Sabah&Sarawak: Tanam karang
2 posters
Page 1 of 1
Sabah&Sarawak: Tanam karang
SEMPORNA: Dengan purata kadar pembesaran satu sentimeter (sm) sebulan, usaha penanaman batu karang di Sabah perlu mendapat lebih perhatian dan menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk tidak memusnahkan hidupan marin itu.
Apa yang membimbangkan ialah batu karang di dasar lautan negara ini secara keseluruhannya sudah sedia terdedah kepada risiko pupus akibat fenomena alam seperti tsunami dan taufan, selain ada kalanya dilanggar kapal atau tongkang tanpa disedari seperti pernah berlaku di perairan Pulau Sipadan pada 2006.
Tanpa batu karang, hidupan marin tidak mempunyai tempat berlindung dan penyelam tidak mungkin dapat lagi melihat pelbagai spesies ikan dan penyu berenang bebas di perairan negara.
Bagi negeri yang menawarkan keistimewaan eko pelancongan seperti Sabah, kepupusan batu karang dalam jangka panjang dengan sendirinya akan menjejaskan penjanaan ekonomi negeri menerusi sektor pelancongan kerana tiada lagi tarikan boleh dibanggakan.
Penyelaras Pusat Menyelam Sipadan Water Village Resort, Joaness Basolius, 30, berkata, setiap penemuan batu karang mati menimbulkan kebimbangan di kalangan penyelam sepertinya.
"Kesedaran terhadap masalah kemusnahan batu karang masih kurang walaupun perlu diakui masyarakat mulai menyedari hakikat itu.
"Kita tidak mahu kepupusan batu karang hanya disedari apabila nelayan merungut kerana sukar mendapat ikan dan lebih kerap menemui sampah setiap kali turun ke laut sedangkan keadaan itu boleh dielak lebih awal.
"Perkara ini berkait. Jika batu karang yang menjadi `rumah' ikan dan hidupan marin lain dimusnahkan, mereka akan mencari lokasi lain untuk berlindung. Apabila itu berlaku, nelayan hanya membuang masa turun ke laut kerana tidak mendapat hasil dan jika ia berterusan, kehidupan mereka secara umumnya sukar berubah menjadi lebih baik.
"Memang janggal apabila melihat kemusnahan batu karang dikaitkan dengan kedudukan ekonomi masyarakat atau negeri, tetapi itulah hakikatnya jika kita kaji dalam jangka panjang," katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.
Sehubungan itu, katanya, inisiatif syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan program seperti sambutan Hari Marin Mabul sejak 10 tahun lalu yang antara lain membabitkan aktiviti menanam batu karang, wajar diperluaskan dan mendapat sokongan lebih banyak pihak terutama penduduk setempat.
Joannes berkata, perairan Pulau Mabul secara amnya dikategorikan baik kerana batu karang di dasarnya masih terpelihara walaupun wujud kesan kerosakan yang besar kemungkinan berlaku atas faktor cuaca, selain perbuatan penyelam tidak bertanggungjawab.
"Kita bangga melihat kanak-kanak tempatan di sini sudah pandai bercakap mengenai pentingnya batu karang dibiar hidup tanpa gangguan. Mereka tidak perlukan istilah saintifik, cukup dengan menggunakan logik iaitu batu karang adalah rumah kepada ikan di lautan dan perlu dipertahankan.
"Dalam masa setahun, batu karang cuma membesar sekitar 12 sm dan ini bermakna kita memerlukan tempoh panjang untuk menyuburkan kegiatan menanam batu karang," katanya.

ong poh lee U6B- Posts : 79
Join date : 2009-09-10
Re: Sabah&Sarawak: Tanam karang
Memang pentinglah bahawa kita mesti melindungi batu-batu karang di negara kita. Barang karang ini memainkan faktor utama dalam rantaian makanan. Tanpa batu karang, bukan sahaja ketidakseimbangan ekosistem akan berlaku, tetapi juga hidupan marin akan kehilangan tempat perlindungan dan hidupan ini juga akan mengalami kepupusan. Kehilangan batu karang boleh memberi impak yang besar terhadap alam sekitar. Pembentukan batu karang ini memakan jangka masa yang panjang iaitu kira-kira beratus-ratus tahun. Selain itu, batu karang ini juga boleh dijadikan salah satu tempat pelancongan untuk para penyelam. Tanpa batu karang, penyelam tidak dapat melihat pelbagai spesies ikan dan penyu berenang bebas di perairan negara.
Ong SQ (U6B/2010)- Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 33
Similar topics
» Sabah & Sarawak: Bilangan rakyat miskin di Sabah semakin kur
» Tujuh program bersepadu majukan Sabah, Sarawak
» Polis tahan dua pelajar disyaki tanam bayi
» RMK-10 Beri Harapan Baru Rakyat Sabah
» La Nina dijangka landa Sabah Julai

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum