Pelaburan ke atas wanita adalah langkah bijak
Page 1 of 1

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata pelaburan ke atas wanita adalah pelaburan bijak yang dapat memberi pulangan jangka panjang dan berterusan bagi kemakmuran negara.
Katanya, pelaburan yang dimaksudkan bukan sahaja dalam bentuk bahan mentah, material dan kewangan semata-mata tetapi mencakupi keperluan utama yang dapat melonjakkan sumbangan wanita 1Malaysia terhadap pembangunan negara.
"Ia seperti menambah baik kemudahan kesihatan dan kebajikan, meningkatkan peluang dan penyertaan pendidikan serta menggalakkan pembabitan wanita dalam aktiviti ekonomi, pengurusan dan pentadbiran negara. "Saya yakin dan berharap wanita 1Malaysia akan terus menjadi elemen utama sebagai penjana ekonomi dan teras terpenting negara," katanya dalam ucaptama di Seminar Wanita 1Malaysia 2010 bertema "Memperkasakan Wanita Melalui 1Malaysia" di sini hari ini.
Rosmah berkata, peningkatan akses kepada pendidikan, peluang pekerjaan dan perubahan sosio-budaya di kalangan masyarakat membolehkan wanita bergerak progresif dan berpeluang untuk menyumbang secara aktif kepada negara.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil, pula berkata konvensyen itu bukan semata-mata membahaskan Gagasan 1Malaysia tetapi juga usaha mengoptimumkan potensi wanita dengan resolusi pada konvensyen itu akan dibawa ke Kabinet.
Beliau berkata, antara kriteria utama adalah membentuk perubahan minda dengan
wanita mesti mencari kecemerlangan dan memupuk nilai terpuji yang positif.
"Wanita kena jadi 'stakeholder'... menjadi pencetus kepada perubahan," katanya.
"Wanita sebagai seorang ibu juga perlu memupuk nilai positif di kalangan anak-anak mereka seperti menerapkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan menjayakan gagasan 1Malaysia," katanya.

keat sin (U6A)- Posts : 121
Join date : 2009-10-07
Wanita perlu pertingkat modal intelektual
KUALA LUMPUR 27 Mac – Kaum wanita di negara ini perlu meningkatkan modal intelektual mereka agar selari dengan proses transformasi yang sedang berlaku di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia akan melalui satu transformasi besar di bawah Model Ekonomi Baru (MEB), dan wanita sebagai aset negara perlu terus maju di bawah model ekonomi itu, yang antara lain bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berpendapatan tinggi.
"Bagaimana untuk mencipta masyarakat Malaysia berpendapatan tinggi... ada kaitannya dengan pengupayaan wanita, bahawasanya yang menjadi penjana kekayaan dalam Model Ekonomi Baru ialah kekuatan minda dan intelektual.
"Jadi modal intelektual wanita mesti dilonjakkan, apabila ini dilakukan, insya-Allah apabila proses transformasi landskap Malaysia dibuat, wanita juga akan benar-benar menjadi aset yang boleh kita banggakan,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Wanita Dan 1Malaysia di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata, wanita Malaysia kini dilihat semakin maju, bukan sahaja daripada segi kedudukan, tetapi juga pembabitan dalam pelbagai lapangan dan bidang.
Malah sudah ada wanita di negara ini yang telah menceburi bidang-bidang yang tidak pernah diterokai oleh kaum wanita di negara lain, katanya.

Similar topics
» Hukuman mati ke atas lelaki bunuh teman wanita hamil kekal
» APAKAH PANDANGAN ANDA? U6A
» Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)
» Kemerosotan Kualiti Sumber Air
» Pemanasan global

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum