PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PM akan rasmi Konvensyen Usahawan Melayu 2010 14 Mei

Go down

PM akan rasmi Konvensyen Usahawan Melayu 2010 14 Mei Empty PM akan rasmi Konvensyen Usahawan Melayu 2010 14 Mei

Post  ong poh lee U6B Wed May 05, 2010 3:48 pm

KUALA LUMPUR 5 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan Konvensyen Usahawan Melayu 2010 yang bertujuan mencari idea dan rangka kerja baru pembangunan usahawan Melayu di dalam Model Ekonomi Baru (MEB).

Konvensyen yang dijangka menarik lebih 600 orang peserta terdiri daripada ahli profesional, ekonomi dan usahawan, akan berlangsung selama dua hari dari 14 hingga 15 Mei di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan tema, “NGO Force Ke-3, Penjana Ekonomi Bangsa”.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed juga dijangka turut hadir dan akan memberi ucaptama di konvensyen anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) itu, kata Presidennya, Syed Ali Alattas dalam satu sidang media di sini hari ini.

"Kebiasaannya, NGO menyeru kerajaan supaya menyediakan dan melakukan sesuatu tetapi sekarang NGO akan sama-sama berganding bahu untuk memacu ekonomi negara,” katanya.

Syed Ali Alattas berkata, NGO atau badan bukan kerajaan akan sedaya upaya untuk memberi kerjasama serta sokongan kepada penggerak ekonomi negara iaitu kerajaan dan sektor swasta.

Konvensyen pada kali ini adalah kesinambungan dari Kongres Melayu yang keempat yang telah diadakan buat kali terakhir pada 1999.

Kewujudan Majlis Amanah Rakyat, Bank Bumiputra, Bank Pembangunan, Pernas, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Yayasan Hartanah merupakan idea yang dicetuskan melalui kongres sebelum ini. – Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum