PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lima perompak ditembak mati

+4
LowYuePeng(U6B)
leechoonyuan(L6f)
SenHan_U6F
KeeSengU6F
8 posters

Go down

Lima perompak ditembak mati Empty Lima perompak ditembak mati

Post  KeeSengU6F Tue Mar 10, 2009 1:47 pm

GEORGETOWN: Polis menambak mati lima penjenayah warga Vietnam selepas dipercayai merompak asrama pekerja kilang di Kulim, Kedah, dalam kejadian berbalas tembak di Kilometer 15.7 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) dekat sini, awal pagi semalam.

Penjenayah terbabit antara lapan lelaki disyaki merompak 11 pekerja kilang warga Vietnam di sebuah asrama di Taman Perak, Kulim yang cuba melarikan diri ke Seberang Jaya, dekat sini, dengan menaiki dua kereta berasingan.

"Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri sebelum berlaku tembak menembak. Selang beberapa minit kenderaan dinaiki suspek berhenti," katanya pada sidang media selepas majlis Pelepasan Kembara Komuniti Polis & Rakan Cop Kontinjen Negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, semalam.


Sejak Kebelakangan ini, semakin ramai perompak ditembak mati oleh pihak polis semasa ditemui dengan polis. Tembakan daripada polis selalaunya mengenakan bahagian badan yang mudah membawa muat seperti paru-paru, perut, jantung dan sebagainya. Pada pendapat anda, patutkah pihak polis melepaskan tembakan terhadap penjenayah secara terus semasa menemui penjenayah yang sedang diburu? Patutkah polis menembak bahagian badan penjenayah yang mudah memnbawa muat secara langsung?

KeeSengU6F

Posts : 14
Join date : 2008-09-23

Back to top Go down

Lima perompak ditembak mati Empty Re: Lima perompak ditembak mati

Post  SenHan_U6F Tue Mar 10, 2009 8:06 pm

haha kee seng cikgu cakap buat ekonomi dulu,sabarlah. Saya amat setujui perbuatan polis tersebut amat berani.Tetapi saya berasa tidak perlu tembak penjenyah hingga maut kerana mereka juga mempunyai keluarga dan kita harus bagi peluang untuk mereka.Kesimpulanya ,saya berasa polis harus menembak penjenyah dan tidak harus menembak bahagian yang mendatangkan maut.

SenHan_U6F

Posts : 29
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Lima perompak ditembak mati Empty Lima perompak ditembak mati

Post  leechoonyuan(L6f) Tue Mar 31, 2009 4:59 pm

Saya berasa sen han terlalu banyak dalam bermain permainan komputer seperti counter strike.Dia ingat bahawa polis boleh menembak mana-mana bahagian sesuka hati mereka dengan mudah.Sen han harus lebih peka dalam pelajaran dan bukannya peka dalam permainan.Saya bersetuju dengan perbuatan polis yang berani itu kerana dalam keadaan yang genting,mereka harus melakukan apa-apa sahaja untuk menumpaskan penjenayah.

leechoonyuan(L6f)

Posts : 10
Join date : 2008-09-17

Back to top Go down

Lima perompak ditembak mati Empty Re: Lima perompak ditembak mati

Post  LowYuePeng(U6B) Wed May 27, 2009 4:53 pm

Pada pendapat saya, pihak polis tidak patutlah melepaskan tembakan maut terhadap penjenayah secara terus yang sedang diburu. Kalau penjenayah-penjenayah tidak mempunyai senjata seperti pistol, wajarkah pihak polis menembak mereka secara terus dan membawa maut yang tidak diinginkan? Pihak polis boleh melepaskan tembakan ke udara untuk memberi amaran kepada penjenayah-penjenayah yang sedang diburu ataupun memberikan tempoh masa untuk menasihat mereka menyerahkan diri. Bagi saya, polis adalah bertanggungjawab untuk menjaga keamanan serta mencegah jenayah. Penjenayah-penjenayah patutlah ditahan dan dijatuhkan hukum yang sepatutnya dan bukan ditembak mati atas jenayah yang mereka lakukan. Polis bukan pembunuh, dan penjenayah bukanlah ditakdir mati.
LowYuePeng(U6B)
LowYuePeng(U6B)

Posts : 23
Join date : 2009-05-13
Age : 33

Back to top Go down

Lima perompak ditembak mati Empty Re: Lima perompak ditembak mati

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Fri May 29, 2009 11:39 am

Penjenayah = patut lenyap tetapi bukan mati
Polis = patut menegakkan keadilan tetapi bukan dengan membunuh penjenayah tanpa mengetahui motif sebenarnya.


"Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri sebelum berlaku tembak menembak.

tertulisnya [sebelum] tetapi sebenarnya itu hanya satu perkataan untuk "cover up the mess"

itu adalah pendapat saya...

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Lima perompak ditembak mati Empty Re: Lima perompak ditembak mati

Post  leeyoong_U6B Sat May 30, 2009 7:44 pm

Pada pendapat saya, polis tidak harus melepaskan tembakan terhadap penjenayah secara terus semasa menemui penjenayah. Mereka seharusnya menangkap penjenayah secara hidup dan menjatuhkan hukuman yang sepatutnya kepada mereka. Dengan ini, penjenayah barulah akan menyesali tentang perbuatan sebelum itu. Polis haruslah memberi satu peluang kepada mereka untuk memulakan kehidupan yang baru. Sebaliknya, dalam tertentu situasi seperti penjenayah itu mempunyai senjata atau melakukan sesuatu yang membahayakan nyawa polis, , saya tidak membantah polis melepaskan tmbakan. Memang tidak dinafikan, nyawa polis penting juga .. Mereka mempuyai kewajipan untuk menjaga keselamatan diri sendiri pada setiap masa.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Lima perompak ditembak mati Empty Re: Lima perompak ditembak mati

Post  xiaowen_U6B Tue Jun 16, 2009 4:57 pm

Pada pendapat saya, polis bertanggungjawab untuk mempertahankan negara bebas daripada penjenayah.Semasa menjalankan sesuatu misi,polis harus bertindak mengikut keadaan.Sekiranya penjenayah berniat mencederakan orang, polis harus bertindak untuk menembak untuk menjaga keselamatan orang ramai dan dirinya sendiri.Polis juga boleh menembak ke arah bawah supaya tidak menembak mereka sehingga mati.Dengan itu,polis dapat menyiasat satu kes jenayah dengan terperinci dan juga dapat menyiasat penjenayah lain yang bersuhabat dengan mereka.Sekiranya tidak terdesak,polis boleh membuat rancangan terlebih dahulu untuk bertindak terutamanya menangkap mereka semasa mereka tidak merasai kewujudan polis berhampiran mereka.

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Lima perompak ditembak mati Empty Re: Lima perompak ditembak mati

Post  kuanchin91 Sat Jun 20, 2009 8:32 pm

saya bersetuju dengan pendapat xiao wen~
polis perlu memerhatikan gerak-geri dan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan masa yang singkat~
dengan ini,polis tidak akan terkena cedera yang mungkin dibawa oleh penjenayah~
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 33

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Lima perompak ditembak mati Empty Re: Lima perompak ditembak mati

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum