PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid

+2
PnLeela
SenHan_U6F
6 posters

Go down

Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid Empty Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid

Post  SenHan_U6F Sun Sep 28, 2008 4:47 pm

Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid

KOTA BHARU 27 Sept. - Seorang ahli perniagaan, mati ditembak oleh dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan dengan isterinya untuk menunaikan solat tarawih di Masjid Darul Anwar, Pulau Melaka dekat sini malam ini.

Mohamad Salleh, 60, yang berada dalam pacuan empat roda ditembak dari jarak dekat oleh penyerangnya dari sudut cermin sisi dan dua das tembakan yang dilepaskan dipercayai mengena bahagian tengkuk mangsa.

Mangsa meninggal di tempat kejadian manakala isterinya, Mek Yam Dolah, 50-an dan sepupu mangsa, Fatimah Yusof, 60, yang turut menaiki kenderaan tidak cedera tetapi mengalami trauma.

Kejadian yang menggemparkan itu berlaku pada pukul 8.20 malam, kira- kira 200 meter dari masjid itu dan juga kediaman Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-dua penyerangnya itu kemudiannya terus memecut melarikan diri dan motif pembunuhan masih belum dipastikan.

Seorang saksi, Rabiatul Adawiyah Mohd. Yusof, 24, menceritakan dia terdengar dua letupan yang kuat dan bunyi rempuhan ketika bersama empat anggota keluarga menonton siaran berita di televisyen.

''Saya keluar ke pekarangan rumah dan melihat seorang wanita bertelekung menjerit meminta tolong dan memberitahu suaminya ditembak oleh dua lelaki bermotosikal.

''Kereta Kancil dan Perdana milik anggota keluarga saya juga dirempuh oleh kenderaan mangsa yang terbabas setelah mangsa mungkin tidak dapat mengawal kenderaan," katanya.

Mangsa yang difahamkan berasal dari kampung Tanjung Takang Bachok dipercayai sering menunaikan solat tarawih di masjid berkenaan bersama anggota keluarga.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim memberitahu, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif kejadian dan menjejak pembunuh itu.

Beliau yang ditemui di tempat kejadian memberitahu, mayat ma

SenHan_U6F

Posts : 29
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid Empty Re: Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid

Post  SenHan_U6F Sun Sep 28, 2008 4:50 pm

Apakah terjadi kepada masyarakat kita masa kini? Berikan pendapat kamu tentang keratan khabar ini?

SenHan_U6F

Posts : 29
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid Empty Re: Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid

Post  PnLeela Sat Nov 01, 2008 6:18 pm

Sen Han, mengapakah topik ini tidak mendapat sambutan dari rakan-rakan lain?
Adakah, berita ini kurang menarik? terlalu panjang?
Mungkin anda boleh ringkaskan isunya,...atau pilih tajuk yang lebih sesuai

Rspons saya....kini pendedahan kepada kegiatan keganasan sebegini amat luas melalui media massa dan internet. Penguatkuasaan undang-undang yang tidak ketat juga menjadi salah satu faktor. Penjenayah sebegini tidak dikesan oleh pihak polis dalam kes-kes yang lepas, oleh itu mereka mejadi lebih berani dan kadar jenayah meningkat.

Harap para pelajar dapat memberi respons bagaimana membendung (kawal) masalah ini.

Pn Leela Surprised

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid Empty Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid

Post  WeiShi_L6F Sun Nov 02, 2008 9:41 am

Malang tidak berbau ,kalau tak nak ditembak baik duduk diam diam dalam rumah sendiri.
Untuk bendung masalah ini, mula sekarang mengerah lebih banyak pasukan polis di sekitar masjid dan memberi perhatian kepada penunggang motosikal yang membawa senjata pistol.
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 34

Back to top Go down

Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid Empty Re: Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid

Post  Ultima Lucifer Sun Nov 02, 2008 5:19 pm

Wei Shi... hahaha... apa yang adik sedang cakapkan ini... ^^
Ultima Lucifer
Ultima Lucifer

Posts : 58
Join date : 2008-10-30
Location : Bukit Mertajam, Pulau Pinang~~

Back to top Go down

Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid Empty Re: Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid

Post  vinclam1314 Mon Nov 03, 2008 9:18 am

kepada abang wei shi..
bagaimanakah abang dapat mengetahui samada penunggang motor sikal berpistol atau tidak? dengan melihat muka mereka ker?
jikalau cara ini memang berkesan, tiadalah masalah kes perebutan motorsikal la..

Pernahkah kalian mengetahui bahawa salah seorang polis(kalau saya tiada kesalahan) mengatakan bahawa kerajaan haruslah tidak membenar motorsikal menunggang di bandar terutamanya di bandar yang telah berkembang pesat seperti KL?? hanya untuk membendung berlakunya kes-kes sebegini oleh penunggang motorsikal...

adakah kalian menyokong apa yang dicadangkan oleh dia? saya tidak menyokong langsung.. kerana ia tentulah akan menyebabkan sesak jalan yang lebih teruk..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid Empty Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid

Post  WeiShi_L6F Wed Nov 05, 2008 12:17 pm

Please lah vinclam1314, i hanya 18 mah, jangan panggil saya abang lah.
Betul cakap abang vinclam ,baik ditembak mati daripada sesak jalan.


Sen hang , say thank you to me becos now got people reply this topic.
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 34

Back to top Go down

Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid Empty Re: Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid

Post  szejiengoo (U6F) Sat Nov 08, 2008 5:21 pm

Manusia pada hari ini semakin tidak berhati perut...Kemungkinannya disebabkan oleh tekanan masyarakat dan ketidakmahiran mengawal emosi.
Sekiranya ada perasaan benci dan dengki, sesetengah orang menganggap keganasan adalah cara penyelesaiannya.

Kes-kes seperti ini dapat dikurangkan dengan rondaan polis sekitar taman perumahan yang lebih kerap dan ketara.
Rondaan ini tidak secara langsung akan mengurangkan kes jenayah. Tetapi ia dapat membantu dari segi amaran dan peringatan kepada
semua bahawa pihak polis sedang berusaha menjaga ketenteraman kawasan berkenaan.
Oleh itu, penjenayah mungkin akan membatalkan niat jahatnya.

szejiengoo (U6F)

Posts : 32
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid Empty Re: Peniaga mati ditembak dalam perjalanan ke masjid

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum