PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bantah filem hina nabi

Go down

Bantah filem hina nabi Empty Bantah filem hina nabi

Post  Shuefern(L6A/12) Fri Sep 14, 2012 7:44 pm

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Masyarakat di negara ini dinasihatkan tidak bertindak mengikut perasaan seperti yang dilakukan rakyat Libya dan Mesir bagi membantah penerbitan sebuah filem yang didakwa menghina Nabi Muhammad.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad (gambar) berkata, seluruh umat Islam marah dengan penghinaan yang ditunjukkan di dalam filem tersebut, namun, bantahan perlulah melalui cara yang lebih berhikmah tanpa melibatkan kehilangan nyawa.

“Yang buat filem itu orang lain, namun dalam kejadian di Libya, Duta Amerika Syarikat (AS) ke negara itu yang dibunuh.

“Adalah menjadi tanggungjawab sesebuah negara menjaga keselamatan kedutaan asing, kita tidak boleh mengikut perasaan dengan mengambil tindakan menghukum mereka," katanya pada sidang akhbar selepas jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Masjid Negara, di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian di Libya iaitu Duta AS ke negara itu, Christopher Stevens dan tiga lagi rakyat AS terbunuh di bangunan kedutaan itu di Benghazi akibat ditembak selepas diserang beribu-ribu penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan itu tercetus ekoran sedutan filem, Innocence of Muslims, arahan Sam Bacile, 52, dari California, yang disiarkan dalam laman YouTube dengan menggambarkan Nabi Muhammad pernah tidur dengan ramai wanita, pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.

Filem tersebut turut dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti Islam, Terry Jones, yang pernah mencetuskan kontroversi cuba membakar al-Quran untuk berkempen membenci Islam di AS.

Sementara itu, di Kaherah, Mesir, hampir 3,000 penunjuk perasaan yang kebanyakannya penyokong pergerakan Salafis berkumpul di Kedutaan AS untuk menyuarakan bantahan yang sama.

Menurut Sheikh Ismail, musuh-musuh Islam sering mencari jalan untuk menghina dan menceroboh kesucian agama Islam, selain berusaha memecahbelahkan umatnya dengan pelbagai cara.

Sehubungan itu, katanya, umat Islam harus bersatu dan mencari jalan sebaik-baiknya mengikut pertimbangan rasional bagi menangkis segala tohmahan dan penghinaan yang dilemparkan oleh musuh-musuh.

“Selain bertujuan menghina Islam, mereka juga sebenarnya mahu melihat kita berpecah-belah.

Jadi kita jangan bertindak terburu-buru, apa yang perlu dilakukan adalah bersatu dan mencari jalan dengan penuh bijaksana, jangan tunjukkan kepada mereka bahawa kita lemah," tegasnya.

Jamuan Aidilfitri itu yang diserikan dengan persembahan qasidah oleh pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Hadith dari Hulu Klang, Selangor dihadiri hampir 1,000 tetamu termasuk pelancong-pelancong asing yang berkunjung ke Masjid Negara.


Ulasan:
Hormat-menghormati adalah sifat yang haruslah ditanami dalam hati manusia. Kami haruslah menghormati agama-agama lain walaupun ia bukan agama kami. Sebelum melakukan sesuatu,kami haruslah berfikir tentang perasan orang lain dan tidak melakukan sesuatu yang melampau.

Shuefern(L6A/12)

Posts : 10
Join date : 2012-09-14

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum