanakah pandangan rakan kalian???

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  hawjiun Mon Jun 16, 2008 3:01 pm

weichian_89 wrote:ya...betul cakap saudari jennifer tu,betapa susah kehidupan,rakyat tetap perlu meneruskan kehidupan dan lama kelamaan mereka akan dapat menyesuaikan diri...
setelah kerajaan pusat mengumumkan kenaikan harga petrol telah menbangkitkan rasa tidak puasan daripada rakyat.dengan ini,kerajaan telah mengambil keputusan memperkenalkan dasar rebat tunai untuk menrendamkan para rakyat,tetapi,adakah rakan kalian rasa dasar ini dapat membantu???bagi saya dasar ini langsung tidak menringankan beban rakyat.dasar ini hanya membantu rakyat membiayai pembayaran petrol dalam tempoh yang pendek sahaja. No bagaimanakah pandangan rakan kalian???

Saya bersetuju dengan dasar yang dikemukakan oleh kakak weichian. Kerajaan mengadakan program rebate tunai semata-mata ingin merendamkan kemarahan rakyat untuk sementara waktu. Di samping itu, program rebate ini juga tidak dapat menampung harga minyak yang melambung. Saya berpendapat bahawa inilah masa untuk kita berusaha bergantung kepada diri sendiri tanpa dibantu oleh kerajaan lagi. Sekiranya kita masih ingin bergantung kepada kerajaan maka negara kita tidak akan maju dan pemikiran rakyat juga akan mundur serta impian Tun Mahathir "wawasan 2020" juga sukar dicapai. Wink

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  vinclam1314 Tue Jun 17, 2008 11:20 am

saya bersetuju dengan adikku yang mengatakan bahawa kita tidak haruslah bergantung kepada kerajaan sahaja.. sebagai contohnya, di banyak negara luar, kerajaannya hanya subsidi sedikit sahaja... seperti negara British, harga minyaknya adalah beberapa kali ganda harga minyak Malaysia.. Rakyat mereka terpaksa mengampungi harga minyak dunia yang meningkat.. dengan ini lah, rakyat mereka dapat menyesuaikan diri dalam masa yang lebih singkat berbanding dengan negara asia yang subsidi banyak... (Negara barat juga mengatakan kerajaan Asia yang mengenakan subsidi minyak yang tinggi telah meningkatkan lagi harga minyak dunia dan menyebabkan rakyatnya terlalu senang sehingga sukar menyesuaikan diri apabila harga minyak negara-negara meningkat)

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  weichian_89 Tue Jun 17, 2008 5:32 pm

saya tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh saudara toh wai,walaupun terdapat subsidi yang kurang dalam petrol bagi negara british,tetapi kerajaan si situ telah memberi banyak elaun kepada rakyatnya.sebagai contoh,sesiapa yang mengalami pengangguran akan diberikan elaun pengangguran,inilah cara yang memang membantu mengurangkan beban rakyat.selain itu,dalam sistem gaji negara british juga adalah berbeza dengan negara kita.pekerja mereka boleh mendapatkan gajinya setiap minggu,manakala pekerja di negara kits pula mendapatkan gaji pada setiap bulan.dengan pendapatan gaji setiap minggu,rakyatnya dapat mengatasi kehidupannya.oleh itu,tidak boleh menbandingkan keadaan negara british dengan negara kita kerana setiap kerajaan akan melaksanakan dasar yang berbeza untuk mengatasi masalah dalam ekonomi. Exclamation

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  vinclam1314 Wed Jun 18, 2008 9:22 am

Oo.. rupa-rupanya rakyat mereka menerima gaji setiap minggu.. >< urm.. pernahkah kalian mengetahui bahawa kerajaan kita sedang membuat satu cadangan bahawa semua pekerja kerajaan akan mendapat gaji dua kali setiap bulan? cadangan ini dibuat mungkin adalah pembelajaran daripada dasar negara luar.. kerajaan mengatakan bahawa cadangan ini adalah untuk menggalakkan rakyat untuk merancangkan pembelajaran mereka sekali lagi.. akan tetapi, cadangan ini mesti mendapatkan pendapat daripada orang ramai... kerana mungkin terdapat apa-apa keburukan juga... oleh itu, dasar ini masih dalam perbincangan.. apakah pendapat kalian mengenai perkara ini?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  Jennifer Ong Fri Jun 20, 2008 10:37 am

Rancangan ini ada baik dan buruknya. Contohnya, jika gaji dibayar dua kali sebulan, kakitangan sekurang-kurangnya dapat mengawal perbelanjaan mereka untuk sebulan. Kerajaan dapat pastikan bahawa kakitangan masih mempunyai wang untuk berbelanja pada akhir bulan. Rancangan ini dicadangkan kerana ada yang berpendapat bahawa rakyat negara masih tidak tahu untuk merancang perbelanjaan mereka.

Walaubagaimanapun, rancangan ini juga ada keburukkannya. Ini adalah demikian kerana kebanyakan kakitangan kerajaan yang berkeluarga perlu melangsaikan bil-bil pada awal bulan. Misalnya, bil elektrik, bil telefon, bil air, yuran sekolah, yuran tuisyen, cukai-cukai(jalan,tanah), bayaran/sewaan rumah/kereta dan banyak lagi. Jika gaji dibayar dua kali sebulan, adalah sukar untuk mereka membayar bil-bil tersebut.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  siewMei Fri Jun 20, 2008 10:43 am

ya,saya terbaca keratan akhbar tentang gaji pekerja kerajaan akan diberi dua kali sebulan dan bukannya satu kali lagi.. saya rasa langkah ini agak bagus juga kerana pekerja kerajaan dapat merancang perbelanjaan mereka dengan lebih baik dan mereka tidak dapat mengguna gaji sehingga habis sebelum mereka mendapat gaji bulan depan. daripada pemerhatian saya,pasaraya seperti giant,carrefour,tesco dan lain lain mendapat sambutan yang baik terutamanya dalam tempoh 25-10haribulan setiap bulan kerana masa ini merupakan masa gaji dikeluarkan.. Rakyat gemar mengguna wang mereka sebaik sahaja mereka mendapat gaji mereka tanpa membuat perancangan yang baik. Oleh itu,mereka selalu menghabiskan gaji mereka dalam sekelip mata sahaja.apabila mereka perasan gaji mereka hampir habis digunakan baru mereka ikat perut dan berjimat kerana jika tidak berbuat demikian,mereka tidak mempunyai wang yang secukupnya untuk bertahan hingga pembayaran gaji yang seterusnya. perut dan berjimat kerana jika tidak berbuat demikian,mereka tidak mempunyai wang yang secukupnya untuk bertahan hingga pembayaran gaji yang seterusnya.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  vinclam1314 Fri Jun 20, 2008 2:57 pm

Ya. Kebanyakan keluarga akan menggunakan wang mereka dengan banyak pada keawalan gaji dikeluarkan. Mereka tidak mengawal kewangan mereka dengan bijak. Mereka akan makan dengan baik, main dengan baik, beli barang yang baik pada keawalan gaji dikeluarkan. Apabila sampai akhir bulan, merekalah yang susah.

Selain itu, dasar ini juga akan membantu dalam ekonomi negara. Apabila gaji pekerja kerajaan dibayar dua kali, mereka boleh menggunakan wang mereka untuk beli barang yang mereka ingin pada dua jangka masa dalam sebulan (sekarang kebanyakan akan beli dalam satu jangka masa dalam sebulan sahaja) apabila barang dapat dijualkan pada dua jangka masa dalam sebulan, kemungkinan besarnya barangan yang dijual akan lebih banyak berbanding dengan jual dalam satu janka masa sahaja (menurut teori kimia yang mengatakan bahawa ester extraction for twice in a smaller amount is always more than ester extraction by a large amount for once) Laughing

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  siewMei Sun Jun 22, 2008 4:05 pm

vinclam1314 wrote:Ya. Kebanyakan keluarga akan menggunakan wang mereka dengan banyak pada keawalan gaji dikeluarkan. Mereka tidak mengawal kewangan mereka dengan bijak. Mereka akan makan dengan baik, main dengan baik, beli barang yang baik pada keawalan gaji dikeluarkan. Apabila sampai akhir bulan, merekalah yang susah.

Selain itu, dasar ini juga akan membantu dalam ekonomi negara. Apabila gaji pekerja kerajaan dibayar dua kali, mereka boleh menggunakan wang mereka untuk beli barang yang mereka ingin pada dua jangka masa dalam sebulan (sekarang kebanyakan akan beli dalam satu jangka masa dalam sebulan sahaja) apabila barang dapat dijualkan pada dua jangka masa dalam sebulan, kemungkinan besarnya barangan yang dijual akan lebih banyak berbanding dengan jual dalam satu janka masa sahaja (menurut teori kimia yang mengatakan bahawa ester extraction for twice in a smaller amount is always more than ester extraction by a large amount for once) Laughing

Amboi abang tohwai ni,kita sedang bincang tentang pembayaran gaji dua kali sebulan ni,abang tohwai pun boleh kaitkan hal ini dengan subjek chemistry kita.. haha.. Very Happy agak baik juga,ini bermaksud abang tohwai memberi tumpuan semasa waktu chemistry dan abang boleh mengaplikasikan konsep ini.. Razz
hmm...oleh itu,kebanyakan abang dan kakak sekalian juga setuju dengan pelaksanaan ini..walaupun akan membawa sedikit gangguan seperti yang dinyatakan oleh kakak jenifer iaitu tidak dapat membayar bil-bil,ia akan mengajar rakyat cara untuk mengawal perbelanjaan mereka..kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan boleh bincang tentang hal-hal pembayaran bil-bil dan hutang ini supaya rakyat tidak perlu bimbang tidak cukup wang untuk melangsaikan hutang/bil-bil..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  weichian_89 Mon Jun 23, 2008 1:25 pm

walaupun dasar ini agaknya bagus,tetapi bagi saya,apa dasar pun tidak guna jika rakyat tidak membuat rancangan dalam penggunaan wang.sekarang,negara kita mengalami inflasi yang teruk,jika kita tidak menggunakan wang dengan rasional,kita tetap akan mengalami masalah kewangan pada setiap masa.oleh itu,perancangan wang yang teratur haruslah dibuat dan sebahagian wang haruslah perlu ditabungkan. Very Happy

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  hawjiun Mon Jun 23, 2008 6:13 pm

weichian_89 wrote:walaupun dasar ini agaknya bagus,tetapi bagi saya,apa dasar pun tidak guna jika rakyat tidak membuat rancangan dalam penggunaan wang.sekarang,negara kita mengalami inflasi yang teruk,jika kita tidak menggunakan wang dengan rasional,kita tetap akan mengalami masalah kewangan pada setiap masa.oleh itu,perancangan wang yang teratur haruslah dibuat dan sebahagian wang haruslah perlu ditabungkan. Very Happy

Saya bersetuju dengan pandangan kakak wei chian. Sekiranya rakyat tidak bersikap berjimat-cermat, tidak bergunalah dasar-dasar yang dirancang oleh negara kita selama ini. Pada masa kini, sikap rakyat perlulah berubah supaya dapat mengawal kadar inflasi yang teruk ini.Surprised Pada masa sekarang ini, penyeludupan barang-barangan juga semakin banyak. Apakah pandangan terhadap perkara ini
Question

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% - Page 2 Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 3 Previous  1, 2, 3  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum