Perbincangan isu ekonomi
+2
vinclam1314
PnLeela
6 posters
Page 1 of 1
Perbincangan isu ekonomi
Apa kahabar semua?
Sila gunakan ruang ini untuk perbincangan isu ekonomi terkini berdasarkan maklumat dari akhbar atau media yang lain. beikan hujah-hujah yang konkrit dan relevan yang boleh membuka ruang kepada perbincangan yang matang dan logik.

Re: Perbincangan isu ekonomi
Khabar Tak Baik lah, cikgu.. ><
Isu Ekonomi? Saya berasa Isu Ekonomi Yang sangat popular kini adalah kemerosotan ekonomi dunia termasuk ekonomi negara kita pada tahun 2009.. Kini, ekonomi USA juga belum sembuh daripada kemerosotan ekonomi.. Ekonomi negara kita juga tidak dapat dielakkan daripada terjejas selambat-lambatnya tahun 2009.. Negara kita juga telah menurunkan "xx" (tak tau melayu panggil apa) seperti bank negara lain.. Langkah ini dikatakan dapat meningkatkan permintaan di negara kita.. Menurut dengat kata-kata ini, apakah pandangan kalian untuk menyembuhkan ekonomi negara kita dan bolehkah kalian mengatakan/jelaskan bagaimanakah penurunan "xx" % meningkatkan permintaan negara dalam kita?

vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: Perbincangan isu ekonomi
KUALA LUMPUR 1 Dis. — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.0 peratus pada tahun ini jika negara mencatatkan pertumbuhan minimum 1.4 peratus bagi suku tahun keempat tahun ini.
“Sekiranya kita dapat minimum 1.4 peratus (pada suku tahun keempat), kita (ekonomi negara) akan mencapai lima peratus (pada tahun ini),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat majlis ekonomi negara di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan masih mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada 3.5 peratus pada tahun depan.
“(Ini) tertakluk kepada dua perkara, yakni pakej rangsangan kita mesti dilaksanakan dengan berkesan dan kedua, persekitaran (ekonomi) luaran tidak menjadi jauh lebih buruk lagi,” katanya.
KUALA LUMPUR 18 Nov. _ Pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion yang diumumkan awal bulan ini akan dipastikan mula dilaksanakan menjelang suku pertama tahun depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
''Untuk mencapai sasaran tersebut, kita harus memastikan permintaan domestik terus kukuh,'' katanya yang juga Menteri Kewangan.
''Seperti yang anda ketahui, kita mengambil sikap terbuka dari semasa ke semasa, pada masa yang sama, kami juga sentiasa memerhatikan dan memantau keadaan dengan berhati-hati dan teliti,'' katanya.
Najib menjelaskan, untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi itu, kemudahan kredit yang disediakan oleh bank kepada syarikat tempatan termasuk kepada industri kecil dan sederhana (IKS) juga perlu kukuh.
''Pada masa yang sama, kita perlu lihat kepada keperluan garis panduan domestik yang perlu di liberalisasi dan diperkemaskan bagi memudahkan usahawan tempatan dan asing menjalankan perniagaan di negara ini,'' ujarnya.

ECER dijangka tarik pelaburan bernilai RM112b - PM
02/12/2008 5:30pm
KERTEH 2 Dis. — Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dijangka menerima pelaburan bernilai RM112 bilion dalam tempoh 12 tahun perlaksanaannya dari tahun 2008 sehingga 2020, dengan sebahagian besarnya atau 47 peratus daripada pelabur swasta dari dalam dan luar negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau yakin nilai pelaburan sebesar itu akan memberi manfaat yang berpanjangan, khususnya kepada penduduk di wilayah berkenaan dan Malaysia secara amnya.
Setakat ini, kemajuan yang memberangsangkan seperti yang ditunjukkan oleh Majlis Pembangunan ECER amat memuaskan, kata Abdullah pada majlis perasmian Kelompok Industri Plastik Kertih (KPP) di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A.Aziz, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Merican.
Abdullah berkata dalam masa hanya setahun sejak dilancarkan pada Oktober 2007, banyak projek yang telah dilancarkan serta perkembangan dicatatkan di ECER.
Katanya daripada 105 projek ECER yang dirancang, 77 daripadanya sedang dan akan dimulakan pelaksanaannya pada pertengahan 2009.
Abdullah berkata beliau akan mengunjungi korridor ekonomi yang lain untuk memantau kemajuan yang dicapai setakat.
“Selain daripada penyediaan kemudahan infrastruktur asas yang diperlukan bagi menarik minat pelabur, projek-projek berimpak tinggi dalam sektor pertanian, pembuatan dan pendidikan juga telah berjaya dilaksanakan atau dimulakan,” kata beliau.
Bagi melaksanakan projek-projek tersebut, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2.6 bilion yang telah diluluskan di bawah kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan; dan projek-projek itu dijangka akan diteruskan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
ECER juga komited dalam usaha-usaha pembangunan sosialnya bagi membasmi kemiskinan. Sebagai contoh, projek agropolitan yang melibatkan hampir 9,000 penduduk miskin tegar di kawasan seluas 25,000 hektar telah dimulakan.
Ini sejajar dengan objektif kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang 2010, katanya.
“Kepentingan ECER kepada penduduk negeri-negeri pantai timur sememangnya amat jelas. Sebagai sebuah program sosio-ekonomi yang mesra rakyat, ECER bermatlamat menjadikan wilayah pantai timur sebagai sebuah wilayah maju menjelang tahun 2020.” kata beliau

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) atau ECER merupakan wilayah pembangunan ekonomi di Malaysia yang dirasmikan pada hari Selasa, 29 Oktober 2007.
Program atas inisiatif kerajaan pusat ini merupakan program ekonomi ketiga selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di utara Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta daerah Mersing di Johor. Luas kawasan yang terlibat ialah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta penduduk.
Pembangunan ECER ini adalah selama 12 tahun dari tahun 2007 hingga 2020. Peneraju utama ialah perbadanan minyak dan gas iaitu Petronas.
Antara industri utama yang diliputi program ini ialah industri pelancongan.
Negeri-negeri di pantai timur amat berpotensi untuk maju dalam industri pelancongan dengan adanya hutan hujan tropika yang penuh dengan pelbagai spesies dan pantai-pantai yang bertaraf dunia.
Budaya tempatan yang tersendiri juga mampu menarik pelancong asing yang gemar mengembara.
Contohnya, jika tempat pelancongan dijaga kebersihannya dan dijamin kualiti pekhidmatannya terhadap pelancong dengan usaha kerajaan mahupun pihak swasta yang menguruskan tempat penginapan dan rekreasi, negeri-negeri berkenaan mampu berkembang pesat.
Saya percaya jika industri ini dimajukan dengan penuh daya, beberapa negeri ini akan bekembang maju dalam sektor ekonomi. Justeru ia dapat membaik pulihkan ekonomi negara yang kini merosot dan juga meningkatkan imej negara dari segi pelancongan.

szejiengoo (U6F)- Posts : 32
Join date : 2008-05-13
Re: Perbincangan isu ekonomi
Perkembangan ekonomi sebegini amat diperlukan pada masa ini dan ini meruapakan satu langkah untuk memulihkan kemelestean ekonomi yang melanda dunia.
Szejie mengenalpasti potensi ekonomi dalam ECER:
a. pembangunan perindustrian gas dan minyak petroleum
b. pelancongan
Murid-murid turut boleh mengemukan idea berkaitan tajuk ini atau aspek ekonomi yang berlainan.
Anda boleh berkongsi rancangan pemimpin-pemimpin negara /dunia untuk menangani kelembapan ekonomi global.
Jumpa Lagi

Wujudkan Tabung Pemulihan Usahawan
KUALA LUMPUR 9 Mac - Tabung Pemulihan Usahawan (ERF) perlu diwujudkan semula untuk membantu para usahawan tempatan menghadapi kegawatan ekonomi semasa.
Tabung yang pernah diwujudkan ketika krisis ekonomi pada tahun 1985 dan 1997 telah berjaya meringankan beban usahawan dan kini, ia perlu diwujudkan semula.
Sehubungan itu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) memohon kepada kerajaan supaya memperuntukkan RM2 bilion untuk disalurkan ke tabung itu secepat mungkin.
Timbalan Presidennya, Datuk Muhamad Mahiyuddin Abdullah berkata, pihaknya telah menghantar kertas cadangan berhubung perkara tersebut kepada Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop baru-baru ini.
"DPMM berharap supaya ERF diperkenalkan pada tahun ini bagi membantu para usahawan yang terkena tempias krisis ekonomi," katanya di sini..
Menurut Muhamad Mahiyuddin, kerajaan sepatutnya memperkenalkan semula tabung itu selepas berjaya mendapatkan semula semua pinjaman bernilai RM500 juta ketika diperkenalkan dulu.
Malah katanya, kerajaan turut mendapat keuntungan kira-kira RM200 juta hasil daripada faedah yang dikenakan ke atas pinjaman itu.
''Oleh itu adalah tidak masuk akal jika sesuatu perkara yang membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak tidak boleh dimulakan semula lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang,'' katanya.
Beliau turut berharap kerajaan memperuntukkan RM30 bilion ke dalam pakej rangsangan tambahan yang akan diumumkan esok supaya faedahnya dapat dinikmati semua pihak.
Beliau berkata, kelembapan ekonomi dunia pada masa ini boleh menyebabkan banyak syarikat berdaya maju gulung tikar akibat tekanan institusi kewangan untuk melangsaikan pinjaman.
Beliau juga berkata, peruntukan RM7 bilion yang disediakan bagi peringkat awal adalah tidak mencukupi.
"Jumlahnya sedikit dan yakin ia tidak sampai ke peringkat bawah serta tidak mampu dinikmati semua peniaga di negara ini.
"Dalam perbelanjaan Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMK- dan RMK-9, sebahagian besar peniaga tidak menikmatinya kerana ia tidak mencakupi semua jenis perniagaan," katanya.
Saya percayai dengan ada program EPR ia bukan sahaja dapat membantu usahawan tempatan malah dapat juga mengurangkan pengangguran dan menyelamatkan negara kita daripada krisis kewangan.

SenHan_U6F- Posts : 29
Join date : 2008-05-13
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI RM50 BILLION KERAJAAN NEGERI SELANG
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI RM50 BILLION KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi RM50 Billion oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dalam menghadapi cabaran ekonomi merupakan langkah futuristik dan bijak kepimpinan Negeri Selangor Darul Ehsan. Ketika mana ekonomi global berada dalam situasi paling parah dalam sejarah, Selangor Darul Ehsam muncul dengan menyediakan satu perancangan strategik yang mampu membela nasib rakyat dan membantu negara kembali ke landasan ekonomi yang terbaik.
Sehubungan dengan itu, AMK Bahagian Kuala Selangor menyatakan keyakinan Pakej Rangsangan Ekonomi RM50 Billion yang diumumkan Kerajaan Negeri Selangor mampu direalisasikan dan memberi pertumbuhan ekonomi baru di negeri Selangor. Sasaran untuk memberi peluang pekerjaan sebanyak 150,000, merupakan bukti dan kesungguhan kerajaan Negeri Selangor untuk membela nasib dan kepentingan rakyat yang kini berhadapan dengan cabaran pemberhentian pekerjaan dan krisis ekonomi global.
Lima langkah yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi RM50 Billion ini ialah termasuk pemulihan dan pembersihan Sungai Klang yang melibatkan pembangunan kawasan perumahan di sepanjang sungai dan tanah rezab, pembangunan semula bandar tertumpu kepada pembangunan bandar lama seperti Petaling Jaya dan Klang, merangsang projek baru, usaha menaik taraf dan menggantikan aset air, membangunkan sistem jaluran lebar dan sistem tanpa wayar dalam pembangunan teknologi dan komunikasi (ICT), membangunkan semula sistem pengangkutan di negeri ini termasuklah sistem transit aliran ringan (LRT) dan jalan raya.
Kemampuan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan menyediakan satu pelan strategik suntikan ekonomi negeri, merupakan bukti kemampuan dan komitmen yang tinggi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor walaupun baharu setahun memegang tampuk kepimpinan di Negeri Selangor. Malahan janji-janji pilihanraya umum ke-12 yang melalui beberapa fasa perlaksanaan membuktikan pimpinan baharu kerajaan negeri Selangor terus komited melaksanakannya walaupun beberapa pihak memandang sinis realiti sebenar yang berlaku.
Kita juga merasakan kenyataan para pembangkang di negeri Selangor ini yang berterusan memperlekehkan sebarang perancangan positif dan inovatif Kerajaan Negeri Selangor hanya memperlihatkan daya intelektual dan daya fikir mereka yang jumud dan kaku.Sewajarnya mereka memberi suntikan-suntikan idea yang inovatif ,positif dan kreatif serta tidak hanya terkongkong dengan pandangan politik yang sempit dan tidak bermaya.
Sewajarnya pihak-pihak yang mengkritik secara negatif ini mengemukan pelan dan perancangan mereka juga yang mampu membina semula iklim perkembangan ekonomi negeri dan negara. Apakah mereka telah ketandusan idea dan mati akal sehinggakan segala pembaruan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor ditentang secara emosi dan tidak secara professional dan intelektual.
Dalam pada itu juga, AMK memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dalam memperincikan lagi Pakej Rangsangan Ekonomi RM50 Billion ini memberi penekanan kepada perkara-perkara seperti berikut :
Pertama : Pelan Khas Pembangunan Insan Warga Selangor Darul Ehsan.
Pembangunan insan Warga Selangor Darul Ehsan yang menyeluruh wajar dilaksanakan segera. Kita mencadangkan agar Kerajaan Negeri melaksanakan secara intensif pembangunan manusia ini khususnya kepada warga muda, pelajar , wanita , pekerja ,warga tua dan korporat. Malahan pembinaan pembangunan insaniah keluarga juga perlu diberi keutamaan dalam menghadapi cabaran pembentukan keluarga asas yang menghayati ajaran agama dan nilai-nilai keluhuran dan kecemerlangan.
Adalah satu pembangunan yang bijak apabila kerajaan negeri komited membangunkan generasi warga Selangor yang unggul kerana apabila generasi baharu warga Selangor ini cemerlang maka generasi ini juga akan berjaya membina kecemerlangan dalam bidang-bidang yang lain juga. Banyak bukti menunjukkan lahirnya tamadun-tamadun hebat dunia kerana diasaskan oleh lahirnya juga generasi yang unggul kesan daripada pembangunan insan yang strategik dan bijaksana.
Modul pembangunan insan yang unggul perlu merencana pembangunan insan yang utuh daripada segi fizikal, mental dan kerohanian. Pembangunan insan dalam aspek kerohanian perlu ditekankan agar generasi warga Selangor Darul Ehsan yang baharu mempunyai benteng rohani yang mantap dan mampu memberi sumbangan kepada agama,bangsa dan negara.
Kedua : Pelan Khas Pembangunan Ilmu Negeri Selangor Darul Ehsan.
Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan perlu giat melaksanakan pembangunan ilmu di seluruh peringkat rakyatnya. Pembinaan perpustakaan baru yang dilengkap sehingga ke ceruk pedalaman, masjid-masjid,tempat awam dan pejabat-pejabat perlu difikirkan. Selangor Darul Ehsan perlu menerajui proses merakyatkan ilmu yang tidak hanya terperap di universiti-univerisiti sahaja. Malahan tenaga pengajar professional ini juga perlu mengadakan program-program syarahan umum di tempat-tempat awam juga.
Malahan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan juga perlu mengangkat martabat para ulama, intelektual, budayawan dan professional untuk mengembangkan ilmu,kreativiti dan inovasi dalam membentuk Selangor Darul Ehsan menjadi sebuah negeri yang rakyatnya mampu mencipta kebudayaan tinggi dan luhur. Sikap kepedulian yang tinggi dikalangan kepimpinan tertinggi Negeri Selangor mampu memberi rangsangan dan inspirasi yang kuat dalam menyuburkan budaya keilmuan yang tinggi di negeri ini.
Ketiga : Sistem Penyaluran Dana Yang Pantas, Efektif dan Mencapai Kepada Golongan Sasaran dan Objektifnya.
Pakej Rangsangan RM50 Billion ini akan lebih teratur dan berjaya jika dana pakej rangsangan ini dapat disalurkan dengan lebih efektif dan mencapai golongan sasarannya. Pastinya dengan sistem penyaluran yang telus, bertanggungjawab dan cepat mampu merangsang kejayaan sesuatu projek dilaksanakan dengan lebih baik dan tersusun. Kita juga mencadangkan agar Panel Khas daripada beberapa pihak seperti Jabatan Audit, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), professional , para ulama dan intelektual memberi penilaian, nasihat dan bantuan dalam menjayakan segala perancangan yang dirancang menepati jadual dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Keempat : Pelan Pembangunan Masa Hadapan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Negeri Selangor Darul Ehsan.
Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) perlu diperkasakan daripada aspek pembangunan prasarana,pengurusan dan pemasaran. Kerajaan Negeri Selangor perlu mewujudkan satu pelan baharu dalam Pakej Rangsangan Ekonomi RM50 Billion ini dengan membawa gerak dan perkembangan IKS di negeri ini. IKS-IKS yang berada dalam kepompong mereka sendiri perlu dijana dengan semangat dan harapan baru untuk mereka keluar ke pasaran yang lebih luas dan global.
Kerajaan Negeri Selangor juga perlu mengangkat taraf IKS agar bersedia menjadi sumber pertumbuhan ekonomi baru di negeri ini dan juga tempat menyediakan peluang pekerjaan baru di sektor IKS. Kewujudan cabaran dalam pembiayaan,pengurusan dan pemasaran dalam IKS ini boleh diselesaikan dengan menggerakkan agensi kerajaan negeri dan juga syarikat GLC kerajaan negeri dalam membantu memperkembangkan sistem pemasaran produk-produk IKS di Negeri Selangor.
Kelima : Penjagaan dan Pembangunan Alam Sekitar, Lestari Alam dan Penggunaan Simber Tenaga Baru.
Selangor Darul Ehsan yang menjadi tumpuan pelbagai industri dan kepesatan pendudukan dan ekonomi, sewajarnya mempertingkatkan pembangunan aspek pengurusan alam sekitar dan lestari alam. Hutan-hutan kekal perlu dipelihara, pembangunan yang dijalankan tidak merosakkan alam, penjagaan sungai dan taliair, penjagaan kualiti udara di Negeri Selangor wajar dipertingkatkan.
Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi RM50 Billion ini, peruntukan khas juga perlu disalurkan dalam menggiatkan penggunaan sumber tenaga baru alam seperti sistem tenaga solar untuk kawasan perumahan baru, sistem pengurusan tenaga pintar untuk pejabat,premis dan kediaman.
Kerajaan Negeri Selangor perlu proaktif dalam usaha menangani permasalahan pemanasan suhu dunia dengan mengambil kira kesan kepada alam sekitar terhadap sebarang pembangunan fizikal yang akan dilaksanakan. Selangor yang menjadi negeri maju pertama di Malaysia perlu menjadi model kepada negeri-negeri lain di Malaysia yang perlu ke hadapan dalam aspek pengurusan lestari alam yang sistematik dan terpelihara.
Justeru, diharap cadangan yang dikemukakan dapat diberi perhatian dan pertimbangan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Pelan Pakej Rangsangan Ekonomi RM50 Billion ini adalah usaha reformatif kerajaan Negeri Selangor untuk membawa negara keluar daripada kemelut dan cabaran kegawatan parah ekonomi global dan negara.
Malahan,dengan pakej ini juga rakyat Selangor Darul Ehsan dapat menikmati satu kehidupan yang digambarkan di dalam Al-Quran iaitu Negeri Terbaik Yang Mendapat Keampunan Allah. Semoga Selangor Darul Ehsan mampu memacu kembali ekonomi Malaysia keseluruhannya.

WeiShi_L6F- Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 34
Re: Perbincangan isu ekonomi
Saudara Wei Shi, adalah lebih baik jika saudara boleh ringkaskan penerangan dan keratan yang dipaparkan.
szejiengoo (U6F)- Posts : 32
Join date : 2008-05-13
Re: Perbincangan isu ekonomi
Pelajar WEI SHI hanya tahu "copy and paste" sahaja. Jika projek RM50billion boleh digunakan di mana-mana daerah tentulah maju tetapi adakah ini betul-betul diperlukan dan mengabaikan daerah lain?
SenHan_U6F- Posts : 29
Join date : 2008-05-13
Perbincangan isu ekonomi
Saya bertulis dengan susah payah dengan merujuk kepada keratan akhbar dan bukan seperti yang diperkata oleh sen han dan sze jie. Percayalah kepada saya, wang sedikit mungkin tak boleh tapi duit yang besar mesti boleh menyelesaikan banyak masalah.
WeiShi_L6F- Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 34
Similar topics
» Inisiatif ekonomi kerajaan lonjakkan ekonomi negara: Muhyidd
» RMK-10: Ekonomi berkembang 6 peratus
» Penubuhan Majlis Ekonomi
» Ekonomi negara kembali rancak
» Ekonomi Malaysia di persimpangan kritikal

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum