PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kes remaja ditembak mati

3 posters

Go down

Kes remaja ditembak mati Empty Kes remaja ditembak mati

Post  xiaowen_U6B Sat May 01, 2010 10:55 am

KUALA LUMPUR 27 April - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian seorang pelajar tingkatan tiga yang ditembak mati setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, Shah Alam semalam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pasukan khas itu akan diketuai oleh Timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi menyiasat dan meneliti kes tersebut secara terperinci.

"Sekiranya ada sesuatu yang tak kena, pihak yang berkenaan (polis) perlu bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar selepas majlis ramah mesra Ahli Lembaga Hakim Pelawat Jabatan Penjara Malaysia di Penjara Kajang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Aminulrasyid Amzah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di Shah Alam, yang memandu kereta Proton Iswara mati ditembak setelah dikatakan cuba melarikan diri dari sekatan polis manakala rakannya pula berjaya melarikan diri.

Hishammuddin yang sedih dan terkejut dengan kejadian itu berkata, beliau telah mengarahkan siasatan dilakukan dengan seadil-adilnya bagi membolehkan orang ramai mengetahui keadaan sebenar.

Pada masa sama, beliau meminta pihak-pihak tertentu agar tidak menimbulkan andaian tanpa berlandaskan fakta serta memberi pandangan mengelirukan.

"Semuanya mestilah berasaskan kepada fakta dan bukti yang kukuh," jelasnya.

Ditanya mengenai siasatan awal kes itu, beliau berkata:

"Saya tidak mahu membuat sebarang kesimpulan, biar siasatan mengambil tempat dulu".

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Kes remaja ditembak mati Empty Re: Kes remaja ditembak mati

Post  Khang Wei (U6B/2010) Mon May 03, 2010 12:08 pm

Saya hendak memberikan komen bahawa, walau betapa jahatnya seorang remaja. Dia tetap generasi baru yang bakal menyumbang dalam pembangunan negara. Jika seseorang remaja itu telah membuat kesalahan, kita turut hendaklah memaafkan mereka dan memberikan peluang kepada mereka untuk menginsafkan diri.
Dalam kes ini, tiada bukti yang dapat membuktikan bahawa remaja (mangsa) tersebut telah membuat salah (mungkin hanyalah memandu tanpa lesen). Tetapi kesalahan ini tidak perlu menerima hukuman mati, mengapakah polis dalam kes tersebut menembaknya? Ini merupakan persoalan yang kerap dibincang di kalangan masyarakat baru-baru ini.
Saya berasa polis tersebut tidak menimbangkan keadaan itu dengan rasional serta mengambil tindakan yang salah iaitu menembak remaja tersebut.
Apakah pendapat saudara-saudari sekalian?

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Kes remaja ditembak mati Empty Re: Kes remaja ditembak mati

Post  leeyoong_U6B Mon May 03, 2010 4:14 pm

saya setuju pendapat khang wei. Pada pendapat saya, pihak polis tidak patut menembak sebelum memastikan keadaan pada masa itu. Memang tidak dinafikan, pelajar itu memang telah menimbulkan kesangsian polis kerana dia cuba melarikan diri dari sekatan polis. (seperti yang dipaparkan di suratkhabar) Namun begitu, pihak polis tidak harus melepaskan tembakan. Tidak mengira apa yang berlaku, polis seharusnya mencuba untuk menangkap pesalah dan bukanlah menembaknya sehingga mengakibatnya meninggal dunia... Mad

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Kes remaja ditembak mati Empty Re: Kes remaja ditembak mati

Post  Khang Wei (U6B/2010) Tue May 04, 2010 11:15 am

Tetapi, jika kami berfikir dari aspek polis tersebut, keadaan itu begitu gelap,
polis tersebut langsung tidak dapat mengenal pasti sama ada mangsa tersebut remaja atau orang dewasa.
Dari pemikiran polis itu, dia mungkin mensyaki mangsa tersebut ialah seorang penjenayah dan mangsa itu bercuba untuk melarikan diri daripada sekatan polis. oleh itu polis tersebut telah membuat keputusan untuk menembak dia sebab hendak mempertahankan diri.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Kes remaja ditembak mati Empty Panel khas siasatan kes Aminulrasyid lawat tempat kejadian

Post  xiaowen_U6B Tue May 04, 2010 4:21 pm

PUTRAJAYA: Panel khas siasatan kes kematian remaja Aminulrasyid Amzah, 15, susulan terkena tembakan polis di Shah Alam, baru-baru ini akan melawat ke tempat kejadian pada jam 10 malam ini.

Panel itu diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop dan dibantu timbalan ketua setiausaha kementeriannya, Datuk Ahmad Fuad Aziz; turut disertai bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Haniff Omar naib canselor UiTM, Prof Madya Abd Halim Abd Sidek; Ketua Eksekutif ASLI, Datuk Dr Michael Yeoh; peguam, Datuk Muhammad Shafee Abdullah; bekas pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr Dennisson Jayasooria dan penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim.

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Kes remaja ditembak mati Empty Re: Kes remaja ditembak mati

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum