PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Simpan air hujan elak pembaziran

2 posters

Go down

Simpan air hujan elak pembaziran Empty Simpan air hujan elak pembaziran

Post  ong poh lee U6B Sun Mar 28, 2010 11:57 am

MUAR 27 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan masyarakat menyimpan air hujan untuk kegunaan pada musim kemarau untuk mengurangkan pembaziran bekalan air yang dirawat.

Katanya, pelaksanaan Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) bukan sahaja boleh mengatasi masalah kekurangan bekalan, malah mampu menjimatkan kos air kepada pengguna.

Menurutnya, projek perintis sistem tersebut telah pun dilaksanakan dan ia menunjukkan potensi jangka masa panjang dalam penjimatan bekalan air.

"Kompleks Bandar Utama yang melaksanakan sistem ini telah berjaya menjimatkan hampir 30 peratus bekalan airnya dengan bergantung kepada air hujan yang ditadah.

"Kita berharap konsep ini dapat diperluaskan ke kawasan perumahan yang bersesuaian dan kerajaan mungkin akan membantu dari segi penyediaan peralatannya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Air Sedunia 2010 peringkat kebangsaan di Dataran Tanjung Emas di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas, Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim serta Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ir. Ahmad Husaini Sulaiman.

Muhyiddin berharap semua pihak akan menyahut saranan menjimatkan bekalan air menerusi sistem tersebut memandangkan kos bekalannya juga dapat dikurangkan.

"Kaedah ini akan dapat mengurangkan kebergantungan serta permintaan semasa untuk bekalan air yang dirawat dan mengurangkan pembaziran.

"Air hujan yang dikumpul melalui sistem tersebut lebih sesuai untuk kegunaan tandas, menyiram pokok, membasuh kereta dan pembersihan sekitar rumah yang tidak memerlukan air dirawat," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, telah tiba masanya untuk pengurusan sumber air dilaksanakan secara bersepadu dan holistik dalam memastikan jaminan bekalan air yang mencukupi, berterusan dan menetapi tahap piawaian.

"Walaupun isu-isu ini telah lama dikenal pasti, namun kita masih belum dapat mengatasinya secara berkesan," katanya.

"Ini kerana sumber air di negara kita masih lagi diuruskan secara ad hoc tanpa penyelarasan yang berkesan antara semua pihak yang berkepentingan termasuk agensi-agensi pusat dan kerajaan negeri," katanya.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, jumlah keperluan air negara dijangka meningkat lebih 60 peratus dalam tempoh 50 tahun akan datang iaitu daripada 11,000 juta meter padu pada tahun 2000 kepada 18,000 juta meter padu pada 2050.

Justeru, beliau yakin Dasar Sumber Air Negara dan perundangan berkaitan yang akan digubal pada tahun ini dapat mempertingkatkan lagi pengurusan sumber air bagi kegunaan semua pihak daripada sektor domestik, industri dan pertanian.

Beliau berkata, kesemua kementerian terutamanya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bekerjasama merangka dasar dan strategi jangka pendek dan panjang untuk menangani isu berkenaan.

"Dalam mencapai hasrat dan objektif tersebut, adalah amat penting kita memberi penekanan kepada pemuliharaan biodiversiti, hutan dan penjagaan alam sekitar kerana aspek-aspek ini berhubung kait dengan kawasan tadahan air serta menentukan kuantiti dan kualiti sumber air.

"Di samping itu, usaha pemuliharaan sungai-sungai perlu dipertingkatkan memandangkan ia membekalkan 97 peratus daripada sumber air mentah negara dan pembangunan tidak terkawal akan membawa kesan negatif dengan implikasi yang serius terhadap kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara," katanya.

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Simpan air hujan elak pembaziran Empty Re: Simpan air hujan elak pembaziran

Post  Ong SQ (U6B/2010) Wed Apr 28, 2010 11:49 am

Kita haruslah mengamalkan sikap menjimatkan air. Selepas menggunakan air, pili dan paip air perlu ditutup dengan kemas. Ini disebabkan titisan air yang laju dari paip dapat membazirkan air sebanyak 3,000 liter sehari! Kita juga mesti bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air. Dengan penjimatan air yang berkesan, krisis air di negara kita pasti dapat dielakkan. Selain itu, hutan merupakan tadahan air yang utama di negara kita. Bagi melindunginya, pihak kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang atau menjadikan hutan tersebut sebagai hutan simpan negara bagi memastikan tadahan air tidak diganggu oleh aktiviti manusia.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum