Prestasi penggunaan e-Filing LHDNM melebihi sejuta
Page 1 of 1

KUALA LUMUR 27 April – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) merekodkan pengguna e-Filing seramai 1,011,703 pengguna sehingga semalam.
Di dalam satu kenyataan hari ini, LHDN berkata, angka itu menunjukkan lonjakan 29.18 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas, iaitu hanya 783,174 pengguna.
LHDNM turut mengingatkan semua pembayar cukai individu yang mempunyai punca pendapatan selain perniagaan untuk menghantar Borang BE Tahun Taksiran 2009 dan tidak menunggu di saat-saat akhir atau pada 30 April 2010.
Pembayaran cukai boleh dilakukan secara online melalui kemudahan e-Bayaran yang disediakan oleh LHDNM.
Pembayar cukai yang masih belum mengemukakan Borang BE2009 adalah digalakkan berpindah ke e-Filing, katanya.
Kemudahan tersebut boleh diakses melalui laman web e-Filing di https://e.hasil.gov.my atau melalui laman web rasmi LHDNM www.hasil.gov.my.
"Mereka yang ingin mendapatkan bantuan mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan 2009 atau mendapatkan penerangan berkenaan e-Filing dari Pegawai LHDNM, boleh hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran,” katanya.
Waktu operasi semua pejabat kami akan dilanjutkan sehingga jam 6.00 petang bermula 26 April sehingga 30 April 2010.
Kegagalan mengemukakan borang ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan boleh dikenakan denda tidak kurang RM200 dan tidak melebihi RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – Bernama

Similar topics
» Denda melebihi RM250,000
» Prestasi STPM meningkat
» Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik????
» Orang ramai diminta adil nilai prestasi polis
» Najib gembira prestasi pasukan Formula Satu Malaysia

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum