La Nina dijangka landa Sabah Julai
2 posters
Page 1 of 1
La Nina dijangka landa Sabah Julai
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Sabah meramalkan fenomena La Nina melanda negeri ini mulai Julai hingga September dengan hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
Pengarahnya, Abdul Malek Tussin, berkata ada petunjuk fenomena itu akan berlaku dan pihaknya sentiasa memantau serta akan membuat pengumuman mengenainya dari semasa ke semasa.
Katanya, hujan, panas dan ribut petir bulan lalu dan sekarang adalah disebabkan peralihan Monsun Timur Laut kepada Monsun Barat Daya.
"Ada tanda La Nina akan berlaku dan kami akan memantau perkembangan ini. Kejadian tanah runtuh di Jalan Penempatan, Luyang dan tanah jerlus menyebabkan sebuah rumah runtuh di Kampung Tebobon, Menggatal baru-baru ini adalah akibat hujan berterusan kesan peralihan monsun," katanya kepada Berita Harian, semalam.
Abdul Malek berkata, hujan dan ribut petir pada waktu petang menyebabkan struktur tanah lemah dan kemungkinan runtuh.
Sehubungan itu, beliau meminta penduduk negeri ini berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini, terutama yang mengancam keselamatan.
Beliau berkata, pihak berkuasa perlu melakukan persiapan awal bagi menghadapi kemungkinan banjir, terutama menyediakan bot bagi memudahkan pemindahan mangsa banjir.
"Fenomena El Nino di Sabah sudah berakhir awal bulan ini. Selepas dilanda musim panas yang panjang, kita perlu bersedia menghadapi musim hujan sekarang.

Yao Benjamin (L6F/2010)- Posts : 35
Join date : 2010-05-26
Perbezaan Antara La Nina Dan El Nino
Apakah Perbezaan Antara La Nina Dan El Nino??
· El Nino dan La Nina berlaku disebabkan interaksi antara permukaan laut dan atmosfera di Pasifik Tropika.
· Perubahan di lautan memberi impak kepada atmosfera dan corak iklim seluruh dunia.
· Perubahan atmosfera ini seterusnya memberi impak kepada suhu dan arus lautan semula. Sistem ini berulang daripada keadaan suam (El Nino) kepada neutral (La Nina sejuk) dengan purata pusingan antara 3 hingga 4 tahun.
· Kedua-duanya adalah fasa ekstrem yang berlaku semula jadi dalam kitaran iklim yang dikenali sebagai El Nino atau Ayunan Selatan (ENSO).
· Kedua-dua terminologi merujuk kepada perubahan suhu permukaan laut pada skala besar di sekeliling kawasan tropika Pasifik Timur.
· Haba dan lembapan ini meliputi kawasan tropika ketika El Nino melanda tetapi ketika La Nina berlaku, tiupan angin lazim timuran menjadi bertambah kuat sehingga menyebabkan ‘cold upwelling’ di kawasan perairan tropika dan Amerika Selatan meningkat.
· Pada ketika ini, suhu permukaan laut di kawasan tropika boleh menurun sehingga 7 darjah F di bawah normal.

leeyoong_U6B- Posts : 221
Join date : 2009-05-13
Similar topics
» Sabah&Sarawak: Tanam karang
» U-Library Julai ini
» Banjir kilat landa Singapura
» TAUFAN
» Perkongsian idea tentang isu alam sekitar

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum