PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Prestasi STPM meningkat

Go down

Prestasi STPM meningkat Empty Prestasi STPM meningkat

Post  lisee(U6A) Fri Feb 26, 2010 7:00 am

KUALA LUMPUR: Seramai 48,446 atau 92.55 peratus daripada 52,348 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009, lulus penuh atau mendapat prinsipal bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran, meningkat 0.31 peratus berbanding 92.24 peratus pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 4,316 calon atau 8.24 peratus lulus penuh lima mata pelajaran, 20,670 (39.49 peratus) empat mata pelajaran, 9,797 (18.72 peratus) tiga mata pelajaran, 7,412 (14.16 peratus) dua mata pelajaran dan 6,251 (11.94 peratus) satu mata pelajaran.



Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, berkata 274 calon memperoleh prinsipal A dalam semua subjek iaitu masing-masing 15 calon yang mengambil lima mata pelajaran dan 259 (empat mata pelajaran).

Beliau berkata, bilangan itu meningkat berbanding 13 calon mendapat prinsipal A dalam lima mata pelajaran dan 223 calon (empat mata pelajaran) pada 2008.

“Daripada analisis jurang prestasi pelajar bandar dan luar bandar masih ketara dengan prestasi calon bandar lebih baik daripada calon luar bandar. Calon bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A iaitu 12.14 peratus berbanding luar bandar 7.06 peratus.

“Calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A dan 3A ialah 10.42 peratus berbanding calon luar bandar 7.2 peratus, manakala calon bandar aliran sains yang mendapat 5A, 4A dan 3A pula 15.64 peratus berbanding calon luar bandar (4.54 peratus),” katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM di sini, sema-lam.

Beliau berkata, daripada 55,663 calon yang mendaftar hanya 53,348 calon (94.04 peratus) hadir menduduki peperiksaan STPM 2009 berbanding dengan 50,202 calon (93.56 peratus) yang menduduki peperiksaan itu pada tahun sebelumnya.

Dzulkifli berkata, pada umumnya, prestasi calon memperoleh keputusan yang baik berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 atau lebih baik adalah tinggi pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya iaitu 35.93 peratus (2009), manakala 31.46 peratus (2008).

Selain itu, katanya, calon sekolah kerajaan yang lulus penuh lima dan empat mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan iaitu daripada 47.11 peratus pada 2008 kepada 50.61 peratus pada tahun lalu.

Beliau berkata, sebanyak 10 mata pelajaran iaitu Pengajian Am, Bahasa Arab, Kesusasteraan Inggeris, Kesusasteraan Melayu, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Perakaunan, Matematik dan Biologi menunjukkan peningkatan peratusan lulus berbanding pada 2008.

Katanya, pada 2009, tiga mata pelajaran menunjukkan penurunan peratus kelulusan iaitu Matematik, Perkomputeran dan Sains Sukan berbanding pada 2008.

Mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam jawapan calon bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, Dzulkifli berkata, pada tahun lalu, 97.5 peratus calon menjawab soalan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya berbanding 92.7 peratus pada tahun sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 4.8 peratus.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Prestasi STPM meningkat Empty Cacat tidak halang capai kejayaan

Post  lisee(U6A) Fri Feb 26, 2010 7:03 am

KUALA LUMPUR: Cacat penglihatan dan spastik bukan penghalang tiga pelajar istimewa memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, sekali gus dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (APC), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009, semalam.

Masmin Mensih dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Sapi, Sandakan, Sabah menerima anugerah Pelajar Istimewa Cemerlang (Kategori Rabun), Muhammad Raizan Ab Rahman dari SMK Bandar Utama, Petaling Jaya (Spastik) dan Loh Wei Siong dari SMK Batu Lintang, Kuching, Sarawak (Buta).



Mereka adalah daripada 18 penerima APC STPM 2009, selain dua lagi pelajar cemerlang Malaysian University English Test iaitu Png Ning (peperiksaan awal tahun) dan Prarthini M Selveindran (akhir tahun).

Seorang lagi penerima APC bagi kategori luar bandar iaitu Nurul Imani Zakaria. Masing-masing menerima wang tunai RM1,000, sijil penghargaan dan plak.

Masmin, 20, ketika ditemui berkata, kejayaan ini adalah hasil usahanya memperuntukkan masa belajar tiga hingga empat jam sehari serta bantuan rakan.

“Hanya saya seorang yang cacat penglihatan dalam kelas, namun saya tidak menganggap keadaan ini sebagai satu kekurangan yang membataskan usaha untuk terus berusaha,” katanya.

Muhamad Raizan, 21, berkata sokongan keluarga serta rakannya membantu dia belajar dengan lebih selesa dan hasilnya memperoleh keputusan cemerlang yang diharapkan sebagai pasport melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Dia yang bercita-cita menjadi pensyarah, berkata walaupun berkeadaan spastik sejak lahir, ia tidak pernah melunturkan semangatnya untuk berjaya dalam pelajaran.



Bagi Wei Siong pula, walaupun buta dan belajar di sekolah harian biasa, dia tetap bersemangat mencapai kecemerlangan selepas mendapat 6A 2B pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Prestasi STPM meningkat Empty Muhammad Amin gigih ubah nasib keluarga

Post  lisee(U6A) Fri Feb 26, 2010 7:04 am

PENDANG: Kemiskinan dan kesusahan hidup bukan penghalang bagi Muhammad Amin Jaafar, 19, mencapai keputusan cemerlang 4A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Malah, Muhammad Amin, bekas Ketua Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Merbau, di sini bersyukur kerana kemiskinan keluarga membakar semangatnya untuk berjaya dalam pelajaran.

“Saya sedar keluarga kami miskin dan sebab itulah saya berusaha dengan gigih untuk mengubah nasib keluarga,” katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mahawangsa, Sungai Siput, di sini.



Muhammad Amin yang tinggal di asrama berkata, kesempitan hidup yang dialami keluarganya itu menyebabkan dia tidak pernah menghadiri kelas tuisyen kecuali dianjurkan sekolah.

“Mujurlah saya diberikan Biasiswa Kecil Persediaan Universiti (BKPU) yang dapat digunakan untuk membeli buku dan keperluan belajar,” katanya.

Muhammad Amin berkata, dia tidak menyangka mendapat 4A dalam STPM kerana keputusan peperiksaan percubaannya hanya sederhana.

“Saya sifatkan kejayaan ini adalah hasil dorongan ibu dan bimbingan intensif guru di sekolah,” kata anak yatim itu.

Muhammad Amin juga aktif dalam aktiviti kokurikulum kerana pernah mewakili daerah ini dalam Pertandingan Debat Bahasa Inggeris dan negeri dalam Perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) peringkat kebangsaan.

Tinjauan mendapati keluarga itu agak daif apabila rumah mereka usang dan bocor di sana sini. Bagaimanapun mereka baru saja mendapat bantuan rumah dari Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dan hanya menunggu untuk berpindah.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Prestasi STPM meningkat Empty Anak penoreh getah dapat 5A

Post  lisee(U6A) Fri Feb 26, 2010 7:06 am

KUALA LUMPUR: “Jika ada kemahuan tidak ada bezanya bagi seorang pelajar untuk mencapai kejayaan walaupun tinggal di bandar atau luar bandar,” kata Nurul Imani Zakaria, 19, yang dipilih sebagai Pelajar Cemerlang Bagi Kategori Luar Bandar dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan semalam.

Beliau yang mendapat 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil berkata, yang penting adalah kemahuan dan kesungguhan seseorang untuk meraih kecemerlangan dalam pelajaran.



“Tekad saya adalah untuk mengubah kehidupan keluarga dan jalan yang saya lihat adalah melalui pelajaran,” kata anak penoreh getah berasal dari Kampung Panggung, Pasir Puteh, Kelantan.

“Saya sudah biasa hidup susah dan sejak kecil sudah mengikut ayah menoreh getah,” kata anak kelima daripada 10 beradik.

Nurul Imani adalah antara 15 pelajar yang dipilih dalam pelbagai kategori bagi menerima anugerah kecemerlangan sempena pencapaian cemerlang dalam keputusan STPM tahun lalu yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak di sini, semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Aman, Pasir Puteh itu berkata, beliau menelaah pelajaran lebih empat jam setiap hari.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Prestasi STPM meningkat Empty Chin Wei muncul antara 5 pelajar terbaik

Post  lisee(U6A) Fri Feb 26, 2010 7:09 am

KANGAR: Kesibukan memikul tanggungjawab sebagai anak sulung, terutama membantu bapanya di bengkel membaiki basikal di Taman Perlis, di sini, bukan penghalang kepada Ng Chin Wei, 20, untuk berjaya.

Malah, keadaan itu memaksa Chin Wei yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis, di sini, berusaha gigih memastikan setiap masa terluang diisi sebaik mungkin, sehingga beliau muncul pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.



Chin Wei, anak sulung kepada pasangan, Ng Inn Soon, 52, dan Loy Poh Chor, 46, disenarai antara lima pelajar terbaik STPM 2009 di Perlis.

Beliau mencatat keputusan A dalam semua empat mata pelajaran diambil iaitu Pengajian Am, Fizik, Kimia dan Matematik, dengan PGNK 3.92, sekali gus mengatasi 597 calon STPM Perlis 2009 yang lain.

Chin Wei ketika ditemui bangga dan puas hati kerana usaha kerasnya mempersiapkan diri untuk menempuhi STPM 2009 lalu, berhasil.

Katanya, dia banyak menghabiskan masa di bengkel basikal milik bapanya yang dibuka di rumah setiap hari, kecuali jika menghadiri kelas tuisyen di Alor Setar.

Sebagai anak sulung katanya, dia tidak kisah membantu bapa di bengkel kerana kasihan melihatnya bekerja seorang diri untuk menyara keluarga.

“Kebiasaannya, saya akan bantu bapa pada waktu petang selepas selesai sekolah. Bagaimanapun, pada waktu malam, saya manfaatkan sebaik mungkin masa tiga atau empat jam mengulang kaji pelajaran,” katanya.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Prestasi STPM meningkat Empty Re: Prestasi STPM meningkat

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum