PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Henti tuding jari

Go down

Henti tuding jari Empty Henti tuding jari

Post  WAN SEN (U6A) Sun Jan 10, 2010 4:52 am

•PM tolak tuduhan Umno dalang kejadian bakar empat gereja

•Polis dapat petunjuk kesan suspek baling bom api

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu segelintir pihak berhenti menuding jari dan menuduh kononnya Umno terbabit dalam insiden cuba membakar empat gereja di sekitar Lembah Klang, kelmarin.
Perdana Menteri berkata, Umno tidak harus dipersalahkan di sebalik kejadian itu kerana ia bukan parti bersifat perkauman yang mahu merampas dan mengetepikan hak kaum lain di negara ini.



Beliau yang juga Presiden Umno, berkata, parti itu mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab berkenaan dan berharap pihak berkuasa dapat menahan dan menghukum dalang yang terbabit dengan kejadian itu.

"Kita menegakkan prinsip adil dan saksama kepada semua kaum...sebab itu apabila saya mengambil alih tampuk kepemimpinan negara, saya menekankan prinsip dan semangat 1Malaysia.

"Jadi, apabila berlaku apa-apa insiden, jangan tuding jari kepada Umno mengatakan parti ini rasis...bila ada gereja terbakar, kata Umno jahat.


NAJIB bersalaman dengan orang ramai ketika melawat Gereja Metro Taber Nacre di Desa Melawati.


"Kalau polis dapat cari siapa yang melakukan perkara ini, kita akan hukum dia dengan adil dan saksama," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Juara Rakyat anjuran Umno di Bandar Bukit Sentosa, Rawang, dekat sini semalam.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Turut hadir Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan, barisan Majlis Tertinggi (MT) dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Selain penulis blog dan portal berita, terbaru, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada sidang media selepas menutup Taklimat Isu Semasa di Shah Alam, semalam menuduh Umno menolak agama dan al-Quran yang menyebabkan berlaku perbuatan membakar gereja.

Sementara itu, selepas melawat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini, petang semalam, Najib mahu mana-mana pihak tidak mempolitikkan kejadian itu.

Sambil meminta rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini bertenang dan tidak mengikut perasaan, Perdana Menteri menegaskan Islam melarang umatnya merosakkan mana-mana rumah ibadat agama lain.

"Ada pihak tuduh kerajaan berhubung insiden ini...biarlah mereka tuduh...ini namanya cuba putar belit. Mereka cuba menuding jari kerana mereka ada agenda politik. Jadi saya mengutuk cara seperti ini sebab kita tidak boleh mempolitikkan insiden ini.

"Kita mesti mengambil sikap bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan dan mencari penyelesaian terbaik," katanya.

Turut menyertai beliau ialah Hishammuddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.

Perdana Menteri yang tiba pada jam 5 petang meluangkan masa hampir 20 minit meninjau sendiri keadaan gereja terbabit yang mengalami kerosakan, terutama di bahagian pejabatnya di tingkat bawah.

Serentak itu, beliau mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle bagi membolehkan pentadbiran gereja berkenaan membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.

Beliau berkata, peruntukan itu adalah tanda simpati kerajaan terhadap insiden yang berlaku dan peruntukan berkenaan akan disalurkan kepada pihak Assembly of God supaya mereka dapat membangunkan gereja di kawasan baru.

"Lawatan saya ini menunjukkan betapa seriusnya pandangan kerajaan terhadap kejadian ini. Perbuatan seperti membakar tempat orang lain beribadat satu perbuatan terkutuk bukan saja di sisi undang-undang negara tetapi juga dari segi Islam," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan memberikan bantuan kepada gereja lain yang terbabit dalam serangan bom api, Najib berkata: "Tempat ini (Gereja Metro Tabernacle) dulu kerana yang ini paling berat sekali (mengalami kerosakan)," katanya.

Sementara itu, Musa berkata, polis percaya bukan kumpulan sama yang melakukan serangan bom api ke atas empat gereja di sekitar Lembah Klang kerana modus operandi mereka berbeza.

"Polis sedang menyiasat kejadian ini dan kita masih belum pasti warga negara yang terbabit. Kita sedang berhubung dengan saksi kejadian dan percaya akan mendapat petunjuk.

"Selain meningkatkan kawalan keselamatan di gereja, kita juga menambah bilangan anggota untuk memantau keselamatan di masjid dan surau. Sebagai contoh, di Petaling Jaya saja ada 62 gereja manakala jumlah keseluruhan gereja di Selangor dan Kuala Lumpur sudah melebihi 600 buah.

"Pada masa sama, kita meminta pentadbiran gereja supaya turut meningkatkan kawalan keselamatan dengan menyediakan pengawal," katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri mengesahkan polis menerima lima laporan membabitkan kes rumah ibadat, termasuk sebuah surau di Klang dirosakkan setakat jam 2 petang semalam.

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum