Tiga komponen pastikan capai taraf negara maju
Page 1 of 1

DATUK Seri Najib Razak menetapkan tiga komponen utama iaitu modal insan, modal swasta dan modal sosial bagi memastikan kejayaan Model Ekonomi Baru (MEB), Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan RMK-11 serta Wawasan 2020.
Perdana Menteri berkata, tanpa ketiga-tiga komponen itu, hasrat negara untuk memacu Malaysia ke arah negara maju tidak akan tercapai.
“MEB akan dilancarkan akhir Mac ini dan RMK-10 serta RMK-11 adalah faktor penolak akhir untuk mencapai wawasan 2020 yang bermatlamat meletakkan Malaysia pada peta dunia sebagai negara maju.
“Tiga komponen itu amat penting dan tidak ada cara lain yang boleh kita capai tanpanya,” katanya ketika melancarkan Persidangan Ekonomi 1Malaysia - Model Ekonomi Baru 1Malaysia, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.
Persidangan dua hari itu dianjurkan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM).
Najib menambah, modal insan adalah antara elemen paling penting memacu ekonomi, manakala majikan dalam sektor awam serta swasta mesti menyediakan peluang untuk pekerja menguasai kemahiran dan teras kecekapan.
Perdana Menteri mengakui usaha itu memerlukan pelaburan wang dan masa yang banyak, namun jika syarikat bersedia melabur untuk pekerja masing-masing, pulangan daripada keuntungan jualan serta lestari adalah amat besar.
Selain itu, beliau berkata, insentif perlu diperkenalkan bagi menarik minat 300,000 hingga 500,000 rakyat Malaysia yang kini bekerja di luar negara supaya mereka pulang serta menyumbang kepada negara.
Mengenai modal swasta, Najib berkata kerajaan menyedari banyak usaha lebih teliti perlu dilakukan kerana sumbangannya masih kurang berbanding potensi negara.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, subsidi untuk industri dan pengguna perlu distruktur semula serta dimansuhkan secara beransur-ansur.
Katanya, langkah itu dapat meningkatkan persaingan domestik bagi memberi lebih kebebasan terhadap kuasa pasaran serta inisiatif swasta.
“Ia penting kerana negara tidak berupaya menyediakan tenaga dengan subsidi yang berlebihan dan di bawah harga sebenar,” katanya.
Beliau juga berkata, usaha membentuk industri yang baru perlu dilakukan dengan cara berbeza dan berdasarkan kepada kemahiran, teknologi, akses kepada modal serta sokongan pemasaran.
“Bukan dengan perlindungan. Kita perlu setia sebagai juara domestik kerana juara domestik boleh menjadi juara serantau dan juara dunia. Lebih awal kita menyedari realiti ini, lebih baik untuk kita,” kata Perdana Menteri.
(Sumber:Berita Harian Online)

xiaowen_U6B- Posts : 71
Join date : 2009-06-16
Similar topics
» graf garis komponen vs graf bar komponen
» Pasar raya perkenal produk negara negara dilaksana swasta ba
» Selamat Maju Jaya
» Prestasi STPM meningkat
» SELAMAT MAJU JAYA DALAM PEPERIKSAAN

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum