PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tidur lena, sarapan berkhasiat

Go down

Tidur lena, sarapan berkhasiat Empty Tidur lena, sarapan berkhasiat

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon May 10, 2010 2:43 pm

Masa tidur yang berkualiti dan sarapan pagi yang berkhasiat, kurang diambil berat di kalangan mereka yang bekerja disebabkan jadual harian yang sibuk.

Berdasarkan kajian tentang tekanan yang dijalankan pada akhir tahun lalu oleh Magnolia, kira-kira 63 peratus responden yang terdiri daripada golongan muda di negara ini yang tinggal di kawasan bandar di Semenanjung Malaysia selalunya akan tidur selepas pukul 12 tengah malam, manakala 55 peratus daripada mereka sentiasa letih sepanjang masa.

Memahami trend kehidupan golongan muda yang membimbangkan ini, Magnolia baru-baru ini melancarkan kempen gaya hidup sihat 'Good Night, Good Morning'.

Menerusi usaha ini, Magnolia menyeru golongan muda mempertingkatkan produktiviti dan berasa cergas sepanjang hari menerusi satu penyelesaian yang mudah iaitu tidur nyenyak yang mengembalikan tenaga pada waktu malam dan sarapan yang berkhasiat pada waktu pagi.

Menurut pakar panel kempen ini, Dr. Edward Chan, yang juga Perunding Psikologi Prinsipal untuk Persatuan Psikologi Malaysia, rehat yang optimum pada waktu malam dan makanan yang berkhasiat pada waktu pagi merupakan cara terbaik untuk menyediakan diri menghadapi cabaran akan datang.

''Malangnya golongan muda sebanyak mungkin cuba meningkatkan diri setiap hari demi kerja dan persaingan. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat kebanyakan mereka terpaksa menanggung terlalu banyak tanggung jawab demi menyara diri dan keluarga. Beban ini pula ditambah dengan kesesakan lalu lintas setiap hari.

''Golongan muda yang bekerja kini hidup dengan bebanan tekanan dan kerisauan membimbangkan yang merupakan faktor utama gangguan tidur pada waktu malam,'' katanya.

Dr. Chan menerangkan, tanpa rehat yang mencukupi pada waktu malam, seseorang itu akan merasa pening dan terganggu sepanjang hari. Emosi pula akan menjadi tidak stabil dan sukar membuat pertimbangan yang jelas.

Akhirnya, mereka mungkin akan melakukan pelbagai kesilapan dan ini hanya akan menambah tekanan dan turut memberi kesan yang lebih serius untuk tidur pada waktu malam.

Selain daripada mendapat kualiti tidur yang optimum, sarapan pagi yang penuh berkhasiat juga penting untuk meningkatkan tahap tenaga dan produktiviti seseorang.

''Malangnya tekanan akan menjejaskan selera makan dan menyebabkan ramai yang tergesa-gesa pada waktu pagi. Akibatnya ramai yang tidak bersarapan tanpa menyedari bahawa tabiat ini membawa keburukan kepada produktiviti harian,'' katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Jenama Magnolia, F&N Dairies (M) Sdn. Bhd., Liew Ching Ching dalam ucapannya semasa majlis pelancaran kempen berkenaan memberitahu, untuk membantu golongan muda yang bekerja supaya dapat mengawal tahap tekanan mereka dan kekal bertenaga, Magnolia menggalakkan dua tabiat gaya hidup yang mudah, iaitu mengoptimumkan masa tidur pada waktu malam dan makan pagi yang berkhasiat pada waktu pagi untuk memulakan hari mereka.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Tidur lena, sarapan berkhasiat Empty Re: Tidur lena, sarapan berkhasiat

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon May 10, 2010 2:56 pm

Lazimnya, manusia menghabiskan satu pertiga daripada waktu hidupnya untuk tidur. Namun, ada kalanya tidur boleh terganggu disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Sama seperti makanan berkhasiat, anda juga perlukan tidur yang mencukupi. Tidur yang berkualiti adalah faktor penting agar anda kekal bertenaga dalam melakukan aktiviti harian. Sekiranya menghadapi masalah untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, ubahlah gaya hidup anda. Mulakanlah pola tidur yang sihat. Ikuti panduan berikut agar anda dapat memulakan hari esok dengan lebih bertenaga.

1. Disiplin
Biasakan tidur mengikut waktu yang tetap setiap hari. Selain itu, anda juga perlu membataskan waktu tidur siang agar tidur malam tidak terganggu. Bagi segelintir orang, hal ini memang diakui agak sukar untuk diamalkan. Namun, bagi mendapatkan tidur yang mencukupi, anda perlu tekad untuk cuba melakukannya.

2. Senaman teratur
Dengan melakukan aktiviti olahraga yang teratur (20 hingga 30 minit seminggu selama tiga hingga empat kali) anda dapat menghilangkan segala ketegangan dan kekusutan yang mungkin dialami. Dengan yang demikian, senaman yang biasa anda lakukan itu sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan tidur yang selesa. Sementara bagi anda yang sering sibuk dengan tugasan harian, cukuplah sekadar melakukan senaman ringan sahaja. Anda boleh lakukannya di waktu pagi ataupun petang hari. Sehubungan itu, elakkan aktiviti berat sebelum tidur. Ini penting kerana aktiviti seperti itu akan membuatkan mata anda kekal segar dan sukar untuk terlelap.

3. Suasana tenang
Wujudkan suasana tidur yang nyaman. Oleh kerana itulah, pastikan bilik tidur anda mempunyai elemen ini. Antara lain, anda juga boleh menimbulkan suasana yang tenang dengan mendengar muzik lembut sambil membaca bahan bacaan ringan. Dalam pada itu, gunakanlah lampu yang malap (lampu tidur) dan bukannya lampu kalimantang yang boleh menerangkan seluruh bilik tidur anda.

4. Jaga perut
Elakkan daripada tidur dengan perut yang terlalu kenyang. Jadi, jangan makan dua jam sebelum waktu tidur. Sehubungan itu, cuba elakkan diri daripada memakan kekacang ataupun buah-buahan yang mengandungi gas. Sebagai contohnya durian. Selain itu, anda juga perlu menghindar kudapan yang mengandungi lemak yang tinggi. Ini kerana makanan seperti itu agak sukar untuk dihadamkan. Begitu juga halnya jika anda terlalu lapar. Keadaan sedemikian, secara tidak langsung boleh mengganggu tidur. Untuk itu, sebelum tidur, makanlah buah-buahan rendah kalori seperti oren, epal dan lain-lain lagi.

5. Tenangkan perasaan
Elak terlalu banyak berfikir sebelum tidur. Oleh kerana itulah, anda perlu relaks sebelum masuk tidur. Untuk mengurangkan tekanan, anda digalakkan untuk melakukan teknik meditasi ataupun mengamalkan senaman pernafasan.

6. Alat bantu tidur
Bagi mengelakkan diri daripada berhadapan dengan gangguan tidur, anda bolehlah memakai eye mask yang berguna untuk menghalang sinaran cahaya. Selain daripada itu, penyumbat telinga juga perlu bagi mengelakkan bunyi bising.

7. Wangian
Gunakan teknik bau-bauan (aromaterapi). Ini dapat dilakukan dengan menitiskan beberapa titis minyak aromaterapi ke dalam bekas yang berisi air lalu dibakar untuk membangkitkan bau wangi yang dihasilkan daripada minyak tersebut. Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan kaedah menitiskan minyak aromaterapi ke atas sapu tangan dan diletakkan bersebelahan bantal tidur anda. Kaedah-kaedah ini secara tidak langsung dapat membuatkan anda tenang dan seterusnya tidur dengan lebih lena.

8. Bantal yang bagus
Salah satu elemen yang mempengaruhi keamanan tidur adalah bantal. Jadi, jangan sampai anda mengalami masalah “tersalah bantal”. Untuk itu, anda perlu lebih teliti dalam memilih bantal bersesuaian. Memandangkan terdapat beberapa ukuran standard untuk bantal yang terdapat di pasaran, pilihlah bantal yang sesuai dengan anda.

9. Gaya tidur
Posisi tidur memainkan turut memainkan peranan dalam memastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Oleh kerana itulah, anda perlu mengamalkan gaya tidur yang baik. Posisi tidur yang betul ialah posisi tulang belakang dan tulang leher adalah selari.

10. Kualiti bukan kuantiti
Tidak menjadi hal jika anda hanya mampu tidur lima jam sahaja sehari. Apa yang penting ialah setelah terjaga daripada tidur, anda dapat rasakan kesegarannya.

Tidur lena, sarapan berkhasiat 20943_259082059362_252885744362_4381924_6288724_a
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum