PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Johor henti jual air dari loji Skudai pada Singapura

Go down

Johor henti jual air dari loji Skudai pada Singapura Empty Johor henti jual air dari loji Skudai pada Singapura

Post  kuanchin91 Tue Apr 27, 2010 6:55 pm

JOHOR BAHRU 27 April – Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Johor akan menghentikan penjualan air mentah dari sebuah loji di sini kepada Singapura apabila perjanjian mengenainya tamat tahun depan.

Katanya, perjanjian itu melibatkan penjualan air dari Loji Skudai, di Johor Bahru, yang diuruskan oleh syarikat Public Utilities Board (PUB) Singapura.

"Sekarang ini di peringkat rundingan untuk pulangkan (Loji Skudai kepada kerajaan Johor),” katanya pada sidang media sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini, hari ini.

Satu lagi perjanjian bekalan air di antara Johor dan Singapura akan hanya tamat pada 2061.

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Dr. Yaacob Ibrahim sebagaimana dipetik oleh media republik itu berkata, Singapura tidak akan memperbaharui kontrak air dengan Malaysia apabila perjanjian itu tamat tahun depan.

Berucap di Parlimen Singapura, katanya, republik itu mempunyai bekalan air yang mencukupi. – Bernama
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 33

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum