TAUFAN
+3
Khang Wei (U6B/2010)
lisee(U6A)
CikguPA
7 posters
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
TAUFAN
Taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap. Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika, putarannya melawan jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.
Sesebuah taufan boleh diklasifikasikan mengikut keamatan angin seperti berikut:-
1. Gangguan tropika - Sistem ribut petir yang tertumpu di kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60 km/j. Mata taufan tidak terbentuk pada peringkat ini.
2. Ribut tropika - Sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta kelajuan angin maksimum antara 60-120 km/j. Bentuk siklon sudah mula terbentuk, tetapi mata taufan biasanya masih belum terbentuk.
3. Taufan - Ribut tropika dengan angin kencang melebihi 120 km/j. Mata taufan mula terbentuk, memudahkan taufan dikesan melalui imej satelit.

Re: TAUFAN
Taufan Morakot paksa sejuta rakyat China dipindahkan
TAIPEI: Taufan Morakot bergerak ke arah China menyebabkan hampir sejuta penduduk dipindahkan hari ini, sehari selepas ia mencurahkan hujan lebat di Taiwan yang menyebabkan bajir terburuk dalam tempoh 50 tahun.
Seramai 29 orang hilang di selatan Taiwan dan seorang wanita terbunuh apabila keretanya terhumban dalam longkang di Kaohsiung dalam hujan lebat kelmarin,
Morakot berada 70 kilometer di luar Fujian pagi ini.

Kesan taufan
* Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.
* Di daratan pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda, menjadikan puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh. Selain itu, taufan juga mengakibatkan banjir besar.
* Sejak dua kurun yang lalu, taufan bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih kurang 1.9 juta mangsa di seluruh dunia

Operasi menyelamat diteruskan
CHISAN, Taiwan 17 Ogos - Pasukan Tentera Taiwan meneruskan operasi mencari mayat dan mangsa yang terselamat dari kawasan yang dilanda taufan hari ini, manakala lebih 1,600 orang masih menunggu untuk dipindahkan melalui udara selepas sembilan hari taufan Morakot melanda pulau itu.
Angka kematian rasmi telah meningkat kepada 126 orang, namun Presiden Ma Ying-jeou memberi amaran bahawa angka tersebut mungkin akan meningkat menjadi lebih 500 orang, dengan ratusan dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan di kampung Hsiolin.
''Kira-kira 40,000 anggota tentera memulakan fasa terbaru operasi menyelamat dengan mengalih tumpuan mereka daripada memindahkan penduduk ke mencari mayat dan mangsa terselamat di kawasan terpencil,'' kata Menteri Pengangkutan, Mao Chih-kuo yang juga penyelaras tindakan darurat.
Menurutnya, seramai 1,638 orang menunggu untuk diselamatkan melalui udara daripada 44 kampung yang rosak teruk.

Gempa Bumi Sederhana Melanda Taiwan
TAIPEI 22 Ogos - Pihak berkuasa Taiwan memaklumkan berlaku gempa bumi berkekuatan 5.6 magnitud di selatan pulau itu tetapi tiada laporan kecederaan atau kerosakan.
Biro Pusat Kaji Cuaca berkata, gempa itu berlaku pukul 4.57 pagi ini berpusat 32 kilometer di selatan bandar Pingtung di pantai selatan Taiwan, 95 kilometer dari tempat paling teruk dilanda taufan Morakot. - AP

lisee(U6A)- Posts : 51
Join date : 2009-05-16
Re: TAUFAN
Sejak kebelakangan ini telah berlaku banyak bencana alam yang sangat mengerikan seperti gempa bumi yang berlaku di Szechuan,China pada 12 Mei tahun lepas dan juga taufan Morakot ini.Tambahan pula,penyakit Influenza A yang merebak ini lagi membimbangkan kita.Namun demikian,kita juga harus bersyukur kerana kita berada di negara Malaysia yang tidak dipengaruhi oleh bencana alam.Saya berharap masalah yang diakibatkan oleh taufan Morakot boleh cepat berlalu dan juga harap mangsa-mangsa yang belum ditemui dapat diselamatkan.
lisee(U6A)- Posts : 51
Join date : 2009-05-16
Re: TAUFAN
RENCANA UTAMA: Sumber Kosmo 23/8/2009
Taufan adalah ribut tropika
TAUFAN atau siklon tropika adalah ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya meluwap.
Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika manakala putarannya melawan jam di hemisfera utara.
Kawasan-kawasan yang berlainan mempunyai nama tersendiri untuk fenomena taufan. Sebagai contoh, ribut tropika dikenali sebagai hurikan di Atlantik Utara.
Manakala siklon tropika atau taufan dinamakan di Asia Tenggara, Chubaso di Filipina dan Willy Willies di Australia.
Walaupun takat suhu lautan dan kekuatan taufan tiada kadar secara langsung, namun impak yang nyata disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi, Saw Bun Ling, taufan sering berlaku di kawasan tertentu yang terdedah pada suhu lautan Pasifik melebihi 26 darjah Celsius.
"Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.
"Di darat pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda sehingga menyebabkan objek terbang sekali gus membahayakan penduduk.
"Selain itu, taufan juga mengakibatkan banjir besar," katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Tambah Bun Ling, terdapat beberapa peringkat perkembangan dalam pembentukan taufan. Peringkat pertama gangguan tropika itu adalah sistem ribut petir yang tertumpu di kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60 km/j.
Manakala ribut tropika adalah sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta kelajuan angin maksimum antara 60-120 km/j.
Sungguhpun siklon sudah mula terbentuk, tetapi mata taufan biasanya masih belum terbentuk.
Seterusnya taufan pula adalah ribut tropika dengan angin kencang melebihi 120 km/j. Ketika ini, mata taufan mula terbentuk sekali gus memudahkan taufan dikesan melalui imej satelit.
"Ribut tropika pula dikategorikan sebagai ribut taufan apabila kelajuan angin maksimum meningkat melebihi 120 km/j berikutan pengurangan dalam tekanan permukaan," jelasnya.
Selain itu, saintis mendapati dua pertiga daripada peningkatan suhu lautan, yang boleh menyebabkan taufan, disebabkan oleh tindakan manusia.
Catatan tahun lalu menunjukkan telah berlaku peningkatan yang serius dalam kejadian ribut kategori empat dan lima di seluruh dunia.
Kategori yang membawa kemusnahan teruk itu adalah yang terkuat dan paling kerap berlaku sepanjang sedekad lalu.
Laporan penyelidikan oleh Kerry Emanuel dari Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa tempoh masa, kelajuan angin maksimum dan pelepasan tenaga yang disebabkan oleh ribut tropika telah meningkat di Atlantik Utara dan lautan Pasifik Utara sejak pertengahan tahun 1970-an.
Peter Webster dari Institut Teknologi Georgia, AS, mencatatkan kejadian ribut kategori empat dan lima berlaku sebanyak 171 kali sepanjang tempoh 15 tahun dari 1975 hingga 1989, tetapi kejadian bencana itu meningkat kepada 269 kes dalam tempoh 15 tahun berikutnya.
Menurut Webster, peningkatan intensiti tersebut berkait rapat dengan kenaikan suhu laut, yang diakibatkan oleh pemanasan global.
Pada Jun lalu, saintis Kevin Trenberth dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan AS telah mengenal pasti kemunculan musim ribut yang ketara di kawasan Atlantik Utara.
Menurutnya, lebih 50 peratus daripada punca peningkatan itu disebabkan aktiviti manusia.
AS terus berwaspada dengan ancaman ribut selepas taufan Katrina membawa kemusnahan teruk di sekitar New Orleans pada Ogos 2005.

292 disahkan maut akibat Taufan Morakot
25/08/2009 3:01am
TAIPEI 24 Ogos - Kerajaan Taiwan hari ini mengesahkan seramai 292 orang terkorban selain 385 lagi masih hilang selepas taufan Morakot melanda pulau itu, sekali gus menyebabkan banjir terburuk dalam separuh abad ini.
Jumlah tersebut tidak termasuk 311 orang daripada perkampungan selatan di Hsiolin, menurut Agensi Bomba Kebangsaan.
Sekurang-kurangnya 45 orang tercedera selepas taufan itu memukul kepulauan itu dengan mencatat rekod tiga meter hujan, menenggelamkan rumah-rumah dan jalan raya selain turut memusnahkan jambatan.
Presiden Ma Ying-jeou yang popularitinya telah tenggelam sejak pentadbirannya dikritik kerana lembap memberikan respons terhadap bencana taufan itu berkata, angka kematian boleh melebihi 500 orang dengan ratusan yang masih tertimbus. - AFP

51 maut, 280,000 dipindahkan ribut Ketsana landa Filipina
MANILA: Sekurang-kurangnya 51 maut dan lebih suku juta penduduk dipindahkan selepas ribut tropika Ketsana melanda Manila semalam, menyebabkan hujan paling lebat sejak lebih empat dekad.
Manila dan kawasan sekitarnya dilanda banjir yang teruk lebih sembilan jam semalam, menyebabkan 80 peratus ibu negara Filipina itu lumpuh.
Paras air naik mendadak sehingga ke paras dada dan ada sesetengah tempat mencapai lebih 20 kaki, menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan kecemasan.
Penduduk terpaksa menyelamatkan diri sehingga memanjat bumbung rumah manakala lebuh raya bertukar menjadi 'sungai' dengan arus kuat.
Klip video yang diperoleh menerusi helikopter tentera menunjukkan penduduk yang terkandas di bumbung rumah dan bangunan merayu pertolongan, khususnya bekalan makanan.
Setiausaha Pertahanan Filipina, Gilberto Teodoro, yang turut menyertai operasi menyelamat mangsa berkata, setakat ini, 51 orang disahkan maut, manakala 21 lagi hilang.
Katanya, lebih 4,000 sudah diselamatkan sama ada menerusi udara oleh helikopter atau oleh bot penyelamat.
Teodoro berkata, ribut itu juga menyebabkan lebih 280,000 penduduk Manila terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing manakala lima lagi wilayah membabitkan 41,000 mangsa dipindahkan ke 92 pusat pemindahan sementara.
“Hari ini, kami masih menjalankan operasi menyelamat mangsa dan melancarkan misi bantuan kemanusiaan secara besar-besaran," katanya.

Angka kematian taufan Ketsana meningkat 240 orang
MANILA: Angka kematian akibat banjir besar berikutan ribut Ketsana yang melanda ibu negara Filipina, Sabtu lalu kini meningkat kepada 240 orang, bertambah 100 orang berbanding semalam.
Pertambahan ketara itu berikutan 80 orang daripada mereka yang maut membabitkan mangsa yang ditemui di sekitar ibu negara Manila, lapor Majlis Koordinasi Bencana Negara dalam kenyataannya awal pagi ini.
Ribut tropika Ketsana membawa hujan paling lebat dalam tempoh 40 tahun di Manila serta kawasan sekitarnya, termasuk di Kepulauan Luzon.
Kebanyakan mangsa dibawa arus banjir yang deras manakala sebahagian lagi maut akibat terkena renjatan elektrik atau tertimbus tanah runtuh.
Sementara itu, seramai 37 mangsa dilaporkan masih hilang, manakala lima lagi cedera.
Taufan Ketsana memberi kesan buruk kepada 1.87 juta penduduk di Filipina dengan 374,890 daripada mereka kini dipindahkan ke pusat penempatan sementara. - AFP

Banyaknya kes-kes tentang taufan di seluruh dunia....
Semalam gempa bumi besar di Sumatra dan Samonia (Australia)....
Ngerinya...
Mereka patut mengikhtiarkan cara-cara untuk mengelakkan kematian...
Saya harap mereka dapat diselamatkan... god bless...

Khang Wei (U6B/2010)- Posts : 82
Join date : 2009-05-12
Re: TAUFAN
Hampir 400 mati akibat taufan Ketsana
PENDUDUK terpaksa menolak motosikal semasa melintasi sebatang jalan selepas air di sawah padi melimpah membanjirinya akibat taufan Kesatna yang melanda wilayah Quang Nam, Vietnam, semalam. - AP
------------------------------------------------------------------------------
QUANG NAM, Vietnam 1 Okt. - Berjuta-juta mangsa banjir akibat taufan Ketsana di seluruh Asia Tenggara menanti bekalan bantuan selain bersedia untuk menghadapi kemungkinan satu lagi ribut hebat hari ini, ketika angka kematian akibat bencana itu meningkat kepada 383 orang.
Filipina awal hari ini meningkatkan jumlah kematian akibat Ketsana kepada 277 orang, Vietnam (92) dan Kemboja (14), sementara tiada laporan kematian di Laos.
Jumlah mangsa terjejas akibat bencana tersebut di negara-negara terlibat mencecah 3 juta orang.
Di Manila, hampir 700,000 mangsa ditempatkan di pusat-pusat perpindahan sementara di tengah-tengah kebimbangan ribut yang menghala timur Filipina mungkin berubah menjadi taufan hebat.
"Kami berdepan ancaman taufan yang amat kuat, jadi kami perlu benar-benar bersedia,'' kata jurucakap Biro Cuaca Negara, Nathaniel Cruz, merujuk kepada taufan Parma yang berpusar menghala negara tersebut dan dijangka bertemu daratan Sabtu ini.
Parma boleh membawa angin kencang selaju 185 kilometer sejam. Kerajaan mengkategorikan taufan hebat itu dengan kelajuan angin 175 hingga 200 kilometer sejam dan berpotensi mengakibatkan kemusnahan berskala besar.
Filipina memaklumkan, jumlah mangsa terjejas akibat banjir di negara itu kini mencecah 2.5 juta orang.
Sementara itu, Vietnam meningkatkan usaha mendapatkan bekalan makanan dan minuman bagi mangsa Ketsana, yang berubah lemah menjadi ribut tropika sejak menghala ke Laos semalam.
Seorang jurucakap tentera berkata, sebahagian kawasan masih ditenggelami air namun helikopter tentera dijangka melakukan tujuh penerbangan hari ini bagi penghantaran mee segera ke kawasan-kawasan terjejas teruk.
Pihak berkuasa memberitahu, 92 kematian seperti yang dilaporkan Jawatankuasa Kawalan Banjir dan Ribut Kebangsaan di Hanoi, kebanyakannya berlaku akibat tanah runtuh atau lemas. Seramai 19 yang lain dilaporkan hilang.
Selain 170,000 mangsa yang dipindahkan dengan bantuan polis dan tentera, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan 30,000 lagi mangsa secara sukarela telah berpindah ke rumah sanak saudara atau ke wilayah-wilayah lain. - AFP

]
KUANTAN 2 Okt. - Sebanyak 73 buah rumah peneroka di Felda Lepar Utara 1, 2 dan 4 rosak akibat dipukul ribut semalam. Dalam kejadian ribut pada kira-kira 6.45 petang, lapan daripada rumah terbabit mengalami kerosakan teruk setelah bumbungnya diterbangkan angin.
Beberapa penduduk yang ditemui memberitahu, kejadian ribut itu adalah terburuk sejak mereka mendiami tanah rancangan berkenaan sejak 25 tahun lalu.
Mangsa, Abdul Wahab Ismail, 52, berkata, ketika kejadian dia bersama keluarganya sedang berehat di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan bunyi sebatang pokok durian jatuh menghempap rumahnya.
"Akibat kejadian itu, bilik rumah saya rosak teruk.
Kejadian itu turut meninggalkan trauma kepada ahli keluarga saya," katanya selepas menerima kunjungan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail di sini hari ini.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Lepar, Mohd. Shohaimi Jusoh.
Seorang lagi mangsa, Zahari Mat Isa, 53, berkata, kejadian angin ribut berbentuk pusaran yang melanda kawasan itu adalah pengalaman pertamanya.
"Ini kali pertama saya dan ahli keluarga melihat angin kuat sedemikian menyebabkan kami panik dan kelam-kabut," katanya.
Menurutnya, ketika kejadian dia bersama 10 ahli keluarga sedang berehat sementara menunggu untuk menunaikan solat Maghrib dan makan malam.
Amirah Ahmad, 27, yang sedang berpantang selepas bersalin anak kedua pula menyifatkan kejadian itu sangat menakutkan.
"Lebih-lebih lagi apabila angin kuat turut menerbangkan bumbung rumah ibu saya.
"Saya segera mencari tempat perlindungan bersama bayi saya yang berusia 20 hari," katanya yang masih dalam keadaan trauma.

Last edited by CikguPA on Sat Oct 10, 2009 2:40 am; edited 1 time in total
Re: TAUFAN
Taufan Parma menuju Filipina
MANILA 2 Okt. – Beribu-ribu penduduk keluar dari kawasan yang berkemungkinan menjadi laluan Taufan Parma di Filipina hari ini, semasa kerajaan bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku bencana ribut kedua hanya beberapa hari selepas berlalu taufan Ketsana yang telah mengorbankan ratusan orang.
Hujan lebat turun mencurah-curah di kawasan pergunungan di pantai timur laut menandakan kedatangan Taufan Parma ke arah kawasan berpenduduk padat yang masih digenangi air selepas ribut pertama.
Menurut biro kaji cuaca kerajaan, Parma diramalkan akan melanda pantai timur esok, dengan tiupan angin berkelajuan sehingga 195 kilometer sejam dan angin kencang berkelajuan sehingga 230 kilometer sejam, yang membawa ‘cukup kuasa pemusnah’ hinggakan pegawai rasmi bimbang ia boleh bertukar menjadi ‘taufan super’.
Presiden Gloria Macapagal Arroyo telah mengarahkan enam kerajaan wilayah untuk memindahkan penduduk yang berada di laluan ribut.
Beliau memperluaskan pengisytiharan ‘bencana’ ke seluruh negara berbanding sebelum ini yang hanya tertakluk kepada Manila dan 25 wilayah yang dilanda ribut pertama.
Pengisytiharan tersebut membolehkan dana digunakan untuk tindakan darurat.
Ketua Majlis Koordinasi Bencana Kebangsaan, Gilbert Teodoro berkata, terdapat sedikit bantahan memandangkan mereka tidak mahu meninggalkan rumah mereka kerana bimbang dimasuki pencuri.
“Jika mereka tidak boleh dipujuk, kami akan mendapatkan kanak-kanak dan penduduk di bawah umur secara paksaan,” kata Ketua Tindakan Bencana Lembah Cagayan, Melchito Castro kepada AP.
Ribuan akan dipindahkan ke pusat pemindahan yang telah ditetapkan lebih awal, Filipina telah bersedia menghadapi bencana ekoran dilanda sehingga 20 ribut utama setiap tahun.
Kejadian ribut yang lebih awal, Taufan Ketsana telah menyebabkan kemusnahan besar terhadap empat buah negara Asia Tenggara mengorbankan sekurang-kurangnya 422 orang merangkumi 293 orang di Filipina, 99 di Vietnam dan 14 di Kemboja manakala di Laos 16 orang. – AP

Taufan kuat melanda Jepun
08/10/2009 12:33pm
TOKYO 8 Okt. - Taufan kuat telah melanda Jepun hari ini, merosakkan bangunan dan jalan raya, menjejaskan perkhidmatan kereta api serta menyebabkan beratus-ratus penerbangan dibatalkan.
Sehingga kini seorang telah meninggal dunia manakala berpuluh-puluh lagi dilaporkan mengalami kecederaan.
Taufan Melor yang membawa angin kencang telah menghentam pulau utama negara itu awal hari ini.
Jalan-jalan raya dan kediaman ditenggelami air, pokok-pokok serta tiang elektrik tumbang manakala banyak bangunan yang rosak teruk. - AP

Korban di Filipina lepasi angka 540
PARA penduduk berpaut pada tali semasa menyeberangi sebatang jalan raya yang ditenggelami banjir akibat taufan Parma di Rosales Pangasinan di utara Manila, semalam. – Reuters
--------------------------------------------------------------------------------
MANILA 9 Okt. – Jumlah korban akibat taufan yang melanda Filipina utara dalam tempoh dua minggu lalu meningkat melebihi 540 orang hari ini, selepas kejadian tanah runtuh mengorbankan berpuluh-puluh penduduk dan banjir menenggelamkan banyak pekan.
Sekurang-kurangnya 181 orang terbunuh dalam beberapa kejadian tanah runtuh di kawasan tanah tinggi di utara Filipina, malam tadi .
Hujan masih turun berterusan di pulau utama Luzon. Kawasan pergunungan kini berhadapan lebih banyak kejadian tanah runtuh manakala banjir yang boleh mencecah sehingga 8 meter di kawasan dataran.
“Skala hujan kali ini tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata pegawai eksekutif Majlis Koordinasi Bencana Kebangsaan, Glen Rabonza kepada AFP.
Sementara itu, beribu-ribu orang terperangkap ekoran banjir yang semakin buruk di utara Filipina hari ini selepas hujan lebat memaksa pihak berkuasa melepaskan air dari empangan.
Pegawai tempatan membuat permohonan kecemasan untuk mendapatkan helikopter dan bot getah bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap di wilayah Pangasinan. – AFP

Ribut Patricia bakal melanda Pasifik, Mexico
MIAMI: Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC) hari ini mengeluarkan amaran ribut tropika Patricia diramal melanda Pasifik dan menghala Semananjung Baja, di Mexico.
Ribut yang mengjala ke Semenanjung Selatan Mexico itu dijangka membawa hujan lebat, sekali gus menyebabkan banjir kilar serta kerosakan.
“Ribut petir tropika itu akan memberi kesan ke atas Semenanjung Baja, Semenanjung California dari La Paz ke Santa Fe,” kata NHC dengan menambah ia melanda sehingga esok,
Kedudukan ribut itu pada jam 1800 GMT, menyaksikan ia di 395 kilometeer (245 miles) di selatan tanjung Mexico dengan kelajuan 13 kilometer sejam.
Ribut Patricia diramal mampu mencecah kelajuan antara 75 kilometer sejam hingga 119 kilometer sejam yang termasuk dalam ribut Kategori Satu. - AFP

Taufan keempat di Filipina ragut 7 nyawa
MANILA: Taufan yang melanda ibu kota Filipina dan kawasan sekelilingnya menyebabkan penduduk di sebuah pekan di sini, memanjat bumbung rumah bagi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa banjir yang semakin teruk dengan air kelihatan naik.
Ia menyebaban tujuh terbunuh dan sekurang-kurangnya lima yang lain hilang.
Taufan Mirinae adalah ribut keempat melanda utara Filipina sejak September lalu, menyebabkan kebanyakan penduduk kawasan itu masih tinggal di kawasan penempatan sementara, di mana hampir 95,000 orang melarikan diri ketika dua kejadian ribut sebelum ini.
Ribut yang kelihatan menuju ke laut di sebelah petang dipercayai menuju ke arah Vietnam. - AP

Taufan Mirinae landa Filipina
PEKAN Santa Cruz ditenggelami air akibat Taufan Mirinae semalam.
Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh, ramai lagi masih hilang
MANILA: Taufan Mirinae membadai utara Filipina semalaman menyebabkan kematian sekurang-kurangnya tujuh orang dan memburukkan lagi banjir yang dibawa oleh ribut sebelum ini.
Seorang lelaki ditemui lemas dan bayinya berusia setahun dilaporkan hilang selepas air deras menghanyutkan mereka ketika sedang menyeberangi sebuah sungai di kawasan luar bandar di pinggir Manila.
Tiga lagi orang dilaporkan terbunuh dan lima hilang di wilayah Laguna di selatan Manila, kata pejabat pemantau bencana semalam.
Seorang lelaki dilaporkan hilang dari rumahnya di kawasan setinggan Manila selepas rumahnya dihanyutkan air deras.
Sementara itu dua lagi hilang di wilayah Batangas, juga di selatan Manila apabila kereta mereka jatuh ke dalam sungai ketika jambatan yang sedang diseberangi runtuh, kata jurucakap jabatan pertahanan awam, Ernesto Torres.
Di wilayah Laguna yang masih ditenggelami air akibat ribut sebelum ini, bot tentera dan polis dikerah untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di atas bumbung.
Taufan Mirinae yang membawa angin selaju 185 kilometer sejam adalah ribut utama ketiga membadai pulau Luzon dalam lima minggu.
Dua taufan sebelum ini menyebabkan kematian 1,100 orang.
"Kami perlukan bantuan sebab air kian naik. Kami perlu bot getah dan helikopter," kata Datuk Bandar Pekan Santa Cruz di Laguna, Ariel Magcalas.
"Ramai orang berlindung di atas bumbung rumah," katanya dalam satu temuramah radio.
"Air naik dengan begitu pantas. Di sesetengah tempat ia setinggi pinggang dan di tempat lain ia setinggi bumbung," kata seorang pegawai jabatan pertahanan awam.
Lebuh raya yang menuju ke Santa Cruz juga ditenggelami air lalu menghalang kenderaan kecil dari memasuki pekan itu.
Pekan lain di wilayah Laguna turut dilaporkan banjir.
Bagaimanapun, 115,000 penduduk sudah meninggalkan wilayah terbabit sebelum taufan melanda dan kemungkinan mengurangkan jumlah mangsa yang terkorban, kata Torres.
Taufan Mirinae menyebabkan beberapa kawasan di Manila terputus bekalan elektrik dan banyak penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila ditunda pagi semalam. - AFP

Manila dibadai Mirinae pula
Seorang lelaki membawa dua orang anaknya meredah banjir di sebuah lebuh di bandar Santa Cruz, wilayah Laguna, selatan Manila setelah Taufan Mirinae membadai wilayah itu, semalam. - AFP
--------------------------------------------------------------------------------
MANILA 31 Okt. - Taufan Mirinae yang membawa hujan lebat sepanjang malam menyebabkan empat orang terkorban, bekalan elektrik terputus dan berlaku banjir besar yang melumpuhkan Filipina, yang belum pulih sepenuhnya daripada serangan dua taufan sebelum ini.
Setakat ini, belum ada laporan kemusnahan tetapi empat orang maut termasuk seorang lelaki yang dibawa arus banjir, kata jurucakap pertahanan awam, Ernesto Torres.
Para pegawai tempatan berkata, seorang penduduk berjaya diselamatkan apabila jambatan Bandar Batangas di selatan Manila runtuh dirempoh arus deras sungai yang turut menghanyutkan sebuah kereta.
Namun, tidak dapat dipastikan mengenai mangsa yang hilang dalam kejadian itu.
Bekalan elektrik juga terputus di sebahagian besar kawasan di Manila akibat dihempap pokok dan kebanyakan jalan terhalang akibat pokok-pokok tumbang, kata Torres.
Semua penerbangan tempatan dan antarabangsa dari dan ke Manila turut dibatalkan, kata Pengurus Besar lapangan terbang, Alfonso Cusi.
Taufan Mirinae yang menjadi lemah selepas membadai wilayah timur Quezon lewat malam tadi melintasi Pulau Luzon dan bergerak menuju Laut China Selatan.
Taufan itu yang bergerak pada kelajuan 160 kilometer sejam membadai wilayah Batangas pada kira-kira pukul 8 pagi dan bergerak ke barat daya pada kelajuan 24 kilometer sejam.
Selepas taufan Ketsana dan Parma membadai negara ini beberapa minggu lalu yang mengorbankan lebih 1,100 mangsa dan menyebabkan kemusnahan teruk, para pegawai pertahanan awam Filipina telah membuat persediaan rapi menghadapi kedatangan Mirinae.
Taufan Mirinae turut menyebabkan banjir yang belum reda di beberapa kawasan di Manila akibat dua taufan terdahulu, menjadi semakin buruk, kata para pegawai. - AFP

14 korban taufan Mirinae
14 korban taufan Mirinae
PENDUDUK Santa Cruz, wilayah Laguna, utara Manila meredah banjir yang menyusul selepas taufan Mirinae, semalam.
Ribut keempat yang membadai Filipina sejak September
MANILA: Ribut tropikal menuju ke Vietnam semalam selepas membadai ibu negara Filipina dan wilayah sekitarnya, mengakibatkan 14 orang maut.
Taufan Mirinae menghala ke Manila dan utara Filipina penghujung minggu lalu dan kemudian reda sedikit ke arah Laut China Selatan, mengakibatkan 14 orang maut, menumbangkan pokok dan memusnahkan lebih 5,500 rumah dengan angin kuat, kata pegawai.
Mirinae adalah angin ribut keempat yang membadai Filipina sejak penghujung September lalu dan menimbulkan kesulitan baru kepada kawasan yang masih berhempas pulas menangani bencana alam sebelum ini.
Kira-kira 87,000 orang yang melarikan diri ketika ribut sebelum ini masih tinggal di tempat pemindahan sementara apabila Mirinae melanda.
Angin ribut menghala ke Laut China Selatan dan bertiup kencang selaju 450 kilometer di barat daya Manila awal semalam dan membawa hujan dan ribut petir ke barat wilayah Palawan, kata peramal kaji cuaca.
Ia dijangka melanda pantai Vietnam pada waktu tengah hari, hari ini.
Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung mengarahkan penduduk meninggalkan kawasan berisiko tinggi di lima wilayah berpantai. Beliau juga mengarahkan nelayan Vietnam di Laut China Selatan supaya mencari tempat perlindungan .
Kawasan tengah Vietnam masih melakukan pemulihan kesan daripada Taufan Ketsana, yang mengorbankan lebih 160 orang apabila September lalu, selepas menyebabkan banjir paling teruk di Manila dalam tempoh 40 tahun. - AP

Korban Mirinae di Vietnam naik kepada 90 orang

Seorang warga emas berusia 80 tahun (tengah) diselamatkan oleh dua anggota tentera dari bumbung rumahnya setelah kediamannya ditenggelami air di daerah Tuy An, tengah Phu Yen akibat Taufan Mirinae, kelmarin. - AFP
--------------------------------------------------------------------------------
Seorang warga emas berusia 80 tahun (tengah) diselamatkan oleh dua anggota tentera dari bumbung rumahnya setelah kediamannya ditenggelami air di daerah Tuy An, tengah Phu Yen akibat Taufan Mirinae, kelmarin. - AFP
--------------------------------------------------------------------------------
HANOI 4 Nov. - Angka kematian akibat Taufan Mirinae meningkat kepada 90 orang hari ini ketika pihak berkuasa menggiatkan usaha menyelamat dan operasi bantuan di kawasan tengah Vietnam, yang terjejas teruk akibat bencana tersebut.
Wilayah Phu Yen yang menyaksikan kemusnahan terbesar, melaporkan 26 kematian, menjadikan angka kematian di wilayah itu meningkat kepada 65, kata pegawai bencana, Dang Thi Lang.
Seramai 13 lagi mangsa masih hilang.
Menurut pegawai dan laman web kerajaan, ribut dan banjir yang berlaku meragut 22 nyawa lagi dengan enam mangsa hilang di beberapa tempat lain.
Di Phu Yen, anggota tentera menggunakan berpuluh-puluh bot laju sambil membawa mi segera, air minuman bersih dan pakaian bagi keperluan mangsa banjir yang kelaparan sejak dua hingga tiga hari lalu.
Tiga helikopter tentera juga digunakan untuk menghantar makanan kepada mangsa di kawasan pedalaman.
Walaupun banjir sudah mulai surut, masih banyak kawasan yang ditenggelami air.
Pihak berkuasa telah memindahkan hampir 15,000 orang dari Phu Yen. Beberapa orang diselamatkan dari atas bumbung apabila Sungai Ha Thanh melimpah dengan cepat.
Di wilayah Binh Dinh, dua helikopter tentera menghantar bantuan makanan dan air bersih secara berterusan kepada penduduk kampung pedalaman yang masih terperangkap, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rakyat, Ho Quoc Dung.
Mirinae sebelum ini melanda Filipina menyebabkan 27 maut sebelum ia semakin lemah ketika bergerak melalui Laut China Selatan dan membadai Vietnam. - AP

Mirinae: Vietnam rugi AS$55 juta
Mirinae: Vietnam rugi AS$55 juta
Penduduk meniti landasan kereta api semasa meredah banjir di daerah Binh Dinh, bahagian tengah Vietnam yang dilanda Taufan Mirinae, kelmarin. – AFP
--------------------------------------------------------------------------------
Penduduk meniti landasan kereta api semasa meredah banjir di daerah Binh Dinh, bahagian tengah Vietnam yang dilanda Taufan Mirinae, kelmarin. – AFP
--------------------------------------------------------------------------------
HANOI, Vietnam 5 Nov. – Taufan Mirinae yang membadai bahagian tengah Vietnam pada Khamis lalu setakat ini meragut 99 nyawa dan pihak berkuasa menganggarkan kerugian akibat bencana itu berjumlah AS$55 juta (RM187 juta).
Bencana yang melanda tiga daerah dalam wilayah Phu Yen itu menyebabkan 300,000 buah rumah ditengelami banjir dengan kebanyakan keluarga hilang rumah kediaman, kata Nguyen Ba Loc, naib pengerusi jawatankuasa masyarakat wilayah berkenaan.
Sesetengah kawasan di wilayah itu masih ditenggelami air, katanya.
Kira-kira 24,000 orang masih ditempatkan di bangunan-bangunan kerajaan.
Helikopter tentera meneruskan usaha menggugurkan mi segera dan air kepada mangsa di kawasan-kawasan terlibat, dan bot-bot laju tentera diguna bagi bantuan menyelamat, katanya.
Menurut beliau, jumlah korban di wilayah Phu Yen sahaja telah meningkat kepada 69 orang, manakala 16 penduduk lagi dilaporkan masih hilang.
Di wilayah berjiran, Binh Dinh pula 14 orang dilaporkan mati dan dua masih hilang, kata pegawai bencana, Phan Ke Hung.
Penduduk Binh Dinh mula kembali ke rumah masing-masing hari ini sebaik-baik banjir mula surut.
Taufan Mirinea juga turut meragut 16 nyawa penduduk di daerah lain serta seorang lagi masih hilang, menurut laman web kerajaan.
Jawatakuasa kebangsaan bagi menangani banjir dan taufan berkata, 66 orang turut cedera akibat taufan yang telah memusnahkan lebih 16,000 buah rumah serta merosakkan kira-kira 30,000 hektar sawah padi dan tanaman lain.
Perdana Menteri, Nguyen Tan Dung telah mengarah pihak berkuasa menghantar 10,000 tan beras dan 225 bilion dong (RM40.8 juta) untuk membantu mangsa bencana tersebut.
Ini kali kedua bahagian tengah Vietnam yang didiami golongan paling miskin di negara ini dilanda bencana taufan dan banjir dalam tempoh beberapa bulan lalu.
Sebelum ini, bahagian ini dilanda Taufan Ketsana menyebabkan lebih 160 orang terbunuh. – AP

Taufan Ida
RUMAH yang musnah dapat dilihat di pesisir pantai Tasbapounie selepas dilanda Taufan Ida. Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat yang berpusat di Miami melaporkan Taufan Ida kini dalam kelajuan tertinggi iaitu 160 kilometer (km) sejam dan kini beralih ke pesisir pantai Caribbean di Mexico. - Foto Reuters
Nov 9, 2009 8:56 am
91 maut akibat Taufan Ida di El Salvador

SAN SALVADOR: Sekurang-kurangnya 91 maut berikutan taufan hujung musim di Tengah Amerika yang membawa banjir dan tanah runtuh di El Salvador, manakala ribuan penduduk dilaporkan hilang tempat tinggal di Nicaragua.
Taufan Ida yang membawa ribut petir semalam, kini menghala ke selatan Teluk Mexico dengan pegawai mengesahkan tiada kematian atau kerosakan di tempat percutian popular, Cancun.
Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat yang berpusat di Miami melaporkan Taufan Ida kini dalam kelajuan tertinggi iaitu 160 kilometer (km) sejam dan kini beralih ke pesisir pantai Caribbean di Mexico.
Ketika membadai, taufan berkenaan menyebabkan banjir di El Salvador dengan setakat ini 91 penduduk dilaporkan terkorban, manakala 60 lagi dilaporkan hilang.
“Kami mendapati jumlah kematian akibat banjir kini 91 orang, kata Menteri Dalam Negeri, Humberto Centeno.
Ketua Pertahanan Awam, Jorge Melendez, berkata jumlah angka korban mungkin bertambah kerana anggota penyelamat masih berada di wilayah Verapaz dan Tepetitan.
Di Tepetitan, tanah runtuh menyebabkan 30 rumah penduduk runtuh, manakala di Verapaz banyak rumah, kereta dan trak juga ditenggelami banjir lumpur. - AFP

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum