PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peningkatan minyak sebanyak 40%

+8
hawjiun
sim
wonderfoo_99
PnLeela
siewMei
Jennifer Ong
weichian_89
vinclam1314
12 posters

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  vinclam1314 Wed Jun 04, 2008 11:17 pm

Petrol naik 78 sen, diesel RM1, elektrik jika lebih RM43
PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok.

Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.

Ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini, beliau berkata, prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia.

Langkah itu yang turut menyaksikan kenaikan harga gas untuk sektor elektrik dan industri, menurut Abdullah, adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membawa harga bahan api di Malaysia ke arah harga pasaran sebenar.

Tarif elektrik, kata beliau, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga” tetapi kadarnya berbeza mengikut kegunaan dan sektor.

Perdana Menteri percaya dengan penguatkuasaan harga baru petrol, diesel, gas dan tarif elektrik itu, sektor komersial dan industri akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya.

Berdasarkan harga minyak mentah pada kadar AS$125 setong, kerajaan menganggarkan sejumlah RM13.7 bilion penjimatan dapat diperoleh daripada penstrukturan subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan Pengeluar Minyak Kelapa Sawit (POP).

Abdullah menjelaskan, subsidi bahan api distruktur semula bagi memastikan bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil dan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukan, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Subsidi bahan api tetap diberikan kepada rakyat di bawah penstrukturan baru itu, kata Perdana Menteri.

“Kerajaan akan memberi diskaun atau pengurangan kepada pengguna sebanyak 30 sen bagi setiap liter minyak yang dijual.

“Kalau harga pasaran petrol, misalnya seperti hari ini, pada RM3 seliter, kita akan tentukan harga minyak dengan memberi diskaun atau pengurangan 30 sen.

“Maknanya yang perlu dibayar oleh pengguna ialah RM2.70 seliter walaupun harga sebenar ialah RM3,” kata Abdullah.

Diskaun itu, kata beliau, akan diberi secara tetap. Walaupun harga minyak diselaraskan sebulan sekali, kerajaan akan memastikan diskaun 30 sen itu terus diberi, ujarnya.

Utusan Malaysia difahamkan, mengikut cadangan asal harga petrol sepatutnya RM3 seliter, tetapi mesyuarat Kabinet hari ini meminta kerajaan memberi diskaun 30 sen untuk setiap liter petrol yang dijual di negara ini.

Semasa sidang akhbar, Perdana Menteri ditanya kemungkinan kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan itu menyebabkan kerajaan pimpinannya kurang popular di kalangan rakyat.

Abdullah menjawab: “Ini bukan soal untuk popular, ini adalah langkah serius untuk keperluan rakyat. Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak tetapi memastikan ‘situasi menang-menang’ untuk semua.''

Menjawab soalan daripada seorang wartawan Indonesia yang mengatakan di negaranya kenaikan harga minyak telah mencetuskan demonstrasi dan bantahan terhadap kerajaan, Perdana Menteri berkata:

“Insya-Allah, saya harap rakyat Malaysia tidak berdemonstrasi sebab apa yang kerajaan putuskan ini adalah yang sebaik-baiknya bagi menangani keadaan yang susah hari ini.

“Lagi pun harga baru petrol dan diesel yang diumumkan hari ini masih lagi yang terendah di rantau ini.''

Abdullah memberitahu, Kabinet yang membincangkan soal kenaikan harga minyak dalam mesyuarat selama empat jam hari ini meneliti satu per satu kesan yang akan timbul daripada keputusan itu.

Sidang akhbar Perdana Menteri hari ini turut disertai anggota-anggota Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsyam A. Aziz.

Turut hadir ialah Presiden Petronas, Tan Sri Hassan Merican; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Datuk Seri Che Khalib Mohd. Noh dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Dr. Sulaiman Mahbob.

Subsidi dibayar tunai kepada pemilik kenderaan
PUTRAJAYA 4 Jun – Kerajaan akan membayar subsidi minyak secara tunai kepada pemilik kenderaan di bawah skim baru subsidi bahan api yang diumumkan hari ini.

Walaupun pemilik kenderaan kini terpaksa membayar harga petrol dan diesel yang lebih tinggi sehingga 40 peratus berbanding harga sebelum ini, tetapi mereka akan mendapat rebat tunai daripada kerajaan sebaik sahaja memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad memberitahu Utusan Malaysia di sini, sungguhpun harga petrol naik sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 namun hakikatnya kerajaan akan memulangkan semula sebahagian daripada kenaikan itu kepada pengguna dalam bentuk rebat tunai berjumlah RM625 setahun.

“Pemilik kenderaan sebenarnya masih menikmati subsidi petrol yang kita pulangkan semula dalam bentuk bayaran tunai,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan struktur baru subsidi bahan api hari ini berkata, bayaran tunai akan diberikan kepada pemilik kenderaan yang layak bagi mengimbangi kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan RM1 bagi diesel.

Bayaran sebanyak RM625 setahun itu hanya terhad kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti enjin sehingga RM2,500cc.

Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun.

Bayaran tunai itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui cukai jalan.

Bayaran tersebut meliputi kenderaan dengan cukai jalan berkuat kuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Bayaran tunai itu, menurut Perdana Menteri, akan diberikan dalam bentuk kiriman wang yang boleh ditunaikan di Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori menerima bayaran tunai, mereka akan dibantu menerusi pengurangan cukai jalan sebanyak RM200 untuk kenderaan melebihi 2,000cc dan RM50 untuk motosikal berkapasiti enjin melebihi 250cc.

Selain itu, kerajaan juga membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberikan bantuan khas kepada pengusahanya bagi mengimbangi kenaikan harga gas. Harga gas untuk sektor industri telah dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54.
Kebanyakan rakan saya sudah tahu berita ini.. Bagi mereka yang tidak mahu percaya saya.. hehe.. sekarang sudah kesal le? haha.. terutama nyamuk! haha..

Peningkatan harga minyak adalah boleh difahami oleh banyak rakyat kerana harga minyak dunia telah meningkat beberapa kali ganda.. Akan tetapi, dasar ini akan menyebabkan banyak barang di Malaysia menaik harga juga.. Secara Keseluruhan, ekonomi Malaysia mungkin terjejas kerana banyak rakyat tidak berupaya untuk membeli apa yang mereka mahu lagi...

Adakah hal ini benar-benar berlaku di Malaysia? Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Bagaimanakah kakak dan abang kalian mengharungi masa ini?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  weichian_89 Thu Jun 05, 2008 7:39 am

kenaikan harga petrol memang menambahkan beban rakyat,tetapi ini adalah kesan daripada seluruh dunia,sekarang barulah kerajaan menaikkan harga petrol,ini menunjukkan betapalah bahagia rakyat malaysia.kenaikan petrol pastilah membawa kesan kenaikan barang-barang lain,terutamanya bagi sektor pengangkutan.ini berkemungkinan akan menjadikan negara kita mengalami inflasi dalam ekonomi dan kehidupan rakyat akan lebih beban.walaupun begitu,harga petrol di negara kita masih lagi merupakan paling rendah di asia tenggara,ini bererti kerajaan masih lagi memberi subsidi dalam petrol,inilah hal yang memang menggembirakan.
dengan kenaikan harga petrol,adakah rakan kalian akan rasa ini akan mengurangkan masalah kesesakan dan rakyat akan mengurangkan penggunaan kereta??? confused

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  Jennifer Ong Thu Jun 05, 2008 4:39 pm

Harga petrol naik 78 sen, diesel RM1, elektrik pula 26%... Shocked WASEH........

Petang tadi semasa saya pergi ke kedai 7-11, pekerja mereka sudah mula menukarkan tanda-tanda harga barang-barangan dalam kedai tersebut. Sampai satu paket makanan yang boleh dibeli dengan harga RM1 di Carrefour, RM1.20 di Popular kini berharga RM1.30 di 7-11...

Walaupun begitu, saya rasa langkah yang diambil kerajaan adalah langkah yang bijak kerana ia boleh mengelakkan masalah-masalah lain yang mungkin timbul jika kerajaan terus subsidi harga minyak. Mungkin penduduk akan rasa marah sekarang, tetapi lama-kelamaan, mereka akan sesuaikan diri dengan harga itu juga. Kita tidak boleh terus hidup bawah subsidi kerajaan sahaja.. Jikalau terus begitu, wang kita akan habis digunakan untuk membiayai subsidi sahaja..

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  vinclam1314 Sat Jun 07, 2008 8:00 am

Ya. Saya juga berasa langkah kerajaan adalah langkah yang paling baik.. Sebelum peningkatan harga minyak, kerajaan perlu membiayai sekurang-kurangnya 45 ribu juta bagi subsidi minyak, akan tetapi, kerajaan hanya membiayai lebih kurang 40 ribu juta untuk pembangunan.. ini adalah kerana peningkatan harga minyak yang tinggi di dunia.. Ini telah menyebabkan wang yang digunakan dalam subsidi melebihi pembangunan.. Selain itu, subsidi harga minyak juga asyik disalahgunakan oleh sekumpulan orang dan warganegara asing.. wang kerajaan adalah wang rakyat.. mereka menggunakan hak dan wang kita, perlukah kerajaan mempertahankan hak dan wang rakyat?

Saya ingin mencadangkan beberapa cara yang sudah digunakan oleh warganegara orang lain untuk mengatasi harga minyak yang meningkat secara melampau..
Di negara barat - Car pooling ( perkongsian kereta ) Kita boleh berkongsi kereta untuk pergi ke destinasi yang dekat..
Di negara China - masih banyak orang menggunakan bicycle..
Di negara Korea - lebih kurang 50% pengguna kereta menukar kereta yang menggunakan minyak yang lebih kurang / menggunakan sistem pengangkutan awam..
Di negara Rusia - meningkatkan harga makanan untuk menyimbangkan harga minyak ( Rusia merupakan negara pengeluar minyak )

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  siewMei Sat Jun 07, 2008 7:04 pm

aihz...peningkatan harga ini memang telah memberi banyak kesusahan kepada hidup kita..jika saya masih kanak-kanak,saya tentu tidak rasa apa-apa tapi sekarang saya rasa saya sendiri juga kena berjimat-cermat membantu mengurangkan beban ibu bapa saya. Peningkatan kali ini memang Shocked ,bapa saya asyik suruh mak saya tukar keretanya kepada penggunaan NGV kerana harga gas ini tidak berubah,hanya 0.68sen per liter,murah kan? Akan tetapi,penggunaan gas ini akan membawa apa-apa keburukan pada masa hadapan ataupun tidak?adakah harganya juga akan meningkat seperti harga petrol?

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  weichian_89 Sun Jun 08, 2008 6:01 am

walaupun sekarang boleh menggantikan petrol dengan gas,saya rasa harga gas juga akan menaik pada masa yang akan datang.ini adalah sebab terdapat peningkatan permintaan dipasaran,keadaan ini sama seperti dengan keadaan petrol sekarang.gas dan petrol akan diguna habis pada suatu hari,oleh itu,saya berasa kemunculan suatu benda yang boleh menjadi penggantian kepada kedua-dua benda itu adalah diperlukan.walaupun terdapat sistem solar menfungsikan kereta,tetapi itu memakan kos tinggi dan bukanlah semua orang mampu bertanggung.haraplah saintis-saintis boleh mendapat penemuan yang baru dalam menfungsikan kereta dan tidak memerlukan kos yang banyak sehingga dapat ditanggung oleh para pengguna.

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Kebimbangan DUNIA tentang kenaikan harga minyak

Post  PnLeela Mon Jun 09, 2008 5:45 pm

Harga minyak mentah yang naik sebanyak lima kali ganda sejak 2003 mencatat rekod baru Jumaat lalu apabila melepas paras AS$139 dolar (RM450) satu tong dengan kenaikan paling tinggi dalam tempoh sehari, AS$10.75 (RM34.93). Kejatuhan nilai dolar berbanding euro telah mencetuskan kenaikan itu yang disusuli oleh kenyataan Timbalan Perdana Menteri Israel, Shaul Mofaz yang memberi amaran mengenai kemungkinan rejim Tel Aviv menyerang Iran.

Pakar di bank pelaburan Amerika Syarikat (AS), Stanley Morgan meramalkan, harga minyak mentah akan meningkat sehingga AS$150 (RM485.49) pada bulan depan.

Semalam, AS dan empat negara kuasa ekonomi Asia - Jepun, China, Korea Selatan dan India - menyatakan ‘kebimbangan serius’ berhubung paras kenaikan harga minyak semasa pertemuan di Aomori, Jepun.

Setiausaha Tenaga AS, Sam Bodman berasa ‘terkejut’ sementara Menteri Tenaga Jepun, Akira Amari yang mempengerusikan mesyuarat berkata, kenaikan harga minyak merupakan ‘faktor risiko utama’ kepada ekonomi dunia.

Bagaimanapun, dalam mesyuarat ini, kuasa ekonomi dunia terbabit menyalahkan negara-negara membangun mengenakan subsidi tinggi bagi mengurangkan beban rakyat miskin.

Sementara itu, Presiden Rusia, Dmitry Medvedev menyalahkan AS dengan menyatakan negara itu sebagai ‘punca krisis kewangan’.

Ahli ekonomi AS, Joseph Stiglize turut meletakkan kesalahan di bahu AS yang melancarkan pencerobohan ke atas Iraq sehingga mencetuskan kemelut tenaga sehingga sekarang.

“Krisis minyak ada kaitan dengan keadaan perang di Iraq. Kesan perang menyebabkan krisis minyak,” katanya.

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  wonderfoo_99 Wed Jun 11, 2008 8:18 am

--------------------------------------------------------------------------------

Persatuan teksi minta subsidi petrol




GEORGETOWN: Semua teksi dan kereta sewa di bahagian pulau di negeri ini tidak akan menaikkan kadar tambang, walaupun harga petrol naik sebanyak 40 peratus Rabu lalu.

Bagaimanapun, Gabungan Persatuan Teksi/Kereta Sewa Pulau Pinang (bahagian pulau) meminta kerajaan menyediakan subsidi petrol secepat mungkin bagi mengelakkan ahli mereka terbeban.

Bercakap pada sidang media di sini, semalam, Pemangku Presidennya, Abdul Malik Darus, berkata semua teksi yang tidak tersenarai sebagai penerima subsidi dalam bentuk tunai mengikut penstrukturan baru, akan mengekal kadar tambang lama.

Beliau menyifatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terlepas pandang terhadap keadaan pemandu teksi negeri yang 90 peratus menggunakan petrol.

Katanya, keadaan itu berbeza dengan teksi di Johor atau Lembah Klang yang kebanyakannya menggunakan gas asli kenderaan (NGV), sekali gus tidak terjejas dengan kenaikan harga petrol.

"Saya sudah arahkan pemandu mengekalkan tambang tapi kerajaan perlu bantu kami supaya tidak terus terbeban dengan kenaikan harga petrol, secepat mungkin,” katanya.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  wonderfoo_99 Wed Jun 11, 2008 8:22 am

NASIONAL Jualan petrol turun 50 peratus


KUALA LUMPUR: Kenaikan harga petrol dan diesel masing-masing 40.6 peratus dan 63.3 peratus berkuat kuasa jam 12 tengah, malah Rabu lalu bukan saja membebankan pengguna dan menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan, sebaliknya turut menjejaskan pengusaha stesen minyak di seluruh negara berikutan penurunan jualan sehingga 50 peratus.

Pemangku Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Wahid Bidin, berkata pengusaha perlu mengambil masa sehingga enam bulan untuk memulihkan operasi dan jualan sekali gus meraih keuntungan.

Beliau berkata, tempoh itu dijangka lebih lama berbanding kenaikan sebelum ini yang hanya antara satu hingga tiga bulan berikutan kenaikan harga bahan komoditi itu adalah yang tertinggi dalam sejarah negara.



Katanya, secara purata 3,400 pengusaha stesen minyak yang juga ahli PDAM mencatatkan jualan purata 13,000 liter petrol dan diesel sehari atau 400,000 liter sebulan.

“Pengusaha stesen minyak di Semenanjung menjual 80 peratus petrol dan bakinya diesel setiap hari, manakala di Sabah dan Sarawak penggunaan diesel lebih tinggi berbanding petrol iaitu kira-kira 70 peratus.

“Penurunan jumlah jualan bahan api itu berikutan pengguna masih mengekalkan nilai wang berbanding jumlah bahan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rabu lalu, Abdullah mengumumkan kenaikan harga petrol 78 sen seliter, iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70, manakala harga diesel dinaikkan RM1 daripada RM1.58 kepada RM2.58.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  wonderfoo_99 Wed Jun 11, 2008 8:25 am

NASIONAL Kos perniagaan, perkhidmatan meningkat


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia menjangkakan kenaikan harga petrol dan diesel akan terus mendorong kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Nuramar Abu Bakar, berkata kenaikan itu sememangnya tidak dapat dielakkan kerana mereka terpaksa berdepan pertambahan kos perniagaan.

"Kenaikan harga petrol dan diesel yang tinggi ini akan memberi kesan langsung kepada kos pengeluaran yang pastinya akan melambung selepas ini, sekali gus memberi tekanan kepada pengilang.



"Kos pengeluaran yang tinggi pula akan menyebabkan kos lain seperti pengedaran akan turut meningkat menyebabkan pengilang tiada pilihan, selain menaikkan harga barangan dan perkhidmatan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, penstrukturan semula subsidi gas menyebabkan pengilang kini berdepan kenaikan kos pengeluaran berlipat kali ganda dan mungkin terpaksa mengambil beberapa langkah penjimatan kos bagi membendung kesan kenaikan itu.

Dewan Perniagaan Britain Malaysia (BMCC) turut menyifatkan kenaikan harga bahan bakar yang diumumkan semalam adalah sesuatu yang tidak dapat dihalang kerajaan kerana harga bakar bakal itu begitu tinggi di pasaran ketika ini.

Pengerusi BMCC, Datuk Peter M Wentworth, berkata pihaknya memahami beban yang ditanggung kerajaan jika harga petrol dikekalkan pada harga sebelum ini.

"Kenaikan ini memang sudah dijangkakan. Malah, kami tahu mustahil bagi kerajaan tidak menaikkan harga bahan bakar ketika ini," katanya.

Beliau berkata, dewan terpaksa mengkaji penstrukturan semula subsidi bahan bakar berkenaan untuk mengenal pasti kesan langsungnya kepada ahli BMCC.

"BMCC akan berjumpa dengan Perdana Menteri esok (hari ini) untuk mendengar lebih terperinci kesan langsung kenaikan itu kepada perdagangan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom," katanya.

Sementara itu, Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) ketika dihubungi enggan mengulas lanjut kerana mahu menjalankan penelitian termasuk kesan kepada ahlinya.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  wonderfoo_99 Wed Jun 11, 2008 8:28 am

EKONOMI Syarat bayar pinjaman dilonggar


PUNB benar usahawan buat pelarasan bagi kurangkan beban kenaikan kos operasi

PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) akan memberikan kelonggaran kepada peminjamnya membuat pelarasan dalam pembayaran balik pinjaman mereka bagi mengurangkan beban kenaikan kos operasi perniagaan berikutan kenaikan harga petrol dan diesel.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad, berkata kenaikan harga petrol dan diesel masing-masing sebanyak 78 sen seliter dan RM1 seliter dan struktur baru tarif elektrik bulan depan dijangka menjejaskan margin keuntungan perniagaan.



Justeru, katanya, PUNB akan memberikan kelonggaran kepada peminjam untuk membuat pelarasan dalam pembayaran balik pinjaman untuk memastikan mereka mampu membayar balik semua pinjaman yang diberikan.

“Sebagai agensi keusahawanan, apa yang membimbangkan kami ialah kegagalan usahawan membayar balik pinjaman mereka kerana margin keuntungan peniaga akan terjejas berikutan kenaikan harga petrol dan diesel itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Sesi pertama bertajuk ‘Cabaran bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana dalam Abad ke-21’ pada Konvensyen PKS Asia Timur di Kuala Lumpur, semalam.

Konvensyen itu dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan.

Mohd Nasir berkata, secara keseluruhan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) pinjaman yang disalurkan PUNB ketika ini ialah sebanyak 20 peratus.

“Bagaimanapun, kadar NPL bagi perniagaan pemborongan kurang daripada lima peratus,” katanya.

Beliau menegaskan, berikutan kenaikan harga petrol dan diesel, komuniti usahawan perlu mencari penyelesaian yang kreatif bagi memastikan mereka terus berdaya saing dalam pasaran.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  wonderfoo_99 Wed Jun 11, 2008 8:30 am

NASIONAL Langkah tidak jejas kemasukan pelabur


PUTRAJAYA: Kenaikan harga petrol dan diesel masing-masing sebanyak 78 sen seliter dan RM1 seliter berkuat kuasa hari ini, tidak akan menjejaskan kemasukan pelaburan asing, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Katanya, keputusan Kabinet itu bertujuan menjadikan ekonomi negara lebih efisien dan berdaya saing khususnya bagi tempoh jangka panjang.

"Kenaikan harga petrol dan diesel akan memberi galakan kepada pelabur asing melabur ini kerana ia akan menjadikan keadaan ekonomi kita lebih efisien.



"Lagipun, kita sudah meningkatkan sistem penyampaian seperti memendekkan tempoh memproses lesen selain mewujudkan persekitaran ekonomi mesra pelabur," katanya ketika ditemui selepas sidang media pengumuman Pakej Penstrukturan Semula Subsidi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Malah, katanya, kenaikan harga petrol dan diesel tidak menjejaskan sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak lima peratus hingga enam peratus tahun ini .

"Kerajaan yakin dengan pendekatan yang diperkenalkan, kita akan berjaya mengekalkan KDNK lima peratus kerana bayaran tunai sebanyak RM625 akan membolehkan rakyat berbelanja lebih, selain lonjakan ekonomi yang dijangka lebih kukuh selepas ini," katanya.

Mengenai kesan kenaikan terhadap inflasi, beliau berkata, kerajaan akan mengumumkan kesan kenaikan harga petrol dan diesel terhadap inflasi ketika pembentangan Bajet 2009 pada 29 Ogos ini kerana ia membabitkan isu teknikal.

Nor Mohamed berkata, langkah itu bertujuan menyediakan bajet yang lebih berhemah, selain keperluan kerajaan untuk mendapatkan dana mencukupi bagi membiayai perbelanjaan pembangunan negara.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  wonderfoo_99 Wed Jun 11, 2008 8:31 am

'Kenaikan harga minyak rahmat bagi alam sekitar'


IPOH: Persatuan Alam Sekitar Malaysia berpendapat kenaikan harga petrol dan diesel sebagai 'rahmat' kepada alam semula jadi kerana peningkatan kos bahan api itu akan mendorong budaya berjimat-cermat dan mengurangkan pembakaran.

Setiausaha Kehormatnya, Meor Razak Meor Abdul Rahman, berkata kenaikan tarif elektrik mulai bulan depan juga akan memaksa isi rumah menggunakan peralatan elektrik dengan berhemah bagi mengelakkan bil yang tinggi.

Beliau berkata, pembakaran bahan api secara bijaksana dan penggunaan elektrik dengan berhemah akan mengurangkan permintaan terhadap petrol, diesel, gas asli atau arang batu.



Katanya, penurunan atau tiada peningkatan mendadak pembakaran bahan api itu akan mengurangkan pencemaran alam sekitar terutama pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan nitrogen oxida.

"Secara kebetulan kenaikan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter bermula Khamis lalu, jatuh serentak pada Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.

“Pengguna di seluruh negara perlu menerima peningkatan harga ini secara terbuka kerana petrol, diesel, gas asli dan arang batu adalah bahan api fosil yang akan kehabisan.

“Sumber bahan bakar tidak boleh ditambah dan ia menyebabkan proses cari-gali dijalankan dengan giat, termasuk di laut amat dalam,” katanya.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  wonderfoo_99 Wed Jun 11, 2008 8:33 am

'Kenaikan harga minyak rahmat bagi alam sekitar'


IPOH: Persatuan Alam Sekitar Malaysia berpendapat kenaikan harga petrol dan diesel sebagai 'rahmat' kepada alam semula jadi kerana peningkatan kos bahan api itu akan mendorong budaya berjimat-cermat dan mengurangkan pembakaran.

Setiausaha Kehormatnya, Meor Razak Meor Abdul Rahman, berkata kenaikan tarif elektrik mulai bulan depan juga akan memaksa isi rumah menggunakan peralatan elektrik dengan berhemah bagi mengelakkan bil yang tinggi.

Beliau berkata, pembakaran bahan api secara bijaksana dan penggunaan elektrik dengan berhemah akan mengurangkan permintaan terhadap petrol, diesel, gas asli atau arang batu.



Katanya, penurunan atau tiada peningkatan mendadak pembakaran bahan api itu akan mengurangkan pencemaran alam sekitar terutama pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan nitrogen oxida.

"Secara kebetulan kenaikan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter bermula Khamis lalu, jatuh serentak pada Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.

“Pengguna di seluruh negara perlu menerima peningkatan harga ini secara terbuka kerana petrol, diesel, gas asli dan arang batu adalah bahan api fosil yang akan kehabisan.

“Sumber bahan bakar tidak boleh ditambah dan ia menyebabkan proses cari-gali dijalankan dengan giat, termasuk di laut amat dalam,” katanya.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  wonderfoo_99 Wed Jun 11, 2008 8:34 am

NASIONAL 3 jawatankuasa tangani krisis


Penubuhan badan khas dianggotai pakar tangani kesan kenaikan harga minyak PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan tiga jawatankuasa khas–Jawatankuasa Berkaitan Peningkatan Kecekapan Penggunaan Sumber Tenaga, Jawatankuasa Menambah Baik Perkhidmatan Bas dan Jawatankuasa Media, bagi menangani kesan kenaikan harga petrol dan diesel.

Penubuhan tiga jawatankuasa itu dipersetujui mesyuarat pertama Majlis Menangani Inflasi yang dipengerusikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini, semalam.

Perdana Menteri berkata, Jawatankuasa Berkaitan Peningkatan Kecekapan Penggunaan Sumber Tenaga akan disertai individu mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.



Jawatankuasa Menambah Baik Perkhidmatan Bas pula disertai pelbagai wakil daripada sektor perkhidmatan bas, Ketua Setiausaha dan pengarah beberapa kementerian manakala Jawatankuasa Media akan berperanan menyebarkan maklumat dan keputusan yang dibuat kerajaan.

Pada sidang media selepas mesyuarat hampir tiga jam itu, Abdullah turut menjelaskan ahli majlis berkenaan bersetuju mengadakan mesyuarat dengan lebih kerap, iaitu dua minggu sekali bagi membincangkan perkara yang berkaitan.

"Mesyuarat berjalan dengan lancar dengan perbincangan mengambil kira pandangan ahli mengenai perkembangan semasa dan situasi yang dihadapi rakyat waktu ini disebabkan kenaikan harga petrol dan diesel seperti kita umumkan minggu lalu.

"Di samping itu, kita mahu tahu kesan yang menimpa rakyat dan apakah perkara yang boleh kita lakukan bagi membantu rakyat berdepan pelbagai kesan daripada kenaikan harga bahan api," katanya.

Abdullah turut menegaskan semua projek mega kecuali yang sedang dalam pembinaan dan mempunyai kepentingan rakyat akan ditangguhkan.

"Apabila saya maklumkan kesan kenaikan harga minyak dan kenaikan jumlah subsidi yang perlu disediakan kerajaan saya sudah maklumkan di bawah tindakan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) supaya projek mega dikaji dan jika boleh ditangguhkan, kita tangguhkan dulu.

"Apa yang tidak perlu dan tidak penting kita tidak laksanakan," katanya.

Menjawab soalan, Abdullah berkata, kerajaan belum memuktamadkan sama ada akan mengkaji semula harga petrol dan diesel yang sebelum ini dibuat setiap bulan mengikut harga semasa minyak mentah dunia.

"Kita sedang mengkaji dan menyemak perkara ini kerana harga minyak dunia naik terlalu cepat dalam masa tiga atau empat hari. Sebelum ini, kita berhasrat mengikut harga minyak sebanyak RM3 tetapi sekarang dah jadi RM3.45 sen dan kita bagi diskaun 30 sen sekarang naik 45 sen.

"Buat masa ini, saya tidak akan menyatakan apa-apa mengenai perkara berkenaan secara muktamad," katanya.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  wonderfoo_99 Wed Jun 11, 2008 8:36 am

NASIONAL Hasil Petronas diagih kerajaan


PENGANGKUTAN AWAM: Shahrir menaiki ERL dari Stesen KL Sentral ke Putrajaya.



PUTRAJAYA: Keuntungan Petronas tidak terus digunakan bagi membayar subsidi petrol dan diesel, tetapi diberi kepada kerajaan untuk diagihkan bagi pelaksanaan projek pembangunan dan bayaran pelbagai subsidi bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata subsidi yang dibayar terus syarikat minyak kebangsaan itu hanya untuk gas digunakan pengeluar tenaga bagi menjana bekalan elektrik.

"Kerajaan memasukkan keuntungan daripada Petronas dalam kumpulan wang yang disatukan dan daripada dana itu digunakan bagi pelbagai subsidi antaranya subsidi harga minyak, pertanian untuk penanaman padi, pendidikan, kebajikan dan makanan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Laporan Tahunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di sini, semalam.



Shahrir mengulas hubung kait antara perolehan pendapatan dan keuntungan Petronas dan langkah kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel RM2.58 seliter berkuatkuasa Khamis lalu.

Pelbagai pihak terutama parti pembangkang mempertikaikan mengapa kerajaan tidak menggunakan keuntungan Petronas bagi subsidi harga bahan api sekali gus mengelak kenaikan harga yang perlu ditanggung rakyat.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, subsidi petrol dan diesel kepada syarikat minyak dibayar menerusi pendapatan kerajaan daripada pelbagai punca, termasuk keuntungan Petronas.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  wonderfoo_99 Wed Jun 11, 2008 8:38 am

NASIONAL Pengangkutan awam jadi pilihan



TUMPUAN: Orang ramai menggunakan LRT untuk ke destinasi masing-masing berikutan kenaikan harga minyak.



KUALA LUMPUR: Pengangkutan awam, termasuk rel transit ringan (LRT) menjadi pilihan lebih ramai warga kota selepas harga petrol dan diesel, dinaikkan, mulai semalam.

Tinjauan Bernama di beberapa stesen LRT mendapati terdapat pertambahan pengguna berbanding sebelum ini.

Pembantu perkhidmatan pelanggan di Stesen LRT Putra di KL Sentral, Suzana Abdullah, berkata daripada pemerhatiannya, bilangan pengguna perkhidmatan itu, semalam, lebih ramai daripada hari sebelumnya, mungkin disebabkan pengumuman kenaikan bahan itu, kelmarin, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.



"Selalunya tren lebih penuh pada hujung minggu tapi hari ini (semalam) saya nampak lebih ramai penumpang daripada hari biasa yang lain," katanya.

Pengumuman penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas oleh kerajaan itu membabitkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen seliter menjadikannya kini RM2.70 seliter dan diesel pula naik RM1 seliter kepada RM2.58 seliter.

Sementara itu, Di KOTA BHARU, peniaga di Kelantan diminta tidak mengambil kesempatan daripada kenaikan harga minyak dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan sewenang-wenangnya sehingga menjejaskan kedatangan pelancong ke negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata jika bilangan pelancongan ke Kelantan merosot, ia memberi kesan besar kepada ekonomi negeri.

"Kekalkan harga dan perkhidmatan pada kadar yang munasabah. Jika pelancong mengenal pasti kedai yang mahal, mereka tidak akan datang lagi ke kedai terbabit, peniaga rugi, ekonomi negeri turut terjejas," katanya.

Di ALOR STAR, nelayan di Kedah menganggap skim baru petrol dan diesel untuk golongan itu merangsang mereka meningkatkan tangkapan selain memajukan industri ikan negara.

Pengerusi Persatuan Nelayan kawasan Kuala Kedah, Abdul Hamid Bahari berkata, perbuatan segelintir nelayan menjual diesel subsidi untuk mencari keuntungan mudah juga dapat dibendung.

Mengikut struktur baru itu, harga diesel untuk nelayan adalah RM1.43 seliter, pemilik kapal dan awak-awak rakyat Malaysia yang didaftarkan dengan Jabatan Perikanan masing-masing menerima RM200 sebulan dan pemilik kapal diberi insentif 10 sen bagi setiap kilogram tangkapan yang didaratkan. – Bernama

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  wonderfoo_99 Wed Jun 11, 2008 8:40 am

NASIONAL Pemandu beralih kepada NGV


Gas asli kenderaan lebih menjimatkan, selamat berbanding petrol atau diesel

BATU CAVES: Orang ramai mula menukar sistem bahan api kereta mereka daripada menggunakan petrol kepada penggunaan gas asli kenderaan (NGV) berikutan kenaikan harga petrol yang diumumkan kerajaan kelmarin.

Tinjauan Berita Harian semalam mendapati orang ramai sanggup mengeluarkan belanja antara RM1,900 hingga RM8,000 serta sedia menunggu lama untuk memasang sistem bahan api NGV pada kereta mereka.



Pengusaha pusat penukaran NGV, Nice Network Sdn Bhd, Hazman Ishak, berkata sejak pagi semalam pejabatnya menerima banyak panggilan daripada pengguna untuk membuat tempahan penukaran kepada sistem bahan NGV yang terbukti lebih menjimatkan dan selamat daripada penggunaan petrol.

"Setakat hari ini (semalam) senarai menunggu untuk khidmat ini mencecah 500 orang dan saya perlu mengarahkan pekerja untuk bekerja lebih masa bagi membolehkan pengguna tidak menunggu terlalu lama.

"Bagi setiap pemasangan kenderaan yang menggunakan sistem karburetor pemasangan sistem NGV memakan masa sehari, manakala bagi kenderaan menggunakan sistem 'multi-point injection (MPI) memerlukan masa dua hari untuk disiapkan.

"Penggunaan NGV lebih jimat berdasarkan perbandingan RM1 petrol yang hanya boleh mencecah jarak perjalanan 10 kilometer, manakala RM1 NGV boleh mencecah jarak perjalanan sejauh 20 kilometer," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Seorang pengguna, Siti Hajar Ismail berkata, beliau memilih untuk menggunakan NGV kerana ia lebih jimat, selamat dan mesra alam.

"Saya sudah menggunakannya sebelum ini dan mendapati ia jauh lebih menguntungkan daripada penggunaan petrol kerana harganya separuh lebih murah," katanya.

Seorang pelanggan, Steven Chaw, 34, memberitahu beliau membuat keputusan untuk memasang NGV berikutan harganya yang jauh lebih murah selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak semalam.

"Penggunaan NGV juga lebih menjamin keselamatan kerana ia tidak mudah meletup jika berlaku kebocoran dan kemalangan ," katanya.

Sementara itu di JOHOR BAHRU orang ramai di bandar raya ini kini mula beralih kepada penggunaan peralatan NGV yang jauh lebih murah selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel, kelmarin.

Berikutan itu, beberapa syarikat menawarkan pemasangan alat NGV di sini kini menerima banyak tempahan berbanding sebelumnya daripada pemilik kenderaan yang mula mencari alternatif menggunakan bahan api dengan harga lebih murah.

Pengurus Operasi Perisind Auto Care Sdn Bhd, Hussien Ridwan, berkata pengumuman kenaikan harga petrol, kelmarin, menyebabkan syarikatnya mendapat 14 tempahan dalam masa 24 jam untuk pemasangan alat NGV, berbanding 10 hingga 12 tempahan dalam sebulan sebelum ini.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  wonderfoo_99 Wed Jun 11, 2008 8:41 am

Miti bincang kesan kenaikan harga


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan mengadakan mesyuarat dengan sektor perindustrian bagi membincangkan kesan kenaikan harga khususnya harga minyak dan kenaikan tarif elektrik kepada sektor itu.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata mesyuarat itu bertujuan membincangkan cara mengurangkan impak kenaikan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam mengumumkan pengurangan subsidi bahan api dengan menaikkan harga petrol naik sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter dan diesel meningkat RM1 kepada RM2.58 seliter.



Abdullah yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan kadar tarif baru elektrik bermula 1 Julai ini.

“Daripada reaksi mereka, kami akan mengadakan sokongan dan bantuan serta pakej yang bersesuaian untuk mengurangkan impak kenaikan berkenaan,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Malam Smidec 2008 di sini.

“Kenaikan itu kita sudah jangkakan dan kita sedar akan impaknya kepada industri. Kini kita akan lihat apakah yang kita boleh buat bagi membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata, tekanan kenaikan harga minyak global bukan saja dialami di negara ini tetapi turut dirasai di seluruh dunia.

“Diharapkan sokongan, bantuan dan pakej itu nanti dapat membantu sektor industri menjadi lebih kompetitif terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” kata Muhyiddin.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  sim Wed Jun 11, 2008 10:40 am

harga minyak petrol yang kian meningkat ini memang telah memberatkan beban rakyat,tetapi kalau rakyat hanya marah terhadap kerajaan dan tidak fikir bagaimana menjimatkan kos harian supaya boleh hidup dengan gembira sedikit.

seperti remaja kini,mereka suka menyewengkan wang dalam keseronokan dan membeli-belah terutamanya menonton wayang,makan minum di luar dan membeli baju yang banyak.adakah mereka fikirkan berepakah wang yang mereka belanja jika setiap minggu keluar untuk keseronokan?

yang penting sekali ialah mereka belanja wang ibubapa mereka yang susah-payah bekerja?sekarang harga minyak menaik,semua barangan akan turut menaik harga,sebagai anak,adakah kita hendak bersikap jimat?

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  wonderfoo_99 Thu Jun 12, 2008 10:15 am

<<<Pos Malaysia perjelas kaedah agih rebat tunai hari ini>>>


KUALA LUMPUR 11 Jun - Kaedah pengagihan rebat tunai subsidi minyak yang diumumkan kerajaan baru-baru ini akan dijelaskan oleh Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) esok.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, penjelasan secara terperinci itu akan dilakukan melalui sidang akhbar.

Dalam langkah penstrukturan semula subsidi bahan api yang diumumkan 4 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bayaran rebat RM625 yang diberikan kepada pemilik kenderaan yang layak bagi mengimbangi kenaikan harga petrol dan diesel yang dinaikkan kepada RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.

Bayaran RM625 setahun itu hanya terhad kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc.

Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun.

Bayaran subsidi minyak itu boleh ditunaikan di 686 rangkaian pejabat pos di seluruh negara.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  vinclam1314 Thu Jun 12, 2008 10:37 am

Ya. Saya sangat setuju dengan apa yang dikatakan oleh kakak Sim.. Sebagai seorang pelajar dan remaja , kita haruslah bersikap jimat selagi kita masih belum mencari rezeki kami dengan sendiri. Saya juga bersetuju dengan kakak sim bahawa kita tidak harus sentiasa keluar main sedangkan harga semua barang mungkin akan meningkat pada masa depan.. Sekarang, saya juga kurangkan kali saya keluar bermain dengan kawan saya.. saya lebih rela duduk di rumah dan online sahaja.. Ini dapat kurangkan wang yang dibazirkan oleh saya.. Selain itu, saya juga cuba belikan makanan yang lebih murah dan kurangkan kali saya makan makanan yang lebih mahal.. Selain itu, saya ingin memberitahukan kawan-kawan kantin sekolah-sekolah tidak dibenarkan meningkatkan harga makanan dan minuman.. Ini adalah arahan daripada seseorang menteri ( saya sudah lupa menteri yang mana satu, saya pernah membaca berita tentang hal ini. ) kerajaan berbuat demikian kerana mereka tahu ibu bapa sudah dikenakan harga barangan yang lebih mahal.. jika harga makanan di sekolah ditingkatkan beban ibubapa akan dipertingkatkan juga.. Akan tetapi, kebanyakan gerai makanan telah meningkatkan harga makanannya sebanyak 30-50 sen.. >< Embarassed

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  siewMei Thu Jun 12, 2008 10:47 am

cheers yaya,saya juga amat setuju dengan cadangan kakak sim dan abang tohwai.. ia merupakan tanggungjawab kita juga membantu ibu bapa mengurangkan beban mereka memandangkan kebanyakan barang telah naik harganya.. walaupun kehidupaan akan menjadi semakin susah,namun jika kita merancang perbelanjaan seharian kita dengan baik,saya yakin kita dapat mengharungi keadaan ini.. dan setelah membaca keratan akhbar yang telah DISUMBANGKAN oleh abang wengfoo,saya rasa penggunaan gas NGV merupakan salah satu jalan penyelesaian,ia dapat menjimatkan banyak wang yang telah kita belanja dalam petrol.. Walaupun tidak pasti sama ada gas NGV ini akan meningkat seperti petrol atau tidak,saya berasa penggunaan NGV merupakan satu cara yang baik kerana harganya memang sangat murah berbanding petrol..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  vinclam1314 Thu Jun 12, 2008 11:55 am

Adakah gas NGV adalah gas asli? Saya pernah membaca keratan khabar yang mengatakan kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan gas asli sedangkan harganya adalah lebih murah berbanding dengan petrol ( seperti apa yang telah kakak Siew Mei cakap ) akan tetapi, penggunaan gas ini masih tidak umum seperti petrol kerana bukan semua station petrol mempunyai perkhidmatan ini, akan tetapi, kerajaan telah cuba mengembang penggunaan gas inikepada rakyat.Ini dapat dibuktikan bahawa station petrol yang membekal gas asli bertambah daripada 50 di Malaysia sehingga 70 di negara kita sekarang.. Akan tetapi, sila izinkan adik yang kurang pengetahun am ini menanya, bagaimanakah kereta kita gunakan gas NGV? adakah ia digunakan seperti petrol? adakah gas ini cecair atas dalam keadaan gas? adakah semua kereta pun boleh menggunakan gas ini? Sila beritahu saya tentang gas NGV ini kerana saya juga ingin menggunakan gas ini.. harga petrol terlalu tinggi sehingga orang miskin seperti saya tidak mampu. .. Terima Kasih.. Wink

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  siewMei Thu Jun 12, 2008 12:03 pm

entah la,saya juga tidak tahu sama ada gas NGV ini ialah gas asli atau tidak.. Razz memang gas NGV ini digunakan seperti petrol yang kita biasa gunakan,dan tentang soalan abang tohwai tentang NGV ini dalam keadaan gas ataupun cecair,saya memang tidak tahu kerana kereta saya masih lagi guna petrol,hehe.. Cool tapi,abangtohwai bolah tanya pemandu teksi,kebanyakan pemandu teksi telah mengubah kereta mereka mengguna gas NGV ini.. ya,memang bukan semua stesen petrol mempunyai bekalan gas NGV ini,akan tetapi saya percaya pada masa depan akan terdapat banyak lagi stesen yang membekal gas NGV.. Dan saya dapat perhatikan,hanya PETRONAS yang mempunyai bekalan gas NGV,syarikat seperti mobil,shell dan bhp tidak mempunyai bekalan NGV ini,hairan kan? Suspect

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Peningkatan minyak sebanyak 40% Empty Re: Peningkatan minyak sebanyak 40%

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum