PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

+7
HsianMin (U6B/2010)
lee kah yent(L6A)
leeyoong_U6B
Shu Jian [L6B]
xiaowen_U6B
S.Teng(U6A/2010)
yeeleng(L6A)
11 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  yeeleng(L6A) Tue Sep 15, 2009 5:21 pm

ALOR SETAR: seorang remaja berusia 15 tahun putus pergelangan tangan kirinya apabila mercun bola yang dikutipnya meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di hadapan rumahnya di Kampung Teloi Tua, Sik petang semalam.

Berikutan kejadian sebelum waktu berbuka itu, Mohd Luqman Abidin, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Enggang, bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Dalam kejadian itu, mangsa menyalakan mercun yang dibeli di sebuah kedai di kampung itu dan mencampakkannya tetapi mercun itu tidak meletup dan mangsa mengutip semula mercun itu yang kemudiannya meletup ketika berada di tangan kirinya.



Ibu mangsa, Siti Zainab Che Din, 52, berkata selepas mercun itu meletup, Luqman berlari masuk ke dalam rumah dan menunjukkan tangan kirinya yang dipenuhi darah.

"Jiran sebelah rumah kemudiannya bergegas menghantar Luqman ke Hospital Sik," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah hari ini.

Siti Zainab berkata, Luqman kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah kerana keadaannya yang serius dan doktor yang merawatnya mengesahkan bahagian pergelangan tangan kiri dan jarinya terpaksa dipotong kerana hancur akibat letupan mercun itu.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  yeeleng(L6A) Tue Sep 15, 2009 5:27 pm

ibu bapa perlulah sentiasa bersama dengan anak-anaknya supaya kejadian tersebut tidak akan berlaku.Selain itu,ibu bapa juga perlu memberitahu kepada anak mereka bahawa mercun adalah sangat bahaya dan anak mereka akan berhati-hati.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  S.Teng(U6A/2010) Tue Sep 15, 2009 5:41 pm

Bagi sesiapa yang suka bermain mercun perlulah berhati-hati bagi mengelakkan menjadi mangsa seperti remaja yang berusia 15 tahun dari Alor Setar putus pergelangan tangan kirinya akibat mercun meletup secara tiba-tiba. Walau bagaimanapun, mercun merupakan barang larangan. Oleh itu,rakyat dilarangkan memain mercun.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  xiaowen_U6B Tue Sep 15, 2009 6:01 pm

Tindakan tegas harus dilakukan terhadap mereka yang didapati terbabit dalam bermain dan memiliki mercun. Pasukan khas perlu ditubuhkan bagi menangani sebarang kes membabitkan sama ada bermain, menyimpan atau memiliki mercun. Sekiranya yang ditahan itu remaja atau kanak-kanak, ibu bapa mereka yang terpaksa bertanggungjawab. Dalam hubungan ini, ibu dan bapa perlu memantau anak-anak sekerap mungkin kerana walau sebaik manapun didikan yang diberi, mereka tetap kanak-kanak yang sering mudah terlupa. Apa lagi ketika mereka didorong keseronokan bermain bersama rakan sebaya.


Last edited by xiaowen_L6B on Wed Sep 16, 2009 6:03 pm; edited 1 time in total

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  Shu Jian [L6B] Wed Sep 16, 2009 11:53 am

Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam kes-kes sebegini..ibu bapa haruslah sentiasa berada di sisi anak-anak mereka dan memantau tingkah laku mereka..ibu bapa juga harus mengelakkan anak-anak mereka daripada melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan mercun..keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab ibubapa...

Shu Jian [L6B]

Posts : 4
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  leeyoong_U6B Wed Sep 16, 2009 3:39 pm

Berita yang berkaitan dengan masyarakat memain mercun sehingga mengakibatkan berlakunya tragedi bukanlah kali pertama dipaparkan di surat khabar.. Oleh itu, sesiapa yang memain mercun haruslah sentiasa berwaspada terutamanya kanak-kanak atau remaja~.. Walaupun ibu bapa bertanggungjawab dalam penjagaan keselamatan anak, namun tragedi yang sebegini berlaku bukanlah kesalahan ibu bapa sepenuhnya.. Remaja juga patut disalahkan..
Secara kesimpulan... Pemain mercun sayugianya berhati-hati semasa memain mercun bagi mengelakkan tragedi ini berterusan berlaku lagi...

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  lee kah yent(L6A) Wed Sep 16, 2009 3:54 pm

pada pandangan saya, ibu bapa tidak patut membeli atau mengizin anak mereka membeli mercun atau sebarang bahan api meletup. Bukankah ibu bapa harus mengajar anak mereka jauhkan diri daripada barang yang berbahaya? Ibu bapa jangan menunggu tragedi berlaku baru menyesal dan dimarahi oleh orang lain.
lee kah yent(L6A)
lee kah yent(L6A)

Posts : 31
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  lee kah yent(L6A) Wed Sep 16, 2009 4:05 pm

ALOR SETAR - Lagi bahana main mercun bola.

Seorang remaja berusia 15 tahun yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, Mohd. Luqman Abudin mungkin akan dipotong lima jarinya akibat terkena letupan mercun bola kelmarin.

Kejadian yang berlaku pukul 5 petang di Kampung Teloi Tua, Jalan Batu Tiga, Sik dekat sini itu disedari oleh ibu mangsa, Siti Zainab Che, 52, apabila anak bongsunya itu menangis dengan lima jari telah hancur.

Kata Siti Zainab, ketika kejadian dia sedang membasuh kain di bilik air tiba-tiba terkejut melihat anaknya mencarinya di situ dengan tangan berlumuran darah dan menangis.

"Saya lihat jarinya hancur, dia tidak menangis terlalu kuat ketika itu mungkin dia pun terkejut dan atas bantuan jiran, anak saya dibawa ke Hospital Sik," tambahnya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah semalam setelah dipindahkan untuk rawatan susulan.

Tambah Siti Zainab, anaknya sebelum itu ada mengatakan hendak membeli barang tetapi dia (Mohd. Luqman) tidak memberitahu barang apa yang hendak dibelinya.

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Ne_08.1
lee kah yent(L6A)
lee kah yent(L6A)

Posts : 31
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  HsianMin (U6B/2010) Wed Sep 16, 2009 4:38 pm

adakah ibu bapa merupakan satu-satunya pihak yg harus disalahkan atas kemalangan akibat mercun?
pada pendapat saya, pihak kerajaan dan penjual juga bertanggungjawab atas isu mercun tersebut..
mercun merupakan sesuatu yg hangat ketika perayaan- perayaan menjelang tiba..
Penjual yang hanya mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan keselamatan pembeli harus dikenakan hukuman yg setimpal..
pihak kerajaan harus mengetatkan rondaan di sekitar kawasan perumahan dan juga kedai-kedai runcit yg disyaki menjual mercun..
tambahan lagi, sebagai anak kita juga harus faham akan bahayanya bermain dengan mercun..
mercun yg kecil itu, sekali meletup parah rasanya..Janganlah kita bermain dengan mercun, ingatilah orang yang tersayang Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Bom


HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  leeyoong_U6B Thu Sep 17, 2009 3:32 pm

Saya setuju dengan pendapat Hsian Min.. Kerajaan dan peniaga juga haruslah bertanggungjawab atas tragedi yang berlaku ini.. Sebagai seorang peniaga, mereka patut menjaga keselamatan pembeli dan bukan hanya mementingkan keuntungan.. Saya pernah melihat satu artikel yang berkaitan dengan peniaga menjual mercun yang telah melebihi tempoh tarikh luput ... Semasa pemain memain, mercun itu tidak meletup serta-merta.tetapi meletup secara tiba-tiba selepas sebentar...Akhirnya mengakibat berlakunya satu tragedi yang tidak diingini....
Namun, memang tidak dinafikan bahawa pemain ialah orang yang memainkan peranan yang terpenting dalam perkara ini.. Sekiranya masyarakat dapat mengawal nafsu untuk memain mercun.. Kemalangan sebegini tentulah tidak akan berlaku~
Secara kesimpulan, kerjasama sepatutnya menyeluruh semua pihak agar dapat mengelakkan tragedi mercun berlaku... Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty merampas mercun dan bunga api bernilai RM20,000

Post  leeyoong_U6B Fri Sep 18, 2009 5:51 pm

Berita ini menunjukkan bahawa kerajaan memandang masalah aktiviti penyeludupan dan penjualan mercun serta bunga dengan serius sekali... Kerajaan telah mengambil langkah untuk menangani masalah...Siasatan juga dibuat untuk menberkas penjual atau penyeludup mercun dan bunga...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

KULIM 17 Sept. - Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM20,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Tunku Putra di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Salleh memberitahu, dalam serbuan yang diketuai Cif Inspektor Bakhtiar Zainalabidin itu, polis turut menahan seorang duda warga tempatan berusia 31 tahun yang dipercayai mengedar mercun di sekitar Kulim sejak beberapa minggu lalu.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan kira-kira pukul 5.30 petang itu, polis menemui beberapa kotak mercun bernilai kira-kira RM20,000 yang disorok dalam sebuah bilik di rumah berkenaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan mercun dan bunga api berkenaan diseludup masuk dari negara jiran.

Katanya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan dan akan didakwa dalam tempoh terdekat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957.

Sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM7,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Ghuzlan menasihati ibu bapa supaya tidak membenarkan anak-anak mereka bermain mercun atau bunga api menjelang musim perayaan ini.

Katanya, orang ramai yang mengetahui aktiviti penyeludupan dan penjualan mercun serta bunga api menjelang musim perayaan ini juga diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sat Sep 19, 2009 12:02 am

Pada pendapat saya... mereka harus membeli mercun yang berkualiti tinggi...

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  PnLeela Sat Sep 19, 2009 6:28 am

Syabas kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengupas hal-hal berkaitan dengan bahaya bermain mercun.
Satu perkara yang jelas ialah, kebanyakan kemalangan disebabkan oleh mercun buatan sendiri. Oleh itu pengawasan dan pengawalan ibu bapa adalah penting dalam menguruangkan kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti diatas

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Budak lelaki cedera mata kerana mercun mancis

Post  S.Teng(U6A/2010) Sat Sep 19, 2009 9:51 am

KANGAR 19 Sept. - Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seputeh, Jitra, Kedah, Mohd. Akmal Mohd. Rozi, 7, cedera kedua-dua mata akibat mercun mancis mainannya hari ini.

Ibunya, Hafisah Mt. Halim, 39, memberitahu, ekoran kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, anaknya dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah kira-kira pukul 12 tengah hari untuk rawatan lanjut.-Utusan

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  S.Teng(U6A/2010) Sat Sep 19, 2009 10:56 am

YeeYew™ [SonG][L6B] wrote:Pada pendapat saya... mereka harus membeli mercun yang berkualiti tinggi...

Bagi menggelakkan menjadi mangsa,lebih baik kita tak mau main mercun..bukankah? Lagipun,adakah mercun dibahagikan kepada kualiti tinggi dan kualiti rendah? Bagaimana kita dapat pasti mercun itu adalah berkualiti tinggi?? Shocked

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sat Sep 19, 2009 11:35 am

Kualiti Tinggi :
Ambil keluar serbuk dalam mercun dan cuba nyalakannya. Ianya terbakar serta merta tanpa (delay). Tali pembakaran mercun kualiti tinggi juga diperbuat daripada bahan khas yang kelihatan seperti plastik tetapi ianya lebih kukuh dan membakar pada kadar yang lambat. Lebih selamat dan lebih seronok....

Kualiti Rendah :
Serbuk terbakar secara tidak sempurna (terdapat sebahagian yang belum dibakar ataupun tidak boleh dibakar ataupun membakar lebih lambat.) Tali kualiti rendah membakar secara pantas dan memberikan masa lebih sedikit untuk reaksi...

Berdasarkan laporan yang dibentangkan, saya berani kata yang mercun tersebut adalah mercun Kelas 5 atau 6 (lama dan tidak berkualiti). oleh itu mercun tersebut tidak meledak pada masa yang sepatutnya....

K la adik adik dan abang kakak.... kalau hendak main mercun belilah yang berkualiti tinggi ^.^~ tetapi bermain mercun adalah haram di sisi undang-undang Malaysia... fikirlah masak-masak sebelum membuat keputusan tidak rasional oo~!

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  leeyoong_U6B Sat Sep 19, 2009 12:59 pm

YeeYew™ [SonG][L6B] wrote:
K la adik adik dan abang kakak.... kalau hendak main mercun belilah yang berkualiti tinggi ^.^~

Adakah kalau membeli mercun yang berkualiti tinggi, tiada kemalangan akan berlaku? Kita hanya manusia yang biasa, kita tidak dapat meramalkan apa-apa yang bakal akan berlaku....
Oleh itu, saya lebih setuju dengan pendapat S.Teng... Bagi mengelakkan menjadi mangsa setrusnya, kita haruslah kata "tidak" kepada mercun~

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sat Sep 19, 2009 4:18 pm

Mercun... merupakan Spice of Life!
Every time the government launch the fireworks, i cried.... not because i love my country, its because thats the income tax I've paid.... joking joking.

Mainlah berhati-hati...
p/s : Mercun adalah haram di sisi undang-undang.... saya tidak pernah menggalakkan mana-mana manusia sekalipun, bermain dengan mercun kecuali dia mempunyai lesen untuk main....

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Elak membeli mercun?

Post  yeow_U6A/2010 Sun Sep 20, 2009 9:23 am

Pada pendapat saya, sempena musim perayaan seperti Hari Raya ini, penjual yang tidak berhati perut akan muncul dengan kata-kata yang menghasut supaya remaja yang tidak diingati akan terjebat dengan pembelian mercun.Jika kerajaan tidak dapat menangani penyeludupan mercun-mercun yang akan membahayakan nyawa orang lain, maka ibu bapa serta guru-guru haruslah memberi tunjuk ajar bagi menasihati remaja supaya tidak membeli mercun.

PS:To,YewYew @ S.teng
kalau nak mercun yang berkualiti bagus suruhlah sains kelas punya pelajar buatlah ! Mereka kan pandai !
PS 2: Kalau sudah siap ingat panggil datang tengok tau! Laughing

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sun Sep 20, 2009 11:22 am

yeow_L6A wrote:
PS:To,YewYew @ S.teng
kalau nak mercun yang berkualiti bagus suruhlah sains kelas punya pelajar buatlah ! Mereka kan pandai !
PS 2: Kalau sudah siap ingat panggil datang tengok tau! Laughing

Yang saya tau.. hanya buat bom saje la....

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  LiewJoey(LSB) Sun Sep 20, 2009 11:48 am

Alangkah baik jika saintis dapat mencipta sesuatu bahan yang merupai mercun tetapi selamat digunakan? Mercun dijual laris kerana bahan itu dapat menghasilkan efek yang cantik dan berbunyi riang ..ini dapat mendapat menceriakan perasaan pemain kerana ini mewakili sesuatu perayaan yang bakal disambut dengan meriah..Jika dapat mencipta sesuatu bahan lain yang boleh membakar dan berbunyi dan juga memberi warna yang menarik, tetapi selamat digunakan, maka semua orang pun happy!! haha.kerajaan tidak haram,penduduk boleh main, keadaan harmoni tercapai!!hehe~ Very Happy

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sun Sep 20, 2009 2:21 pm

LiewJoey(LSB) wrote:Alangkah baik jika saintis dapat mencipta sesuatu bahan yang merupai mercun tetapi selamat digunakan? Mercun dijual laris kerana bahan itu dapat menghasilkan efek yang cantik dan berbunyi riang ..ini dapat mendapat menceriakan perasaan pemain kerana ini mewakili sesuatu perayaan yang bakal disambut dengan meriah..Jika dapat mencipta sesuatu bahan lain yang boleh membakar dan berbunyi dan juga memberi warna yang menarik, tetapi selamat digunakan, maka semua orang pun happy!! haha.kerajaan tidak haram,penduduk boleh main, keadaan harmoni tercapai!!hehe~ Very Happy

ada... benda tersebut dipanggil peluru berpandu... selamat dan efeknya lebih bagus...

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  HsianMin (U6B/2010) Sun Sep 20, 2009 4:50 pm

benda yang mr song tahu memang banyak ya...

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  leeyoong_U6B Sun Sep 20, 2009 9:27 pm

saya setuju dengan pendapat joey...Mercun memang dapat menceriakan perasaan pemain kerana ini mewakili sesuatu perayaan yang bakal disambut dengan meriah...
YeeYew™ [SonG][L6B] wrote:ada... benda tersebut dipanggil peluru berpandu... selamat dan efeknya lebih bagus..
Mercun ini memang tidak diharamkan oleh kerajaan ? Masyarakat boleh beli dan main?

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Mon Sep 21, 2009 2:37 am

L.HsianMin (L6B) wrote:benda yang mr song tahu memang banyak ya...

Waa~~ trimas banyak-banyak oo~ sebagai balasan I akan ajar macam mana buat serbuk mercun buatan sendiri! Di bawah adalah satu formula :
KMnO4 + MgAl + Sulfur = Mercun~
tidak berbahaya pada dos rendah, meletup di tangan paling banyak pun terbakar saje~!
warning : 1gram mampu meletupkan tangan anda sampai tulang hilang.

Ada satu laporan yang melaporkan perompak merompak ATM dengan bom buatan sendiri... saya rasa inilah dia. bunyi kuat dan banyak asap tapi tak berapa kuat dari segi letupan.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun Empty Re: Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum