Google langgar peraturan
Page 1 of 1
Google langgar peraturan
SYDNEY 10 Julai - Google didapati bersalah melanggar undang-undang privasi Australia dengan memungut data wayarles persendirian menerusi kereta pemetaannya, Street View tetapi tidak akan dikenakan hukuman.
Pesuruhjaya Privasi Australia, Karen Curtis berkata, beliau tidak dapat mengenakan hukuman di bawah Akta Privasi Australia tetapi telah mengarahkan Google memohon maaf setelah mendapati perkhidmatan Street View Google melanggar undang-undang privasi.
"Berdasar maklumat yang ada, saya berasa yakin sebarang pungutan maklumat peribadi akan melanggar Akta Privasi Australia.
"Memungut maklumat peribadi dengan cara itu adalah perkara serius. Rakyat Australia sewajarnya berharap komunikasi peribadi akan terus bersifat peribadi," katanya hari ini.
Street View yang dilancarkan pada 2006 membolehkan pengguna melihat pemandangan panorama jalan raya pada Peta Google dan 'berjalan kaki' di alam maya di bandar-bandar raya seperti New York, Paris atau Hong Kong.
Curtis berkata, Google bersetuju untuk menyiarkan kenyataan memohon maaf bagi memastikan sebarang aktiviti Street View pada masa depan melalui proses penilaian impak terhadap privasi.
Syarikat itu juga bersetuju untuk memaklumkan Curtis mengenai sebarang rancangan penting.
"Langkah-langkah itu akan memastikan produk Google pada masa depan dilengkapi perlindungan privasi yang dibina dari dalam dan bukan ditempel dari luar," katanya.
Dalam kenyataan memohon maaf yang disiarkan semalam di laman webnya di Australia, Google berkata, syarikat itu 'tidak mahu dan tidak pernah menggunakan sebarang data yang dipungut di dalam produk atau perkhidmatan kami'.

ypeng(U6A/10)- Posts : 120
Join date : 2010-01-24
Similar topics
» JKJR, polis, JPJ lancar operasi kesan pelajar langgar peratu
» Peraturan Pertandingan
» Peraturan lesen runcit tetap diteruskan
» Kementerian syor laksana peraturan 2 pemandu bas
» Percepat pengeluaran garis panduan peraturan sekolah

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum