PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelajar cemerlang dibunuh kejam JOHOR BAHRU 16 Sept

+5
KeeSengU6F
szejiengoo (U6F)
WeiShi_L6F
PnLeela
SenHan_U6F
9 posters

Go down

Pelajar cemerlang dibunuh kejam   JOHOR BAHRU 16 Sept Empty Pelajar cemerlang dibunuh kejam JOHOR BAHRU 16 Sept

Post  SenHan_U6F Wed Sep 17, 2008 6:00 pm

Pelajar cemerlang dibunuh kejam


JOHOR BAHRU 16 Sept. – Seorang pelajar perempuan cemerlang berusia 16 tahun yang diculik Khamis lalu, dipercayai menjadi mangsa bunuh dan bakar apabila mayatnya ditemui dalam keadaan hangus di Kulai Jaya di sini hari ini.

Lebih malang, mayat Lai Ying Xin (gambar) itu yang mendapat 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 hanya ditemui sehari selepas keluarganya dikatakan membayar RM33,000 sebagai wang tebusan bagi membebaskan mangsa yang ketika itu disangkakan masih hidup.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kulai Besar itu diculik di hadapan sebuah pasar raya tempat dia bekerja sambilan dan mayatnya ditemui di kawasan semak di Taman Putri dekat Kulai Jaya.

Penemuan itu berikutan penahanan empat lelaki berusia 16 hingga 22 tahun di Kulai petang semalam.

Difahamkan, para penculik membakar mayat Ying Xin untuk tujuan menghilangkan bukti kegiatan jenayah mereka kerana mangsa dan keluarganya mengenali dan mengetahui identiti suspek-suspek.

SenHan_U6F

Posts : 29
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Pelajar cemerlang dibunuh kejam   JOHOR BAHRU 16 Sept Empty Re: Pelajar cemerlang dibunuh kejam JOHOR BAHRU 16 Sept

Post  PnLeela Sat Sep 20, 2008 1:20 am

Syabas Sen Han kerana memulakan sesi pembacaan suratkhbar.

Selain memaparkan keratan akhbar, anda perlu memberi soalan dan ulasan tentang berita tersebut. ini akan membuka jalan untuk rakan-rakan kelas memberi komen atau ulasan.

Sila ambil perhatian tentang hal ini dalam paparan berita seterusnya

Pn Leela Very Happy

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Pelajar cemerlang dibunuh kejam   JOHOR BAHRU 16 Sept Empty Pelajar cemerlang dibunuh kejam JOHOR BAHRU 16 Sept

Post  WeiShi_L6F Sat Sep 20, 2008 9:11 am

Pelajar perempuan yang mati katak itu memang amat dikasihi. Demi mengelakkan tragedi yang sebegitu berlaku lagi, saya berpendapat bahawa perempuan perlu berhati-hati semasa memilih kawan. Mereka perlu sentiasa menyedari keselamatan sendiri dalam apa jua keadaan. Selain itu, mereka boleh belajar seni mempertahankan diri supaya berupaya melindungi diri apabila berhadapan keadaan yang bahaya. Polis-polis juga patut melaksanakan tugas mereka dengan sempurnanya untuk menangkap pembunuh-pembunuh yang melakukan pembunuhan ini. Terima kasih kepada sen hang yang menyediakan ruang ini supaya kita dapat membincang tentang pembunuhan ini.
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 34

Back to top Go down

Pelajar cemerlang dibunuh kejam   JOHOR BAHRU 16 Sept Empty Re: Pelajar cemerlang dibunuh kejam JOHOR BAHRU 16 Sept

Post  szejiengoo (U6F) Sat Sep 20, 2008 7:00 pm

Terlebih dahulu, saya berpendapat bahawa salah satu punca penculikan ini adalah berkaitan dengan hal kekeluargaan. Hal ini demikian kerana suspek kes ini difahamkan mengenali mangsa dan keluarga mangsa. Saya juga percaya bahawa terdapat penganiayaan antara mangsa dan suspek berlaku dalam kes ini. Ibu bapa mangsa seharusnya lebih prihatin terhadap anak mereka, lebih-lebih lagi anak mereka seorang perempuan. Mereka harus mengambil berat tentang kegiatan harian anak mereka suapaya keselamatan anak mereka lebih terjamin. Isu remaja yang berkerja sambilan juga harus dipertimbangkan dalam keluarga. Dengan ini, saya percaya bahawa kes-kes culik akan dikurangkan.

szejiengoo (U6F)

Posts : 32
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Pelajar cemerlang dibunuh kejam   JOHOR BAHRU 16 Sept Empty Re: Pelajar cemerlang dibunuh kejam JOHOR BAHRU 16 Sept

Post  KeeSengU6F Tue Sep 23, 2008 4:42 pm

Pada pendapat saya, kes ini berkaitan dengan masalah percintaan antara mangsa dan suspek itu. Suspek itu dipercayai berasa marah dan ingin membalas dendam selepas mangsa menolak permintaan dia. Walau bagaimanapun, saya berasa motif lain juga harus diberi perhatian seperti masalah kewangan, masalah keluarga dan sebagainya. Pihak polis harus memulakan penyiasatan terhadap kes ini dengan mencari motif suspek itu dahulu. Kes pembunuhan ini telah menjadi tumpuan masayarakat kebelakangan ini. Usia suspek yang begitu muda ini telahpun mengejutkan seluruh negara, ini telah menunjukkan pemikiran remaja sekarang susah dijangkai dan semakin membimbangkan. Kerajaan dan masyarakat dinasihati memberi tumpuan terhadap perlakuan dan pemikiran bakal pemimpin negara kita supaya keamanan masyarakat dapat dikekalkan.

KeeSengU6F

Posts : 14
Join date : 2008-09-23

Back to top Go down

Pelajar cemerlang dibunuh kejam   JOHOR BAHRU 16 Sept Empty Pelajar cemerlang dibunuh kejam JOHOR BAHRU 16 Sept

Post  leechoonyuan(L6f) Thu Oct 30, 2008 6:19 am

Saya berasa masyarakat harus memandang berat terhadap perkara tersebut dan sentiasa berwaspada walaupun terhadap orang yang dikenali.Perkara ini menimbulkan kemarahan orang ramai dan polis harus berusaha untuk mencari bukti menyabitkan kesalahan pembunuh kejam tersebut.Walaubagaimanapun,masyarakat harus mendapat pengajaran daripada perkara tersebut dan sentiasa berhati-hati dalam berkawan dengan orang lain.

leechoonyuan(L6f)

Posts : 10
Join date : 2008-09-17

Back to top Go down

Pelajar cemerlang dibunuh kejam   JOHOR BAHRU 16 Sept Empty Re: Pelajar cemerlang dibunuh kejam JOHOR BAHRU 16 Sept

Post  Khang Wei (U6B/2010) Sat May 30, 2009 1:48 pm

Saya berpendapat bahawa kita perlu berhati-hati pada apa-apa jua keadaan terutamanya wanita. Mereka perlu mempunyai kawan berteman pada bila-bila masa sahaja, jangan membiarkan diri sendiri berseorangan terutamanya pada waktu malam. Jikalau anda berseorangan pada waktu malam, jangan menggunakan jalan-jalan kecil atau jalan yang tidak mempunyai lampu jalan. Dengan langkah-langkah tersebut, diharapkan agar tragedi yang diperkatakan oleh saudara Sen Han dapat dikurangkan. BERHATI-HATI~ :shock:Harap maaf dengan kelemahan bahasa saya. Embarassed


Bolehkah saudara saudari memberikan pendapat tentang langkah-langkah lain yang lebih berefektif untuk menyelesaikan masalah ini?

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Pelajar cemerlang dibunuh kejam   JOHOR BAHRU 16 Sept Empty Re: Pelajar cemerlang dibunuh kejam JOHOR BAHRU 16 Sept

Post  leeyoong_U6B Sat May 30, 2009 8:13 pm

Seperti yang telah dibincangkan oleh senior-senior, terdapat banyak faktor yang mungkin akan mengakibatkan tragedi ini berlaku. Antaranya termasuklah masalah kewangan, masalah keluarga, masalah percintaan dan sebagainya.

Memang tidak dinafikan bahawa keselamatan diri sendiri lebih penting daripada segala-galanya. Oleh itu, kita haruslah sentiasa prihatin terhadap segala perkara yang berlaku di kalangan kita.

Pada pendapat saya, selain daripada penjagaan diri sendiri, pasukan polis juga memainkan peranan penting untuk mengurangkan perkara sebegini berlaku. Pasukan polis sepatutnya memperbanyakkan perondaan di kawasan perumahan.. Polis ialah orang yang bertanggungjawab dalam perkara menegakkan keadilan, mengurangkan masalah jenayah dan menjaga keselamatan masyarakat. Kerjasama pasukan polis amat membantu dalam pengurangan masalah ini.

Dengan sokangan padu semua pihak, masalah yang kita bimbangkan ini pasti dapat dibendung.. Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Pelajar cemerlang dibunuh kejam   JOHOR BAHRU 16 Sept Empty Re: Pelajar cemerlang dibunuh kejam JOHOR BAHRU 16 Sept

Post  LowYuePeng(U6B) Sun May 31, 2009 9:12 am

Papa pendapat saya, golongan wanita merupakan golongan yang lemah dan TARGET UTAMA bagi penjenayah. Dengan ini, penjenayah selalu mencari peluang emas untuk melakukan kes-kes jenayah seperti culik, rompak, rogol, pembunuhan dan sebagainya terhadap mereka. Oleh itu, golongan wanita haruslah sentiasa berhati-hati apabila berseorangan pada waktu malam. Jangan menggunakan jalan-jalan yang sempit atau gelap walaupun kesuntukan masa. Ingatlah bahawa nilai nyawa sangat penting berbanding masa dan jangan sekalipun ambil risiko ini. Selain itu, golongan wanita janganlah sentiasa memakai pakaian yang menjolok mata. Ini akan memberi 1 fikiran terhadap penjenayah 'kamulah TARGET saya seterusnya'. Golongan wanita mestilah pandai mempertahankan diri dengan menggunakan pelbagai cara yang boleh menghalaukan mereka. Jangan memberi peluang untuk mereka menyekati anda. Bagi saya, cara yang paling bagus adalah menjerit sekuat-kuat dan melarikan diri ke tempat yang berorang ramai. ^^
LowYuePeng(U6B)
LowYuePeng(U6B)

Posts : 23
Join date : 2009-05-13
Age : 33

Back to top Go down

Pelajar cemerlang dibunuh kejam   JOHOR BAHRU 16 Sept Empty Re: Pelajar cemerlang dibunuh kejam JOHOR BAHRU 16 Sept

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum