PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

FAMA buka peluang OKU jadi usahawan pasar tani

Go down

FAMA buka peluang OKU jadi usahawan pasar tani Empty FAMA buka peluang OKU jadi usahawan pasar tani

Post  Ong SQ (U6B/2010) Fri May 07, 2010 3:58 pm

ALOR SETAR 7 Mei – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membuka peluang kepada orang kurang upaya (OKU) untuk menjadi usahawan pasar tani bagi membantu mereka menjana pendapatan di samping meringankan beban kerajaan.

Pengerusi FAMA, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin berkata, FAMA telah membuka ruang yang luas kepada golongan OKU untuk mengubah nasib mereka dengan menjadi usahawan pasar tani.

"Kita mahu mereka berdikari dan kita juga akan serapkan mereka menjadi usahawan pasar tani ataupun menyertai program-program lain yang diadakan oleh FAMA bagi meringankan beban mereka kerana mereka boleh berdikari dan mencari makan sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Amat Setia/Setia FAMA Wilayah Utara dekat sini.

Badruddin juga berkata, beliau mendapati program menebus kemiskinan yang dibuat oleh FAMA melalui bimbingan usahawan kecil adalah baik kerana para usahawan dapat mengeluarkan diri mereka daripada kehidupan sempit kepada kehidupan yang lebih selesa.

"Sekarang ini, purata pendapatan setiap usahawan pasar tani adalah kira-kira RM3,000 sebulan. Ini sudah cukup membuktikan bahawa para usahawan pasar tani sekarang ini sudah mula hidup selesa,” katanya. – Bernama
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

FAMA buka peluang OKU jadi usahawan pasar tani Empty Re: FAMA buka peluang OKU jadi usahawan pasar tani

Post  Ong SQ (U6B/2010) Fri May 07, 2010 4:05 pm

Saya berasa cadangan FAMA membuka peluang pekerjaan kepada OKU untuk menjadi usahawan pasar tani sangat baik. Ini membolehkan OKU untuk berdikari dan mencari rezeki sendiri. Selain itu, kita tidak boleh menafikan bahawa OKU juga berjasa kepada masyarakat dan negara. Bimbingan, dorongan dan bantuan kewangan juga harus diberikan kepada OKU bagi membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih elok. Sokongan daripada segenap masyarakat sangat penting supaya OKU tidak berasa mereka telah disisih oleh masyarakat.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum