PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perlu berani ubah pengurusan

Go down

Perlu berani ubah pengurusan Empty Perlu berani ubah pengurusan

Post  keat sin (U6A) Sat Mar 13, 2010 9:17 am

KUALA LUMPUR 12 Mac - Syarikat-syarikat Malaysia perlu berani mengubah cara pengurusan dari takuk lama supaya tidak ketinggalan dan terus kompetitif dalam skala persekitaran global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara memerlukan perubahan sistemik untuk mengekalkan kestabilan pertumbuhan dan tahap kesejahteraan dan sosial yang lebih tinggi.

Menurut beliau, ekonomi Malaysia perlu diubah kepada lebih kompetitif serta kaya dengan teknologi yang dipacu oleh idea, inovasi dan bakat.

''Dunia sekarang menuntut visi, keputusan serta pelaksanaan dan perancangan pelan yang begitu jauh berbeza berbanding dahulu.

''Jadi, untuk memastikan Malaysia seiring dengan perubahan pantas, pengurusan tidak boleh mengehadkan amalan kawalan arahan,'' katanya ketika berucap pada majlis Anugerah CEO Malaysia 2009 di sini hari ini.

Beliau berkata, dunia kini dalam era global dan rangkaian yang memerlukan integrasi pantas menerusi komunikasi dan ini memerlukan peningkatan kebergantungan yang memacu kepada pertumbuhan kompetitif.

Jelas beliau, untuk bersaing dalam persekitaran itu, ia memerlukan aliran idea bebas maklumat.

''Amalan pengurusan yang lepas banyak menekankan kepada keputusan orang atasan ke pihak bawahan. Struktur arahan ini meskipun ada kelebihan tetapi hanya membabitkan komunikasi sehala dengan ruang lebih kecil untuk fleksibiliti dan perubahan.

''Cara pengurusan Asia Timur ini distruktur tinggi dalam mengenal pasti orang bawahan, usaha perlu diteruskan untuk meningkatkan bukan hanya pengurusan tetapi penyertaan kakitangan di setiap peringkat,'' kata beliau.

Dalam ucapannya itu, Najib menyatakan keyakinan tinggi terhadap kemampuan tokoh-tokoh korporat tempatan untuk mendepani pemulihan dan meneruskan perubahan.

Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan kejayaan 19 buah syarikat tempatan yang berjaya disenaraikan dalam Forbes 2000 pada tahun lalu.

''Saya menaruh harapan lebih banyak syarikat-syarikat Malaysia meneruskan kesinambungan kecemerlangan untuk menjadi sebuah negara membangun yang bersatu dan makmur,'' ujarnya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum