PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sabah & Sarawak: Bilangan rakyat miskin di Sabah semakin kur

Go down

Sabah & Sarawak: Bilangan rakyat miskin di Sabah semakin kur Empty Sabah & Sarawak: Bilangan rakyat miskin di Sabah semakin kur

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed Jun 09, 2010 1:41 pm

KOTA KINABALU: Jumlah Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) di Sabah berjaya dikurangkan kepada 16,696 sehingga Rabu minggu lalu berbanding 16,944 pada 22 Mac lalu, sekali gus membuktikan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) membasmi kemiskinan dan kemiskinan tegar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata kejayaan itu turut membuktikan Kumpulan Fokus Membasmi Kemiskinan diwujudkan kerajaan negeri sebelum ini berjaya membabitkan keseluruhan jumlah KIRMT produktif dan sebaliknya dalam program pembasmian kemiskinan.
Daripada jumlah itu, katanya, 14,306 adalah KIRMT produktif iaitu golongan miskin tegar yang mampu berusaha untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan ekonomi manakala baki 2,390 adalah KIRMT tidak produktif, merangkumi mereka yang sudah lanjut usia dan uzur.

"Antara program membasmi kemiskinan dan kemiskinan tegar adalah mini estet sejahtera (Mesej) pertanian, Mesej akuakultur, agropolitan, ladang Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), program peningkatan pendapatan dan program peningkatan ekonomi setempat (PPES)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pembasmian kemiskinan peringkat negeri di Wisma Innoprise di sini, kelmarin.

Ia dihadiri ketua pelbagai jabatan Kerajaan Persekutuan dan negeri serta pegawai daerah yang terbabit secara langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

Musa berkata, Mesej pertanian penanaman kelapa sawit di kawasan seluas 100 hektar di Pulau Sebatik sudah siap sepenuhnya dan dijangka menempatkan peserta KIRMT hujung tahun ini.

Menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sebanyak 30 Mesej pertanian dan akuakultur dicadang untuk dilaksanakan.
Mengenai projek agropolitan menerusi Koridor Pembangunan Sabah (SDC), beliau berkata, lima projek dilaksanakan di Pitas, Kota Belud, Kemabong, Tongod dan Beluran.

"Projek agropolitan di Pulau Banggi ketika ini memberi manfaat kepada 450 KIRMT yang menjadi peserta program penanaman getah dan penternakan ikan,” katanya.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum