PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Syor teksi dilengkapi penghadang lutsinar

2 posters

Go down

Syor teksi dilengkapi penghadang lutsinar Empty Syor teksi dilengkapi penghadang lutsinar

Post  LiewJoey(LSB) Sat Mar 27, 2010 1:08 pm

2010/03/27
SEPANG: Teksi di negara ini wajar dilengkapi penghadang lutsinar yang memisahkan ruang pemandu dan penumpang bahagian belakang bagi memastikan keselamatan pemandu teksi, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah.

Beliau yang meminta kerajaan menimbangkan saranan itu berkata, penghadang berkenaan akan mengurangkan risiko pemandu teksi disamun khususnya ketika beroperasi pada waktu malam.
"Penghadang ini juga akan memastikan keselamatan penumpang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ketiga Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Lapangan Terbang Tambang Murah, di sini hari ini. Murugiah turut meminta pihak yang berkenaan termasuk Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bekerjasama menyediakan kursus kepada pemandu teksi bagi membantu mereka berkomunikasi dengan pelancong.

"Ini kerana tidak ramai pemandu teksi terutamanya pemandu baru yang menghadiri sebarang kursus cara-cara berkomunikasi dan berdepan dengan pelanggan," katanya.

Murugiah berkata, langkah itu juga secara tidak langsung dapat menaikkan imej negara kerana pemandu teksi antara pihak terawal yang berkomunikasi dengan pelancong. - Bernama

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Syor teksi dilengkapi penghadang lutsinar Empty Re: Syor teksi dilengkapi penghadang lutsinar

Post  LiewJoey(LSB) Sat Mar 27, 2010 1:12 pm

adakah tindakan ini wajar diambil? saya berasa ini akan bazir $ negara sahaja~

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Syor teksi dilengkapi penghadang lutsinar Empty Re: Syor teksi dilengkapi penghadang lutsinar

Post  kuanchin91 Sat Mar 27, 2010 6:52 pm

tindakan ini mempunyai kebaikan dan keburukan
kebaikan:seperti diberikan di atas
2. penumpang mempunyai policy sendiri dan kes-kes seperti kes pemandu meraba penumpang dapat dielakkan.


keburukan:1. penumpang mungkin lari diri selepas sampai ke tempat tertentu tanpa membayar fee
2. penumpang tidak dapat mengecam identiti pemandu - jika pemandu mempunyai niat jahat,penumpang susah memberitahu orang lain~
3.dan telah disebut di atas~
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 33

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Syor teksi dilengkapi penghadang lutsinar Empty Re: Syor teksi dilengkapi penghadang lutsinar

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum