PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Remaja tidur tanpa henti

2 posters

Go down

Remaja tidur tanpa henti Empty Remaja tidur tanpa henti

Post  yeow_U6A/2010 Sun Feb 14, 2010 5:24 pm

LONDON: Louisa Ball, 15, menghabiskan sebahagian besar kehidupannya sejak beberapa tahun lalu dengan tidur di atas katilnya. Dia boleh tidur selama dua minggu tanpa terjaga.

Masalah tabiat tidur luar biasa yang dialami Louisa jarang berlaku dan dikenali sebagai Sindrom Kleine-Levin atau penyakit ‘Sleeping Beauty’ yang akan menyebabkan dia tertidur untuk tempoh lama kadangkala hingga beberapa minggu.

Berikutan penyakit itu, Louisa sering tidak ke sekolah, tidak dapat menyertai kelas tarian dan tidak dapat bercuti bersama keluarga kerana dia tidur nyenyak sepanjang tempoh itu.

Penyakit Louisa mula dikesan pada Oktober 2008 selepas dia sembuh daripada selesema.

Ibunya, Lottie, 45, berkata: “Dia diberi ubat selesema untuk seminggu tetapi tidak pernah sembuh sepenuhnya. Selepas itu kami dapati dia mula tidur lena untuk jangka waktu yang luar biasa lamanya,” katanya. - Agensi

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Remaja tidur tanpa henti Empty Re: Remaja tidur tanpa henti

Post  You Lee Shuen Wed Feb 17, 2010 7:49 am

Marcapada ini, orang di seluruh dunia menjalanicara hidup yang amat sibuk. Justeru itu, banyak orang sering mengadu tentang mereka tidak mempunyai masa tidur atau masa berehat yang cukup. Sesetangah juga mempunyai masalah sukar tidur... Namun yang demikian, boleh tidur untuk masa yang panjang tanpa berjaga juga bukan satu cara berehat yang baik. Saudari yang disebut di atas merupakan satu contoh yang baik.

penyakit ini telah menyebabkan dia melepaskan banyak masa yang berharga bersama keluarganya dan akan menimbulkan masalah seperti bekerja pada masa yang tetap pada masa kelak.
You Lee Shuen
You Lee Shuen

Posts : 23
Join date : 2009-06-30

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum