Orang ramai diminta adil nilai prestasi polis
Page 1 of 1

2010/06/02
SERI ISKANDAR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta orang ramai bersikap adil apabila membuat penilaian terhadap prestasi pasukan polis dengan melihat jasa dan pengorbanan keseluruhan pasukan itu, bukan hanya berdasarkan beberapa `kecacatan' dilakukan segelintir anggotanya.
Baginda bertitah, perkhidmatan polis akan menjadi lebih berkesan jika masyarakat memberi dorongan, memperlihat simpati serta bersikap adil dan seimbang.
“Bagi memenuhi tanggung jawab yang begitu berat, besar dan luas, tentu akan berlaku kecacatan. Dengan anggota yang begitu ramai, akan terdapat bilangan kecil melakukan perkara mencalarkan nama pasukan.
“Jangan sampai mencurahkan susu sebelanga kerana nila setitik. Dalam menyiarkan cerita buruk jangan sama sekali dinafikan cerita baik kerana anggota polis juga adalah insan yang mempunyai pelbagai perasaan,” titahnya ketika merasmikan bangunan baru Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini, semalam.
Hadir sama, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja DiHilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar serta Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah.
Sultan Azlan bertitah, masyarakat ada hak menyuarakan kebimbangan terhadap insiden jenayah yang meningkat dan dilakukan dengan cara kejam dan ganas.
Bagaimanapun titahnya, masyarakat juga perlu insaf polis bukan pencetus atau menjadi punca kepada perlakuan jenayah sebaliknya ia berlaku kerana pelbagai sebab dan membabitkan banyak pihak.
Baginda bertitah, keadaan sosio politik, kemelesetan ekonomi, kadar pengangguran, kekurangan prasarana sosial dan pelbagai perkara lain boleh menjadi punca peningkatan jenayah.
Sultan Azlan bertitah, perlakuan dan punca jenayah boleh bermula pada peringkat awal kehidupan manusia, terutama jika institusi keluarga dan sekolah tidak melaksanakan disiplin secara ketat.
“Tolak ansur yang keterlaluan terhadap kerenah anak ketika melalui usia formatif memberikan nilai yang salah, mereka rasa boleh dilepaskan dari hukuman apabila diberikan pembelaan keterlaluan meskipun melanggar disiplin dan peraturan sekolah,” titahnya.
“Nilai yang salah hasil asuhan salah melahirkan produk salah, akibatnya negara dan rakyat terpaksa menanggung beban di kemudian hari,” titahnya.
Sultan Azlan bertitah, membasmi jenayah memerlukan usaha bersepadu dan harus dilaksana secara integrasi antara pelbagai institusi merangkumi keluarga, sekolah, sosial, masyarakat dan agama, sekali gus memastikan tugas polis menjadi lebih berkesan.

Ong SQ (U6B/2010)- Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 33
Similar topics
» MB Selangor galak orang ramai buat laporan polis
» Melaka Wonderland dibuka kepada orang ramai
» Prestasi STPM meningkat
» KES-KES PENIPUAN
» Melaka Wonderland dibuka kepada orang ramai
» Prestasi STPM meningkat
» KES-KES PENIPUAN
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum