PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pasar raya perkenal produk negara negara dilaksana swasta ba

2 posters

Go down

Pasar raya perkenal produk negara negara dilaksana swasta ba Empty Pasar raya perkenal produk negara negara dilaksana swasta ba

Post  Tan Yuong Huai (U6B/12) Sat May 28, 2011 4:51 am


PELBAGAI produk buatan Malaysia dijangka mudah didapati di luar negara berikutan penubuhan Pasar raya 1Malaysia (1Malaysia Mall) pada peringkat antarabangsa tidak lama lagi, bermula di Vietnam dan China.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perbincangan terperinci mengenai perkara itu akan diadakan dengan Vietnam dan China pada Julai ini.
Katanya, pihaknya kini juga sedang giat mengumpul nama syarikat berminat serta dan produk bagi tujuan itu.

“Kita lebih fokus kepada Vietnam dan China. Di Vietnam, kawasannya sudah dikenal pasti, manakala di China, kita sudah adakan perbincangan dengan pemaju di sana.

“Kita menjangka projek Pasar raya 1Malaysia dapat dilaksanakan pada 2012. Projek Pasar raya 1Malaysia ini dilaksanakan pihak swasta manakala kerajaan hanya membantu dari segi urusan rasmi yang membabitkan perbincangan antara kerajaan kedua-dua negara,” katanya selepas perasmian Ekspo Beli Barangan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Ismail Sabri, lokasi Pasaraya 1Malaysia di Vietnam adalah di Ho Chi Minh manakala di China pula masih belum ditetapkan memandangkan negara itu mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di setiap bandarnya.
Beliau berkata, sejumlah 50 peratus daripada barangan yang dijual di dalam pasar raya itu adalah barangan atau produk dari Malaysia. – BERNAMA

sumber : berita harian online
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini bukan sahaja dapat membangunkan ekonomi negara kita , tetapi juga meningkatkan imej negara kita dengan jualan perbuatan negara. Negara kita yang berhasrat untuk menjadi negara maju pada masa depan bukan lagi mimpi. Namun begitu, kita sebagai rakyat hendaklah sentiasa menyokong kerajaan supaya perancangan yang baik dapat dilaksanakan.

Tan Yuong Huai (U6B/12)

Posts : 2
Join date : 2011-05-22
Age : 31

Back to top Go down

Pasar raya perkenal produk negara negara dilaksana swasta ba Empty Re: Pasar raya perkenal produk negara negara dilaksana swasta ba

Post  Lixin Lim [U6B] Mon May 30, 2011 7:02 pm

Amat banggakan untuk Malaysia semasa saya terlihat berita ini,cadangan ini memang amat bagus terutamanya projek Pasar raya 1Malaysia ini akan dijalankan di negara China yang mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi.Hal ini akan menggalakkan orang asing membeli produk kita dan secara langsungnya,sektor ekonomi negara kita akan meningkat. (:

Lixin Lim [U6B]

Posts : 16
Join date : 2011-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum