PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

4 pendekatan bangun modal insan

Go down

4 pendekatan bangun modal insan Empty 4 pendekatan bangun modal insan

Post  keat sin (U6A) Sat Aug 21, 2010 10:00 am

PUTRAJAYA 20 Ogos - Kerajaan akan melaksanakan empat pendekatan bagi membangunkan modal insan berkelas dunia sejajar dengan hasrat meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi kepada 33 peratus berbanding 28 peratus menjelang tahun 2015.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, empat pendekatan itu ialah pembangunan modal insan berteraskan 10 inisiatif dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10); Pelan Induk Pembangunan Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLL), penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia dan Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Industri Kreatif Negara.

Katanya, bagi melaksana dan memperkukuhkan 10 inisiatif pembangunan modal insan tersebut, koordinasi antara agensi dan kementerian perlu dilibatkan secara holistik termasuk sektor swasta selain memberi latihan dan kemahiran semula kepada tenaga kerja tidak terlatih.

"Untuk memastikan keberkesanan latihan dan pendidikan mengikut inisiatif itu, usaha itu akan diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi menjana modal insan yang ramai.

"Pihak swasta pula mestilah kita libatkan secara aktif dari peringkat awal kerana dalam RMK-10, Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu sektor swasta menjadi peneraju utama dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Hampir 80 peratus daripada tenaga kerja kita tidak terlatih jadi kita mahu mereka dilatih semula dan ditambahkan kemahiran," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Modal Insan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, sebuah jawatankuasa kebangsaan bagi LLL akan ditubuhkan di bawah Pelan Induk Program Pembelajaran sebagai 'tiang ketiga' untuk meningkatkan modal insan negara selain Pendidikan Asas dan Pendidikan Tertiari bagi tempoh tahun 2010 hingga 2020.

Katanya, pihak industri harus memperkenalkan pelbagai bentuk inisiatif untuk menggalakkan tenaga kerja tidak terlatih sebagai salah satu bentuk motivasi agar mereka meneruskan program pembelajaran itu.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum