Kemarau
Page 1 of 1
Kemarau
Konsep
Keadaan di mana jumlah sejat peluhan yang melebihi jumlah kerpasan yang turun untuk satu tempoh yang lama atau panjang. Kemarau di bahagikan kepada empat jenis:

Kemarau kekal | hanya terdapat di gurun panas yang kering-kontang, tandus-gersang |
Kemarau bermusism | hanya beberapa bulan dalam setahun tanpa hujan atau jumlah hujan yang turun sedikit |
kemarau kontigen | kemarau yang berlaku akibat hujan yang dijangka lewat tiba atau tidak turun pada tempohnya |
kemarau tidak nyata | berlaku di mana-mana tempat dan masa apabila wujudnya keadaan kadar sejatan melebihi jumlah hujan yang turun |
Last edited by CikguPA on Sun Aug 16, 2009 12:49 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : salah ejaan)
Re: Kemarau
Faktor semulajadi berlakunya kemarau
1. Fenomena El-nino yang dikaitkan dengan kenaikan suhu Lautan Pasifik yang berupaya mengubah, melemah dan menghentikan tiupan angin timuran yang membawa hujan yang lebat ke Semenanjung Malaysia.
2. Suhu yang panas menyebabkan udara menjadi lebih kering, lembapan tanih dan akuifer kekurangan air serta proses transpirasi tumbuhan berkurangan sekalgus mengurangkan peratus kelembapan udara dan keberangkalian huja turun adalah amat tipis.
3. Perubahan cuaca kesan pertukaran sistem angin monsun.

Faktor tindakan manusia
1. Pembangunan yang terlalu mendesak telah menyebabkan hutan diteroka dengan rakus, bukit digondol untuk pembinaan petempatan dan perindustrian sehingga manusia lupa tentang pentingnya keseimbangan air dan kitaran hidrologi dikekalkan.

Ancaman Kemarau
Salah satu daripada ancaman terbesar bagi manusia ialah apabila kemarau berlaku di kawasan pertanian yang biasanya kurang menerima air hujan. Ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi kering. Apabila ini berlaku, hasil yang didapati akan berkurangan, menyebabkan harga makanan melambung tinggi dan juga kekurangan makanan serta berlakunya kemarau. Pada masa yang sama, air untuk minum juga akan berkurangan. Ini boleh menjejas kesihatan orang ramai.
Di negara yang sedang membangun, masalah kemarau boleh mengakibatkan berlakunya penyakit-penyakit serta kemelut politik. Apabila jumlah penduduk meningkat, penggunaan air dan keperluan makanan akan meningkat lalu menyebabkan berlakunya kemarau. Tambahan pula, apabila kawasan pertanian menjadi kering semasa kemarau, risiko kebakaran akan meningkat, lalu mengancam tempat-tempat tinggal, tanam-tanaman dan juga nyawa manusia serta kehidupan-kehidupan lain

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|