Kementerian syor laksana peraturan 2 pemandu bas
Page 1 of 1

BATU PAHAT: Kementerian Pelajaran menyarankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) melaksana peraturan dua pemandu untuk bas awam, termasuk bas sekolah.
Selain itu, jabatan dan agensi terbabit turut diminta mengambil langkah menyemak rekod seseorang itu terlebih dulu, sebelum dibenar menjadi pemandu kenderaan berkenaan.
Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata cadangan itu untuk mengelak kejadian tidak diingini selain memastikan keselamatan pengguna, terutama murid serta pelajar terjamin.
Beliau berkata, amalan menggunakan sistem dua pemandu oleh pengusaha bas sekolah sudah lama diamalkan di Barat dan ternyata pelaksanaan sistem berkenaan membantu mencapai matlamat itu.
“Selain dapat mengelak berkelakuan tidak senonoh, kehadiran pemandu kedua yang boleh bertindak sebagai konduktor dapat memastikan murid serta pelajar menaiki atau turun bas serta menyeberang jalan dengan selamat.
“Pada masa ini, kita dapati ada kejadian pemandu menggerakkan kenderaannya sebelum murid atau pelajar sempat naik atau turun dari bas. Ketiadaan pemandu kedua atau konduktor menyebabkan ramai murid atau pelajar didapati terpaksa berdepan risiko setiap kali menyeberang jalan, ” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Pahlawan 2010 Parlimen Batu Pahat di Gelanggang di Senggarang, semalam. Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Johor, Khamis Mohd Nor. Mohd Puad berkata, pengusaha bas tidak sewajarnya menggunakan alasan pelaksanaan sistem dua pemandu itu sebagai punca peningkatan kos kerana yang lebih penting adalah keselamatan penumpang.
Selain itu, katanya, JPJ serta LPKP diminta bertindak tegas terhadap pengusaha van sekolah haram yang dikesan banyak beroperasi di negara ini.
Rabu lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, meminta kerajaan mengamalkan sistem dua pemandu bas awam, terutama membabitkan kanak-kanak.
Dalam satu perkembangan lain, Mohd Puad berkata, beliau membantah hasrat mana-mana pihak mahu membawa balik bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

ong poh lee U6B- Posts : 79
Join date : 2009-09-10
Similar topics
» Semua sekolah Selangor bakal laksana e-Disiplin
» Tol percuma hadiah raya
» Google langgar peraturan
» Syor teksi dilengkapi penghadang lutsinar
» 6 strategi laksana Dasar 1Murid 1Sukan

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum