Tingkatkan modal intelektual golongan wanita
Page 1 of 1

KUALA LUMPUR 27 Mac – Golongan wanita di negara ini perlu terus meningkatkan modal intelektual mereka dalam membantu kerajaan melaksanakan Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan dibentangkan tidak lama lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peranan golongan wanita amat diperlukan kerana mereka dianggap sebagai aset penting dalam proses transformasi kerajaan serta mencapai objektif MEB.
Bagaimanapun katanya, status wanita dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa apabila pelbagai jawatan utama di beberapa kementerian, agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta kini diisi oleh golongan itu.
‘‘Jadi apabila kita memahami (golongan) wanita sebagai aset, maka kita memang memegang dasar kesaksamaan gender dan dalam MEB kita mahu lihat wanita terus maju.
‘‘Peranan dan pemerkasaan wanita penting dalam MEB untuk membina sebuah negara berpendapatan tinggi, bukan lagi sederhana seperti sebelum ini,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Wanita dan 1Malaysia anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku Penaung konvensyen itu dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Turut hadir para pemimpin masyarakat dan lebih 1,000 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.
Dalam perkembangan sama, Najib berkata, pemantapan gagasan 1Malaysia di kalangan rakyat di negara ini termasuk wanita dapat memperkasakan ekonomi Malaysia di peringkat global.
Dengan keunikan Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, katanya, negara ini mampu menjalinkan usaha sama mantap dengan China yang merupakan antara ekonomi terbesar di dunia atau India yang kini mencatatkan pertubuhan ekonomi terpantas di peringkat global.
‘‘Sama ada kita lebih dalam soal kekuatan strategik, itulah keunikan kita,” ujarnya.
Sementara itu, katanya, beliau bersedia mempertimbangkan sebarang usul atau resolusi yang dibuat pada konvensyen tersebut demi pembangunan golongan wanita negara.

ong poh lee U6B- Posts : 79
Join date : 2009-09-10
Similar topics
» Pelaburan ke atas wanita adalah langkah bijak
» Wanita UMNO sedia tabung bantu golongan ibu tunggal
» Modal insan diutamakan
» 4 pendekatan bangun modal insan
» golongan pelampau,sederhana perlu muafakat

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum