PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak

5 posters

Go down

4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak Empty 4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak

Post  KeeSengU6F Tue Nov 18, 2008 3:25 pm

BINTULU: Empat lagi penjenayah dipercayai warga Indonesia mati ditembak polis semalam, kali ini membabitkan anggota Geng Anjing yang disyaki terbabit dalam kes pecah masuk beberapa kediaman mewah dan pembunuhan seorang pengusaha kantin di sini.
Kejadian itu berlaku tidak sampai 24 jam selepas empat penjenayah, juga dipercayai warga Indonesia yang terbabit dalam kes pecah rumah, mati ditembak polis di Bukit Nanas, Negeri Sembilan, apabila cuba menyerang polis menggunakan parang, kira-kira jam 6 pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.20 pagi semalam, empat penjenayah terbabit dipercayai cuba memecah masuk kediaman mewah di Kilometer 37 Jalan Bintulu-Miri di sini, bertindak agresif menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan.
Difahamkan, kumpulan itu memecah masuk kediaman mewah selepas meracun anjing mangsanya dan setakat ini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini menerima tiga laporan mengenai anjing mati diracun di kawasan berkenaan sejak awal bulan ini.

Kumpulan itu juga dipercayai terbabit dalam kes rompakan bersenjata yang menyebabkan kematian seorang pengusaha kantin di Kawasan Perindustrian Ringan Kemena, awal bulan ini.


Kes pecah masuk rumah semakin berlaku di kawasan perumahan mewah kebelakangan ini, penjenayah kini semakin bijak dan mempunyai perancangan yang teliti semasa bertindak. Seperti apa yang berlaku pada kes ini, penjenayah meracuni anjing dulusupaya tiada sebarang gangguan berlaku. Walaupun terdapat peronda meronda pada kawasan-kawasan perumahan. Namun kes begitu masih berlaku.


Pada pendapat anda, apa tindakan harus diambilkan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan berkesan?

KeeSengU6F

Posts : 14
Join date : 2008-09-23

Back to top Go down

4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak Empty 4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak

Post  WeiShi_L6F Fri Nov 21, 2008 3:09 am

Orang ramai perlu bersikap berhati-hati terhadap sesiapa orang asing di sekitar rumah mereka.Jiran -jiran patut berkerjasama dan memberi bantuan apabila berlaku pecahan.Polis-polis perlu memperbanyakan rondaan dalam kawasan perumahan.Hanya dengan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk wakil rakyat,masalah sosial ini dapat diselesaikan.

Tetapi mengikut pendapat saya, orang indo. itu dapat memecah rumah mewah kerana dia boleh meracun mati anjing luar negara rumah tersebut dengan professional sekali.Mula-mulanya,mereka perlu memilih racun yang sesuai.Racun yang terlalu lemah tidak dapat mematikan anjing itu malh akan digigit balik(sangat dahsyat)!Oleh itu,pilih yang paling terkuat (biar dia terus baling,ha ha ha) adalah yang paling bagus.
Kedua, memilih bahan yang sesuai utuk menjadi bait juga amat penting.Anjing tak akan makan daging reput yang anda bawa daripada tong sampah malah akan menendangnya balik kepada awak.Secara sendirian, saya berpendapat mereka mengambil daging yang mereka tidak dapat habiskan semalam(betapa wangi,betapa sedap,I LIKE IT!)
Akhir kata,polis tidak patut menembak warga orang indonesia tersebut.Orang indo. juga manusia dan mereka hanya guna parang.Takkan polis tidak dapat lawan mereka dengan pistol,malu ah malu ah.

(ps. maafkan saya jika ada apa yang menyinggung fikiran kamu dan janganlah teragak-agak salahkan saya jika ada sebarang kesalahan bahasa)
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 34

Back to top Go down

4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak Empty Re: 4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak

Post  PnLeela Fri Nov 21, 2008 1:03 pm

weishi, kamu tidak menjawab soalan.
Persoalannya : cara /langkah-langkah berkesan untuk mengurangkan jenayah pecah rumah yang semakin berleluasa.

BUKAN isu wajarkah orang indonesia itu ditembak...atau bagaimana cara untuk menjinakkan anjing Shocked

Kalau penyelewengan sebegini dalam menjawab soalan esei...anda akan mendapat 1/25 Cool

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak Empty Re: 4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak

Post  Ultima Lucifer Sat Nov 22, 2008 3:09 pm

wah~~ kalau jawab macam adik Wei Shi... pasti cool nampaknya.. ^^

bagaimanapun.. pada pendapat saya, caranya telah diketahui umum.. seperti ketatkan undang-undang, tubuhkan persatuan yang membekalkan perkhidmatan rondaan malam... dan sebagainya.. (sorry~ saya tidak huraikan poin saya itu)

Pada peringkat awalan.. saya juga berpendapat sedemikian.. tetapi sekarang saya tidak berapa setuju dengan langkah-langkah di atas lantaran langkah yang diambil tersebut tidak menyelesaikan masalah, tetapi membazir masa, wang dan memburukkan lagi keadaan.. sebab ianya tidak menyelesaikan masalah secara menyeluruh hingga ke akar umbi..tambahan pula... terdapat juga kes yang mana perogol tersebut merupakan pegawai keselamatan kawasan tersebut. (no offense.. ini tidak bermakna undang-undang tidak patut diketatkan..)

Saya selalunya berpegang kepada falsafah "tiada permulaan, tiada pemulihan"... jadi, saya berpendapat bahawa pendidikan merupakan pendekatan yang paling efektif dalam konteks ''membanteras kegiatan pecah rumah''.
Seperti yang digariskan oleh Perdana Menteri kita dalam Rancangan Malaysia ke-9, dalam peruntukan Modal Insan pembangun negara.. aspek yang paling diberi perhatian ialah pembentukan rohaniah dalam seseorang individu, baik lelaki atau perempuan.
Ustad dan guru pendidikan Moral yang berkaliber, berdedikasi dan beriman dilatih supaya murid tidak menganggap pendidikan moral sebagai mata pelajaran KURIKULUM sahaja... Dengan bangkitnya semangat dan minat individu terhadap moral.. maka mereka akan dapat menghayati keindahan suasana harmoni justeru mengikis segala pemikiran negatif dalam minda mereka.
Ultima Lucifer
Ultima Lucifer

Posts : 58
Join date : 2008-10-30
Location : Bukit Mertajam, Pulau Pinang~~

Back to top Go down

4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak Empty 4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak

Post  WeiShi_L6F Wed Nov 26, 2008 4:02 pm

Take in , take in, cara abang lucifer baru mengeluarkan coolness seorang yang bijak dan berpengetahuan.
Adik memang berasa amat kagum dengan pa abang, satu perkataaan. STRONG MAN

Apa yang abang cakap adalah betul.Banyak perkara juga dianggap umum kepada semua orang seperti belajar bersungguh-sungguh mendatangkan kecemerlangan tetapi masih ada yang gagal peperiksaan.Ini tidak bermaksud perkara atau cara yang umum tidak berkesan ,hanya kerana cara tersebut belum digunakan sepenuhnya dan dengan efektif.Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan dapat menyelesaikan masalah ini.

Tetapi dengan pembentukan rohaniah dalam seseorang individu, saya rasa itu tidak realistic, mungkin hanya dalam karya Plato boleh jadi.Ada pepatah cina berkata:Far water save cannot near fire.Pertama,kos,masa dan tenaga yang diperlu tidak kurang daripada cara umum saya. Kedua bukan semua manusia berpeluang atau berupaya menerima pendidikan ini.Ketiga, seperti yang digariskan oleh Naib Perdana Menteri kita dalam Rancangan Malaysia ke-19(mugkinlah....mungkinlah), sifat peribadi sebenar semula jadi semua orang adalah jahat dan bezanya hanyalah paras yang tak sama.Tiada orang yang sempurna dalam dunia ini dan jika ada orang itu hanyalah tipu sendiri dan orang lain.Manusia bukan binatang tetapi juga mempunyai nafsu dan apa yang membezakan kita daripada binatang adalah pemikiran kita.Kita boleh fikir tapi cakap sampai akhir manusia juga tak akan jadi baik.

Walaubagaimanapun, saya berasa bahawa jika kita berusaha bersungguh-sungguh ,kita akan jadi orang yang kelihatan baik.

Akhir kata, SAYA MAHU JADI BAIK......tAPI ..........saya juga ingin jadi pengawai keselamatan..................
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 34

Back to top Go down

4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak Empty Re: 4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak

Post  KeeSengU6F Fri Nov 28, 2008 6:03 am

Haiz...dah lama tak jumpa budak weishi, namun perangai anda masih tidak berubah. Haha. Okey, balik semula kepada topik kita!

Tidak dapat dinafikan, pendidikan memang memainkan peranan yang amat penting pada masyarakat kita. Namun ia hanya menjadikan kita berpendidikan, adakah pendidikan memjadikan kita berkelakuan baik? Saya tidak berpendapat begitu, I dun think so. Kalau berpendidikan tinggi boleh membawa perkembangan rohaniah pada seseorang, jadi kenapa bekas presiden negara taiwan masih didakwa atas kesalahan yang membencikan iaitu rasuah? Beliau memrupakan seorang presiden, tak akan dia tidak berpendidikan, tetapi beliau masih melakukan kesalahan. Kesimpulannya, kelakuan seseorang tidak harus dikaitkan dengan pendidikan sepenuhnya(saya tidak berkata langsung tidak berkaitan).

Pada pendapat saya, ajaran sewaktu kecil ataupun ajaran daripada ibubapa dan ajaran daripada agama masing-masing dapat membentukkan kelakuan yang baik pada seseorang individu. Kalau berbanding dengan masa dahulu, ajaran agama dan daripada ibubapa tidak lagi ketat seperti dulu. Manusia kini hanya ingin memenuhi keinginan diri sendiri sahaja tak kira dengan apa-apa cara. Mereka merompak, menghasut, menerima rasuah, merogol, menjual dadah dan melakukan pelbagai jenayah hanya ingin mendapat keuntungan ataupun mendapatkan sesuatu yang diinginkan sahaja. Ini disebabkan mereka tidak lagi mempunyai hati yang suci dan tenang.(NO MERCY)

Selain itu, kemerosotan ekonomi dan tekanan kehidupan juga harus bertanggungjawab terhadap kehilangan rohaniah pada seseorang individu. Kebanyakan penjenayah melakukan jenayah secara terpaksa dan tiada pilihan lain. Mereka kehilangan kerja dan tiada pendapatan untuk sara diri, jadi mereka memilih untuk mencari duit dengan cara yang berisiko tinggi walaupun perkara tersebut melanggari undang-undang.(NO MONEY NO LIFE)

Adik Weishi, am i making myself clear? hahahaha

KeeSengU6F

Posts : 14
Join date : 2008-09-23

Back to top Go down

4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak Empty Re: 4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak

Post  PnLeela Fri Nov 28, 2008 4:33 pm

wah..wei shi dan kee seng Very Happy
hebat sungguh hujah-hujah kamu berdua...teruskan pertukaran pendapat ini...agak menarik

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak Empty Re: 4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak

Post  Ultima Lucifer Sun Nov 30, 2008 5:59 am

Saya bersependapat dengan adik kee seng dan Wei Shi juga~
agama, pendidikan, sikap ibu bapa dan pelbagai lagi aspek lain harus diberi tumpuan agar
individu akan terbentuk sahsiah dan rohaniahnya..
apa yang boleh kita buat? dalam dunia yang penuh dengan kekayaan ini.. memang mencungkil
kelemahan manusia yang tamak haloba... seperti yang dikatakan oleh adik wei shi...
jadi tidak hairanlah pelbagai langkah perlu dijalankan bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

tetapi... dalam kes pecah rumah... tidakkah kalian berpendapat bahawa faktor ekonomi juga menjadi punca yang
amat besar?
Ultima Lucifer
Ultima Lucifer

Posts : 58
Join date : 2008-10-30
Location : Bukit Mertajam, Pulau Pinang~~

Back to top Go down

4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak Empty Re: 4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak

Post  CikguPA Sun Nov 30, 2008 8:41 am

Salam sejahtera,

1. Dari segi punca cikgu berpendapat ada kaitan dengan ekonomi. Kita ketahui bahawa tidak semua orang mempunyai kelulusan yang baik yang memungkin mereka menjawat jawatan/pekerjaan (kesan negatif proses urbanisasi). Bila ada orang yang menganggur, untuk meneruskan kelangsungan hidup di bandar terutamanya, memerlukan kemampuan dari segi kewangan. Jadi bagi mereka yang berpendidikan rendah/tidak berkerja jalan pintas untuk mempunyai kemapuan hidup di kota adalah dengan melakukan jenayah seperti menyamun, meragut, merompak dan seangkatan dengannya. Desakan hidup di kota dan keinginan hidup mewah juga menjadi pengerak kepada masalah ini.

2. Untuk mengatasinya sudah tentu pelbagai pihak perlu memainkan peranan.

a) Kerajaan - perlulah lebih tegas menguatkuasakan undang-undang berkaitan kemasukan warga asing.

b) Masyarakat - perlu lebih mengamalkan budaya saling mengambil tahu dan prihatin dengan orang-orang yang tidak dikenali/mencurigakan di persekitaran perumahan. Sudah tentu penjenayah akan membuat tinjauan/perancangan terlebih dahulu sebelum melakukan jenayahnya.

c. Keluarga - perlulah memastikan segala aspek keselamatan rumah masing-masing diutamakan dan tidak membiarkan/mengundang penjenayah menjadikan rumah mereka sebagai sasaran; cthnya, membiarkan pagar tak berkunci, grill tak berkunci dan sebagainya pada waktu malam.

3. Berkaitan dengan pembentukan sahsiah memang ianya satu cara penyelesaian yang baik dan bersifat jangka panjang...manusia harus disedarkan agar menghormati hak-hak orang lain, matlamat hidup dan apakah akhirnya kesudaan kehidupan ini. rasanya setiap agama ada menegaskannya..tinggal lagi manusia gagal mempraktikannya dalam kehidupan seharian....atas pelbagai sebab.

semoga dapat membantu

TQ sunny
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 56
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak Empty Re: 4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak

Post  CikguPA Mon Dec 01, 2008 4:25 am

Krisis ekonomi punca

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin (gambar) tidak menolak kemungkinan kesan krisis ekonomi global antara penyebab meningkatnya jenayah di Malaysia tahun ini.

Namun, beliau berkata, ia bukan faktor utama.

“Saya tidak nafikan antara perilaku jenayah disumbangkan daripada tekanan ekonomi seperti kesempitan wang dan keperluan hidup, namun jenayah hanya berlaku apabila ada ruang dan peluang daripada kelalaian dan kecuaian individu.

Peningkatan indeks jenayah 1.75 peratus sehingga Oktober tahun ini masih rendah berbanding negara jiran dan menjadikan Malaysia masih selamat untuk didiami.

Mohd Bakri berkata, sehingga Oktober lalu, 177,141 kes jenayah dilaporkan berbanding 171,454 kes dalam tempoh sama tahun lalu, meningkat 5,687 kes.

Kes samun bersenjata api mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 14,143 kes daripada 3,691 kes tahun lalu kepada 17,834 kes tahun ini.

Turut meningkat ialah kes curi kenderaan, 2,534 kes daripada 10,290 kes tahun lalu dan pecah rumah malam meningkat sebanyak 2,732 kes daripada 19,299 pada 2007.
Kes bunuh turut menunjukkan peningkatan kepada 538 kes daripada 489 kes serta rogol yang meningkat kepada 2,943 kes daripada 2,710 kes tahun sebelumnya.

Walaupun berlaku peningkatan, belum sampai ke tahap membimbangkan, malah berbanding negara jiran, indeks jenayah kita masih rendah iaitu 772 kes daripada 100,000 penduduk,” katanya.

Bakri berkata, selain faktor keluarga, persekitaran, pendatang asing turut mempengaruhi karektor jenayah di negara ini sehingga menjadikannya trend.

“Mereka bawa karektor jenayah ganas di negara asal dan pelbagai cara dilakukan bagi menghapuskan bukti termasuk mencincang dan memotong mangsa,” katanya. - Bernama
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 56
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak Empty Re: 4 lagi penjenayah warga Indonesia mati ditembak

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum