PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pendidikan seks di sekolah tidak perlu

5 posters

Go down

Pendidikan seks di sekolah tidak perlu Empty Pendidikan seks di sekolah tidak perlu

Post  S.Teng(U6A/2010) Tue Apr 20, 2010 5:19 pm

20/04/2010 4:31pm
KUALA LUMPUR 20 April - Pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai subjek khas di sekolah-sekolah kerana ia sudah terdapat dalam pengajaran agama Islam, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai dengan menjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu.

Menurut beliau, dalam subjek agama Islam boleh dimasukkan perkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.

“Akibat tidak mengawal nafsu bayi dibuang dalam tong sampah dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan tentang pentingnya pengawalan nafsu,” katanya pada sidang akhbar di sini. - Utusan



Apakah pandangan saudari dan saudara tentang perkara ini? Surprised

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Pendidikan seks di sekolah tidak perlu Empty Re: Pendidikan seks di sekolah tidak perlu

Post  S.Teng(U6A/2010) Tue Apr 20, 2010 5:27 pm

TIDAK SETUJU! Pada pendapat saya, pendidikan seks sangat diperlukan untuk mendidik pelajar supaya mereka lebih memahami lanjut tentang pendidikan seks. Kita sentiasa lihat dari suratkhabar, kes-kes pembuangan bayi semakin ketara dan menjadi isu utama pada masa kini. Kes sebegini kebanyakkan datang dari kalangan remaja yang berumur 19 tahun ke bawah. Salah satu punca yang menyebabkan ia berlaku ialah generasi muda kini kurang pendidikan seks. Oleh itu, pendidikan seks amat diperlukan untuk menjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu.


Last edited by S.Teng(U6A) on Tue Apr 20, 2010 5:58 pm; edited 5 times in total

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Pendidikan seks di sekolah tidak perlu Empty Re: Pendidikan seks di sekolah tidak perlu

Post  S.Teng(U6A/2010) Tue Apr 20, 2010 5:40 pm

KES buang bayi sekali lagi menjadi berita utama negara kita. Terbaru, seorang bayi lelaki ditemui sudah mati di Sungai Kuantan, Pahang oleh seorang nelayan. Mayat bayi tersebut yang dipercayai baru dilahirkan kerana masih bertali pusat, barangkali dibuang bagi menyembunyikan kewujudannya yang turut membunuh bayi tersebut.

Malah pada Mac 2007, seorang bayi lelaki dijumpai masih hidup di dalam sebuah tandas di sebuah masjid di Rompin oleh seorang wanita ketika ingin menunaikan solat Maghrib.

Hakikatnya, gejala pembuangan bayi di Malaysia menunjukkan peningkatan yang tiada kesudahannya. Tiada petanda atau kayu ukur yang mengatakan gejala ini semakin dipandang jijik dan seterusnya berkurangan. Waima, dibunuh atau ditinggalkan hidup, moralnya, kedua-dua perbuatan ini adalah terkutuk, kerana tidak bertanggungjawab ke atas keterlanjuran mereka.

punca : Seks Bebas
Berkaitan dengan kes pembuangan bayi, boleh dikatakan di Barat perbuatan zina dan seks bebas sudah menjadi norma dan budaya mereka. Lalu, tidak jadi isu jika mereka mampu melahirkan anak luar nikah akibat perbuatan songsang mereka. Manakan tidak, mereka mempunyai kaedah pengurusan ‘jenayah’ seperti penggunaan kondom secara bebas atau pengguguran. Aspek ‘pengurusan jenayah’ yang kemas dan teratur ini merupakan asas kepada ‘berjayanya’ perbuatan jenayah mereka. Jika mereka faham bahawa seks bebas adalah dosa dan mendatangkan mudarat, maka sudah pasti kaedah mengurus ‘jenayah’ mereka akan kelihatan janggal.

Langkah : didik dan cegah mesti berjalan seiringan. Program pendidikan kesedaran harus dijadikan modul utama terutama di kalangan generasi muda. Pada masa sama, budaya hedonisme disekat dengan secara bijaksana dan berhikmah.

Semua lapisan masyarakat harus mempunyai komitmen untuk memandu kehidupan ke arah yang lebih berakhlak dan beradab.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Pendidikan seks di sekolah tidak perlu Empty Contoh kes

Post  S.Teng(U6A/2010) Tue Apr 20, 2010 5:52 pm

Bayi dibuang waktu malam elak dikesan?

KUALA LUMPUR 13 April – Polis percaya mayat bayi lelaki yang ditemui dalam timbunan sampah di Sungai Choh di Hulu Selangor kelmarin dibuang pada waktu malam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, ibu atau individu yang terlibat dalam jenayah itu mungkin sengaja membuang mayat bayi berkenaan pada waktu malam untuk mengelak perbuatannya dilihat oleh orang ramai.

Beliau berkata, ketiadaan saksi melihat kejadian ini menyukarkan polis menjalankan siasatan bagi mengesan waris bayi tersebut.

“Sejak hari pertama mayat bayi ini ditemui sehingga sekarang, tiada seorang pun saksi datang ke balai atau menghubungi polis untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes ini.

“Berikutan itu, kita percaya suspek membuang bungkusan beg plastik berisi mayat bayi terbabit pada waktu malam menyebabkan tiada saksi melihat perbuatannya itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, seorang pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang sedang melakukan kerja-kerja memungut sampah terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki dalam beg plastik.

Mayat bayi malang yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu dibungkus dengan kertas surat khabar dan dimasukkan dalam beg plastik sebelum dibuang dalam timbunan sampah di sebelah kedai nasi ayam berhampiran lampu isyarat di pekan Sungai Choh.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Pendidikan seks di sekolah tidak perlu Empty Re: Pendidikan seks di sekolah tidak perlu

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Tue Apr 20, 2010 5:54 pm

KESESUAIAN dan kesan pendidikan seks untuk pelajar sekolah menengah di Malaysia tidak habis-habis dibincangkan dan sehingga kini masih belum ada pelaksanaan pendidikan seks secara formal di sekolah.

Di dalam sebuah laman web, seorang pengguna bertanya mengenai keburukan ajaran pendidikan seks di kalangan pelajar sekolah menengah.

Menjawab soalan tersebut, seorang pengguna lain berpendapat sambil menegaskan tiada sebarang kesan buruk mengenai pengajaran subjek itu, bahkan ia perlu dimulakan lebih awal lagi.

Kata pengguna tersebut, kesan buruk pendidikan seks bergantung kepada apa yang diajar di sekolah iaitu hanya jika remaja tidak menerima maklumat yang lengkap.

Pendedahan yang tidak menyeluruh atau terlalu minimum, tambahnya, hanya meluapkan lagi rasa ingin tahu yang akhirnya boleh meningkatkan kejadian seks bawah umur, jenayah rogol juvana dan lain-lain.

Apatah lagi, dalam usia remaja, pengaruh-pengaruh lain telah banyak mendedahkan remaja dengan seks dan sebagainya dan jika tidak dibimbing dengan baik, mereka boleh terjebak dalam ketagihan bahan lucah dan seumpamanya.

Kenyataan pengguna internet tersebut memang ada kebenarannya apatah lagi dengan berleluasanya bahan lucah yang terlalu mudah didapati oleh sesiapa pun di negara kita termasuk remaja dan kanak-kanak.

Penerbitan dan pengedaran bahan bacaan lucah telah lama diharamkan dari Malaysia, tetapi tiada siapa yang mampu mengawal akses terhadap bahan lucah dari internet.

Sementara itu, pasaran VCD dan DVD lucah di Malaysia juga amat berleluasa dan bukan berpunca daripada kurangnya penguatkuasaan tetapi akibat sikap masyarakat.

Sekiranya tiada permintaan tiadalah pasaran, itu adalah hukum ekonomi yang paling asas.

Bayangkan senario benar ini. Seorang lelaki yang sedang berjalan di Jalan Petaling di ibu kota dikerumuni bak semut oleh penjual-penjual VCD.

Tanpa segan silu mereka menayangkan gambar-gambar kulit VCD lucah tanpa menghormati teman wanita di sebelah lelaki tersebut.

Jadi dengan akses bahan lucah yang begitu mudah, bagaimana remaja boleh memendamkan rasa ingin tahu semula jadi dengan cara yang betul sedangkan soal ini masih tabu untuk perbincangan terbuka?

Remaja yang berusia di antara 11-18 tahun merupakan kelompok yang sedang mengalami perkembangan dan perubahan fizikal dan emosi khasnya berkaitan seksual.

Ini akan membuatkan mereka cenderung mendapatkan maklumat daripada sumber tidak rasmi sekiranya gagal mendapatkan maklumat formal terutama dari sekolah atau pengamal kesihatan.

Ini termasuk melalui perbincangan dengan rakan sebaya, bahan bacaan seks atau percubaan secara perlakuan mastubasi, bercumbu bahkan terus melakukan hubungan seks.

Kesannya kes-kes jenayah seksual, kehamilan bawah umur, jangkitan STD hingga kepada kes pembunuhan melibatkan pengguguran haram dan bayi-bayi comel yang mati dibuang merata-rata melibatkan remaja banyak terpampang di muka akhbar.

Antara faktor penting yang menyumbang kepada isu sosial ini ialah kurangnya pengetahuan terhadap kesihatan seks remaja

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 33

Back to top Go down

Pendidikan seks di sekolah tidak perlu Empty Re: Pendidikan seks di sekolah tidak perlu

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Tue Apr 20, 2010 5:55 pm

Persoalan

Akhbar Kompas pernah melaporkan 94 peratus remaja Indonesia dahagakan maklumat mengenai persoalan dan kesihatan seks namun tidak mendapat maklumat yang tepat.

WHO pula telah menegaskan dua kepentingan utama yang diperolehi daripada kesedaran pendidikan seks.

Pertama, mengurangkan bilangan remaja yang melakukan seks haram.

Kedua, melindungi mereka yang mengamalkannya daripada jangkitan STD seperti AIDS, chlamidia, gonorea, sifilis dan sebagainya.

Pendidikan seks menjadi lebih penting apatah lagi kajian WHO mendapati remaja perempuan (berusia 14-19 tahun) lebih mudah dijangkiti STD berbanding remaja lelaki dengan kadar 2:1.

Jadi, bagaimanakah cara pendidikan seks secara formal yang paling sesuai diperlukan oleh remaja kita?

Penyelidik The Heritage Foundation berpendapat pendidikan seks yang mengambil pendekatan menahan diri daripada seks (abstinance) lebih sesuai berbanding pendekatan amalan seks selamat yang lebih banyak menyentuh soal fizikal.

Menurut Rector R.E., Pardue M. G. dan Martin S. pula program menahan diri patut mengajar tentang kepentingan asas emosi dan psikologi dalam seksualiti manusia secara semula jadi dan bukannya aspek fizikal.

Katanya, remaja patut difahamkan bahawa asas kebahagiaan seksual wujud kualiti asas perkahwinan iaitu keintiman, kasih sayang dan komitmen.

Ini kerana jika menurut cara yang benar-benar betul, aktiviti seksual akan mendorong kepada pembinaan ikatan emosional jangka masa panjang di antara dua individu.

Oleh itu, program pendidikan seks mesti menggalakkan menahan diri daripada perilaku seks sepanjang peringkat remaja dan sebaiknya sehingga berumah tangga.

Topik pendidikan mesti menegaskan bahawa remaja yang terjebak dalam seks secara kasual bukan hanya akan memberi ancaman hamil dan jangkitan STD tetapi hilang kebolehan membina perhubungan kasih sayang selepas dewasa.

Maka, pendidikan seks seharusnya diperlukan di sekolah-sekolah bagi membimbing remaja membuat persediaan ke arah membina perkahwinan dan institusi kekeluargaan yang sihat.

Walau apa pun, kajian mendapati 62 peratus warga Amerika setuju menjauhi seks haram adalah jangkaan standard kepada semua peringkat umur pelajar sekolah seluruh dunia.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 33

Back to top Go down

Pendidikan seks di sekolah tidak perlu Empty Re: Pendidikan seks di sekolah tidak perlu

Post  Khang Wei (U6B/2010) Wed Apr 21, 2010 11:43 am

Saya tidak bersetuju pemansuhan pendidikan seks di sekolah terutamanya kepada kaum lain.
Pelajar yang tidak menerima pendidikan seks, berkemungkinan akan mengadakan hubungan seks dengan orang yang lain dengan sesuka hati.
Selain itu, kes rogol juga akan meningkat.
Ini akan menyebabkan banyak orang berhamil sebelum berkahwin.
Hal yang demikian menyebabkan kes pembuangan bayi semakin meningkat dan amat membimbangkan.
Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah inisiatif untuk mendidik rakyat tentang keburukan melakukan perkara tersebut.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Pendidikan seks di sekolah tidak perlu Empty Re: Pendidikan seks di sekolah tidak perlu

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed Apr 21, 2010 12:29 pm

Menurut Dr Mahathir, bekas perdana menteri, walaupun pendidikan seks telah diberikan dalam Pendidikan Islam, macam mana dengan murid yang bukan beragama islam?
Hal ini harus dipandang berat kerana terdapat banyak kes-kes buang bayi disebabkan kelalaian karajaan dalam mengendalikan hal ini.
Selain itu, penyakit akan disebarkan disebabkan seks dan masyarakat perlu dididik dalam bidang ini.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Pendidikan seks di sekolah tidak perlu Empty Pertubuhan guru bantah kena ajar pendidikan seks

Post  S.Teng(U6A/2010) Thu Apr 22, 2010 6:46 pm

2010/04/22
KUALA LUMPUR: Pertubuhan guru membantah cadangan memperkenalkan pendidikan kesihatan reproduktif sebagai satu subjek di sekolah kerana ia disifatkan bukan penyelesaian kepada masalah sosial di kalangan remaja, sebaliknya hanya menambah beban guru.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata kesatuan itu terkilan dengan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menggesa pelaksanaannya dipercepatkan tanpa berbincang atau mendapatkan pandangan daripada kesatuan guru atau peringkat akar umbi. Beliau berkata, pelaksanaan secara terburu-buru akan menimbulkan banyak masalah sehingga merugikan pelajar, tambahan pula guru ketika ini tidak mempunyai kemahiran khusus dalam bidang kesihatan reproduktif.

“Usaha membanteras gejala buang bayi yang semakin berleluasa ketika ini harus berpaksikan pengukuhan pendidikan agama dan moral secara lebih mendalam.

“Pegangan teguh kepada amalan agama dan nilai moral yang tinggi akan mencegah remaja daripada terpengaruh dengan gejala seks bebas yang menjadi punca utama peningkatan kes buang bayi,” katanya kepada Berita Harian.

Kelmarin, Shahrizat meluahkan hasratnya untuk menemui Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meminta supaya pendidikan kesihatan reproduktif sebagai subjek di sekolah diperkenalkan segera.
Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSMM), Azam Md Atan, turut membantah cadangan itu dengan menegaskan usaha membanteras gejala seks bebas dan buang bayi harus bermula di rumah.

“Asas didikan fardu ain oleh ibu bapa di rumah amat penting untuk mengelakkan remaja daripada mudah terjebak dengan gejala itu.

“Justeru, PKPSMM tidak mempersetujui idea itu (memperkenalkan subjek pendidikan kesihatan reproduktif) kerana ia jelas bukan langkah penyelesaian sebenar. Tambahan pula, beban tugas guru sudah terlampau banyak di sekolah,” katanya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Pendidikan seks di sekolah tidak perlu Empty Re: Pendidikan seks di sekolah tidak perlu

Post  PnLeela Fri Apr 23, 2010 4:01 pm

Banyak pendapat dan ulasan tentang keperluan pendidikan reproduktif di sekolah silent

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Pendidikan seks di sekolah tidak perlu Empty Re: Pendidikan seks di sekolah tidak perlu

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum