PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kemarau: Tanaman rosak, rugi RM5.5 juta

Go down

Kemarau: Tanaman rosak, rugi RM5.5 juta Empty Kemarau: Tanaman rosak, rugi RM5.5 juta

Post  keat sin (U6A) Mon Apr 19, 2010 11:46 am

KOTA KINABALU 19 April - Kemarau di Sabah pada awal tahun ini mengakibatkan kerosakan tanaman dianggarkan bernilai RM5.5 juta yang membabitkan 2,371 orang petani, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata, jenis tanaman yang mengalami kemusnahan ialah buah-buahan, padi sawah dan padi bukit di kawasan seluas 7,700 hektar yang kebanyakannya di daerah Nabawan, Lahad Datu, Kinabatangan, Tenom, Semporna, Beaufort dan Pitas.

Kerosakan akibat kebakaran yang melibatkan 43 hektar di Beaufort, Nabawan, Pitas dan Sandakan pula dianggarkan bernilai RM66,000 yang melibatkan 309 petani, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Kamarlin Ombi (BN-Lumadan) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Yahya berkata, menurut sumber Jabatan Meterologi, kebiasaannya cuaca akan menjadi kering pada fasa akhir musim monsun timur, Februari hingga April.

Bagaimanapun, katanya, pada tahun ini keadaan diburukkan lagi dengan berlakunya fenomena El-Nino sederhana sejak Jun tahun lepas di tengah Lautan Pasifik yang menyebabkan kebanyakan hujan turun di kawasan tersebut, sekaligus mengakibatkan kekurangan hujan di Sabah.

Beliau berkata, Jabatan Pertanian menyediakan bantuan dalam bentuk tanaman bagi membantu para petani yang mana tanaman mereka musnah akibat bencana alam dan serangan serangga perosak.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum