PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Demam denggi catat peningkatan

Go down

Demam denggi catat peningkatan Empty Demam denggi catat peningkatan

Post  keat sin (U6A) Fri Feb 12, 2010 1:25 pm

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Kes demam denggi masih mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 1,103 kes dilaporkan minggu lalu berbanding 1,101 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, bagaimanapun tiada kematian dicatatkan akibat penyakit berkenaan.

Menurutnya, negeri-negeri yang mencatatkan peningkatan kes adalah Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang dan Perak.

''Jumlah terkumpul yang dilaporkan setakat ini adalah 5,234 kes dengan 14 kematian berbanding 6,766 kes dengan 17 kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, sejak 31 Januari hingga 6 Februari lalu, sejumlah 81,881 premis telah diperiksa dan 1,173 daripadanya didapati positif sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes.

''Negeri yang menunjukkan peningkatan kadar pembiakan adalah Perak iaitu sebanyak 53 peratus, Sarawak (44 peratus), Pulau Pinang (22 peratus) dan Pahang (16 peratus).

''Sebanyak 75 peratus bekas yang positif sebagai tempat pembiakan nyamuk didapati di luar premis iaitu baldi (23 peratus), pasu bunga (19 peratus), bekas plastik (11 peratus), tayar (enam peratus), cawan plastik (enam peratus), tong (lima peratus) dan atas lantai (tiga peratus),'' katanya.

Menurutnya, tempat pembiakan yang ditemui di dalam rumah adalah di kolam mandi (lapan peratus), basin (1 peratus) dan talam peti sejuk (0.6 peratus).

''Ini menunjukkan masyarakat gagal memainkan peranan dalam membendung wabak denggi daripada terus berlaku,'' ujarnya.

Katanya, bagi penyakit Chikungunya, sejumlah 38 kes dilaporkan minggu lalu iaitu menurun 50 peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu 76 kes.

''Hampir kesemua iaitu 34 kes dilaporkan di Sarawak, dua kes di Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Selangor masing-masing mencatatkan satu kes,'' jelasnya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Demam denggi catat peningkatan Empty Re: Demam denggi catat peningkatan

Post  keat sin (U6A) Fri Feb 12, 2010 1:53 pm

Tanda & Gejala Demam Denggi

* Demam mengejut dengan sakit kepala yang teruk
* Sakit di belakang bebola mata
* Sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias)
* Gatal-gatal
* Bintik-bintik merah terang
* Sakit perut, dan muntah-muntah
* radang hati, paru-paru, dan otot jantung

Bagaimanakah Demam Denggi Berjangkit?

* Nyamuk aedes yang membawa kuman demam denggi
* Seorang yang sihat digigit nyamuk aedes
* Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya
* Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

Langkah-langkah Pencegahan:

* Menghapuskan vektor nyamuk pembawa denggi
* Menghapuskan tempat takungan air (seperti bekas pasu bunga,longkang)
* Pengguanaan ubat jentik-jentik
* Gunakan kelambu
* Fogging atau semburan
* Yang paling penting pastikan kawasan kediaman anda sentiasa bersih dan sihat.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum