PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Prihatin masalah pembuangan sisa pepejal

2 posters

Go down

Prihatin masalah pembuangan sisa pepejal Empty Prihatin masalah pembuangan sisa pepejal

Post  Ong SQ (U6B/2010) Sat May 08, 2010 8:43 am

SEREMBAN 6 Mei - Jika anda gemar membuang sampah merata-rata termasuk di tempat awam anda wajar berasa malu kepada pelajar-pelajar ini. Pada usia masih muda pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah (STAN) ini mengetahui tentang kepentingan menjaga alam sekitar termasuk mempraktikkannya dengan mengitar semula barangan tertentu.

Usaha membentuk semangat bertanggungjawab terhadap alam sekitar yang bermula di sekolah itu secara tidak langsung mampu diserapkan ke dalam kehidupan seharian mereka walaupun di mana mereka berada.

Namun menurut Ketua Panitia Geografi STAN, Afizah Md. Khalid, usaha menggerakkan Kempen Go Green di sekolah tersebut tidak mungkin berjaya tanpa komitmen pelajar.

"Pelajar-pelajar ini selalunya sangat teruja dalam menyertai pelbagai aktiviti yang diatur termasuk gotong-royong.

"Malah kempen kitar semula barangan di sekolah juga sangat berjaya sehingga kita mampu mengumpul beribu-ribu kilogram sampah setiap bulan," katanya

Seorang pelajar, Norfarahin Mazlan, 14, menganggap kempen tersebut secara tidak langsung menunjukkan keprihatinan mereka terhadap masalah pembuangan sisa pepejal yang meruncing itu.

"Pelajar sekolah ini ditanamkan dengan sikap untuk mencintai alam sekitar termasuk jangan merosakkannya dengan membuang sampah yang tidak dapat dilupuskan," katanya.

Menurut Norfarahin, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sangat mengujakan kerana pelbagai manfaat boleh didapati termasuk berpeluang mengerat silaturahim di kalangan masyarakat.

"Sedikit sebanyak perkara ini akan saya praktis apabila pulang ke rumah termasuk mengajak anggota keluarga lain turut sama," katanya.

Seorang lagi pelajar, K. Thireppovana, 15, berkata, kempen itu bukan sahaja menyedarkan mereka tentang keperluan menjaga alam semula jadi, tetapi juga tentang amalan 3R yang berkesan.

"Apa yang kita lakukan hari ini adalah untuk masa depan juga demi menjadikan bumi ini selamat untuk diduduki.

"Bayangkan bagaimana sisa bahan buangan seperti plastik itu sukar dilupuskan dan bila dibuang ke tempat tidak sepatutnya seperti sungai dan longkang boleh merosakkan ekologi dan kualiti air," katanya.

Seorang ahli Kelab Renjer Hutan sekolah tersebut, Chong Wen Ning, 17, memberitahu, biar pun masih muda, dia beruntung kerana dapat berkongsi perkara ini dengan masyarakat.

"Sekurang-kurangnya kami dapat memberitahu masyarakat tentang usaha dan kesungguhan kami menjaga alam sekitar seterusnya berharap ia dapat dicontohi.

"Jika kami yang masih muda dapat melakukan tentu semua orang lain juga boleh," katanya lagi
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 33

Back to top Go down

Prihatin masalah pembuangan sisa pepejal Empty Sejarah Pengurusan Sisa Pepejal

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Wed May 12, 2010 5:42 pm

Di zaman purba, pengurusan sisa pepejal adalah melalui cara yang sesuai dengan lokasi, kebudayaan, kepercayaan dan juga kemajuan teknologi yang ada pada masa itu.

Di Mesir pada 2100 sebelum Masihi, orang kelas atasan membuang sisa pepejal ke dalam Sungai Nil manakala orang kelas bawahan pula, membuang sisa pepejal di hadapan rumah mereka.

Tempat pembuangan sisa pepejal yang pertama telah dibina pada tahun 500 SM di Athen dan Rom (Chisea, 1981). Kedua-dua tempat ini berfungsi untuk mengumpul sisa pepejal dan telah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Pada penghujung abad pertengahan, sistem pelupusan sisa pepejal tidak lagi dilaksanakan dan ini telah memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Terdapat binatang peliharaan seperti khinzir berkeliaran mencari makanan dari sisa pepejal yang berlonggokan di lorong-lorong belakang dan di tepi jalan raya. Keadaan ini mula berubah apabila terbentuknya undang-undang pengurusan sisa pepejal yang telah dikuatkuasakan di negara tersebut.

Negara China pula mempunyai sejarah yang panjang mengenai pengurusan sisa pepejal. Sejak 4000 tahun dahulu, rakyatnya telah menggunakan sisa pepejal sebagai baja di ladang mereka untuk meningkatkan tahap kesuburan tanah (Chung, 2002).

Perubahan besar yang pertama ke atas pengurusan sisa pepejal telah dimulakan semasa Revolusi Perindustrian. Pertumbuhan penduduk yang pesat tanpa sistem pengurusan sisa pepejal yang bersistematik telah memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian mereka. Bermula 1880-an penduduk-penduduk telah mula menitikberatkan isu kebersihan alam sekitar demi menjamin kesihatan sejagat.

Teknologi baru mula direka untuk menguruskan sisa pepejal. Tapak pelupusan dan pengasingan sisa pepejal juga telah diperkenalkan. Pembakaran sampah secara tertutup telah dilakukan pada tahun 1885 buat kali pertama manakala projek kitar semula yang pertama diperkenalkan di New York pada tahun 1895 (Menke-Gluckert,1985). Pada tahun 1920-an, bilangan tapak pelupusan sanitari mula bertambah. Di antara cara untuk mengurus sisa pepejal ketika itu adalah menebus guna tanah paya untuk pembuangan sampah.

Kemelesetan ekonomi yang teruk pada 1930-an membawa perubahan ketara terhadap penggunaan lori sampah dan kawalan kebersihan tapak pelupusan sisa pepejal. Pada tahun 1950-an, masyarakat lebih suka membuang sisa pepejal tanpa mengasingkannya. Tapak pelupusan sisa pepejal sanitari bertambah dengan pesat dan amalan kitar semula semakin dilupakan. Syarikat-syarikat besar yang dipertanggungjawabkan terhadap sistem pengurusan sisa pepejal telah ditubuhkan pada tahun awal 1960-an.

Kempen kitar semula dan pengurangan sisa pepejal diwujudkan semula sekitar 1970-an. Kesedaran masyarakat semakin meningkat terhadap pengurusan sisa pepejal kerana menyedari akan kesan buruknya bukan sahaja terhadap alam sekitar malah kepada tahap kesihatan mereka sendiri

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 33

Back to top Go down

Prihatin masalah pembuangan sisa pepejal Empty Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Wed May 12, 2010 5:44 pm

Sehingga tahun 1998, pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. Kepesatan pembangunan negara yang berterusan turut meningkatkan kuantiti sisa pepejal yang dijana setiap tahun, menyebabkan kos pengurusan sisa pepejal turut meningkat. Keadaan ini amat membebankan sebahagian besar PBT dengan meningkatnya kos kutipan dan pembinaan fasiliti untuk merawat dan melupus sisa pepejal. Pada masa yang sama, masyarakat semakin peka ke atas isu-isu alam sekitar menyebabkan masalah sisa pepejal mendapat perhatian umum.

Pada bulan Oktober 1994, Kerajaan menyarankan kepada syarikat swasta untuk membuat tawaran bagi penswastaan pengurusan sisa pepejal bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal. Pada 6hb September 1995, Kabinet telah bersetuju untuk menswastakan pengurusan sisa pepejal di Semenanjung Malaysia. Pada Disember 1995, Kerajaan Persekutuan telah menawarkan kontrak secara interim kepada 4 buah syarikat. Penswastaan interim pengurusan sisa pepejal dibuat mengikut kawasan geografi iaitu Kawasan Tengah dan Timur, Kawasan Utara, Kawasan Selatan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Penswastaan secara interim telah dilaksanakan mulai pada 8 April 1998 sebelum penswastaan sepenuhnya dikuatkuasakan.

Kerajaan Persekutuan telah menggubal akta untuk memindahkan tanggungjawab pengurusan sisa pepejal daripada PBT kepada kerajaan pusat. Pada tahun 2007, Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672).

Di bawah Akta ini Kerajaan Persekutuan telah diberi kuasa eksekutif berhubung dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Semenanjung Malaysia. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah diwujudkan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk membuat dasar, peraturan-peraturan, garis panduan, merangka pelan perancangan strategik, mengeluarkan lesen, dan seumpamanya.

Pada tahun 2007 juga, Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Akta 673) telah diwartakan bagi menubuhkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA). PPSPPA ditubuhkan sebagai agensi untuk menguatkuasakan Akta 672 serta peraturan-peraturan di bawahnya, melaksanakan pelan perancangan strategik, mengawalselia perjanjian konsesi serta operasi fasiliti-fasiliti pengurusan sisa pepejal di seluruh negara.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 33

Back to top Go down

Prihatin masalah pembuangan sisa pepejal Empty Jenis-jenis sisa pepejal

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Wed May 12, 2010 6:03 pm

1.) Sisa Pepejal Isi Rumah
Definisi: Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi rumah, dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh atau dikeluarkan oleh mana-mana premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman, dan termasuklah sisa taman.
Contoh: Sisa makanan, kertas, kadbod, plastik, tekstil, kulit, sisa taman, kayu, kaca, bahan logam seperti tin aluminium dan sebagainya.

2.) Sisa Pepejal Awam
Definisi: Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh tempat awam, yang di bawah penyeliaan atau kawalan mana-mana pihak berkuasa tempatan.
Contoh: Sampah yang terdapat di jalan-jalan dibawah senggaraan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sisa landskap, sisa dari taman permainan, pantai dan kawasan rekreasi yang lain.

3.) Sisa Pepejal Import
Definisi: Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh negara lain dan diimport ke negara kita untuk diproses atau dilupuskan.
Contoh: Kertas, kadbod, tin, kaca dan lain- lain bahan yang diimport dari luar untuk digunakan oleh industri pembuatan sebagai bahan mentah dan dikitar semula.
Punca: Sisa yang telah dihasilkan di negara luar yang diimport ke Malaysia.

4.) Sisa Pepejal Khas
Definisi: Apa-apa jenis sisa pepejal terkawal yang ditetapkan samada:-
~Berbahaya atau boleh membahayakan kesihatan awam
~Sukar untuk diolah, disimpan atau dilupuskan
Contoh: Sisa industri yang merbahaya yang tidak boleh dilupuskan di tapak pelupusan biasa.
Punca: Premis perindustrian.

5.) Sisa Pepejal Institusi

Definisi: Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh :-
•Mana-mana premis yang diluluskan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk digunakan keseluruhan atau sebahagian besarnya bagi maksud sembahyang atau bagi khairat.
•Mana-mana premis yang dihuni oleh mana-mana Jabatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri, mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana badan berkanun.
•Mana-mana premis pendidikan.
•Mana-mana kemudahan jagaan kesihatan termasuklah hospital, klinik dan pusat kesihatan.
•Mana-mana premis yang digunakan sebagai zoo awam, muzium awam, perpustakaan awam dan rumah anak yatim.
Contoh: Apa-apa jenis sisa yang dijanakan hasil dari aktiviti harian institusi yang disebutkan di atas dan ini adalah tidak termasuk sisa pepejal khas yang memerlukan cara pelupusan yang berasingan.
Punca: Sekolah, universiti, hospital, penjara dan bangunan kerajaan.

6.) Sisa Pepejal Komersial
Definisi: Ialah merangkumi sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti komersial.
Contoh: Kertas, kadbod, plastik, kayu, sisa makanan, restoran, kaca, logam dan apa-apa jenis sisa yang terhasil dari aktiviti komersial yang tidak termasuk dalam sisa pepejal khas.
Punca: Stor, restoran, pasaraya, hotel, rumah tumpangan,
kedai percetakan, stesen-stesen perkhidmatan, dan sebagainya.

7.)Sisa Pepejal Pembinaan
Definisi: Merupakan apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti pembinaan atau perobohan termasuk kerja pemajuan, penyediaan, pembaikan atau pengubahan.
Contoh: Kayu, papan lapis, konkrit, besi, drywall, permaidani, kadbod, gentian kaca, tanah dan lain- lain sisa yang dihasilkan dari aktiviti di atas.
Punca: Kawasan pembinaan baru, kerja-kerja pengubahsuaian atau perobohan bangunan dan sebagainya.

8.) Sisa Pepejal Perindustrian
Definisi: Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti perindustrian.
Contoh: Sisa yang terhasil dari proses pengilangan tidak termasuk sisa pepejal khas.
Punca: industri fabrik, industri pembuatan makanan, industri ringan, industri berat dan sebagainya.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 33

Back to top Go down

Prihatin masalah pembuangan sisa pepejal Empty Re: Prihatin masalah pembuangan sisa pepejal

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum