137 pelajar keracunan makanan
3 posters
Page 1 of 1
137 pelajar keracunan makanan
ALOR SETAR: Seramai 137 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Bahiyah, di sini, mengalami keracunan makanan selepas menikmati ikan kembung rebus bersama air asam dan sambal tumis udang ketika makan malam di dewan makan asrama sekolah itu malam Selasa lalu.
Semua pelajar perempuan Tingkatan Satu hingga Lima yang tinggal di asrama sekolah itu mengadu cirit-birit, muntah dan demam sejak pagi kelmarin. Mereka kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. Seramai 100 pelajar menerima rawatan pesakit luar, 33 ditempatkan di wad Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, di sini, dan empat lagi dimasukkan ke wad HSB.
Seorang pelajar, Fatihah Hakima Ishak, 17, ketika ditemui, berkata ketika makan malam seorang rakannya ada menunjukkan seekor ikan yang dihidangkan itu busuk dan berulat.
“Saya mula cirit birit, muntah serta demam pagi semalam (kelmarin). Menjelang tengah hari semakin ramai pelajar mengalami keadaan sama selain tidak bermaya,” katanya.
Fatihah Hakima berkata, mereka dibawa beberapa guru ke hospital sebelum dia dimasukkan ke wad kira-kira jam 6 petang kelmarin, sebelum dibenarkan pulang tengah hari semalam.
Ibu seorang pelajar, Ruzimah Baharom, 41, berkata dia dimaklumkan perkara itu oleh seorang guru kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.
“Anak saya mula cirit birit dan muntah petang semalam (kelmarin) sebelum dimasukkan ke wad malam tadi (kelmarin),” katanya.
Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Marzukhi Md Isa berkata, kantin dewan makan asrama berkenaan sudah diarah tutup selama dua minggu mulai semalam.
Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil sampel makanan di kantin berkenaan semalam untuk diuji.
Di IPOH: Jabatan Kesihatan Perak mengesyaki kejadian hampir 100 murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Wah Kiow di Langkap, dekat Teluk Intan mengalami cirit-birit dan muntah sejak Selasa lalu, berpunca keracunan makanan.
Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir, berkata walaupun keracunan makanan disyaki punca utama kejadian itu, jabatan itu turut mengambil sampel air untuk dianalisis bagi mengetahui sama ada ia turut menyumbang kepada masalah dialami murid terbabit.
“Kita membuat pemeriksaan rapi di sekolah itu termasuk mengambil beberapa sampel untuk diuji dan setakat ini kita mengesyaki ia berpunca keracunan makanan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, malam tadi.
Sementara itu, sumber di sekolah berkata, seramai 65 murid masih belum menghadiri sesi persekolahan semalam dipercayai masih belum pulih

yeow_U6A/2010- Posts : 87
Join date : 2009-06-27
Keracunan Makanan di Sekolah Perlu Ditangani Bersama
Kejadian keracunan makanan di sekolah semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Pihak yang bertanggungjawab harus mengambil langkah bagi mengelakkan kesihatan dan p&p pelajar terjejas. Prosedur pembekalan bahan makanan di sekolah harus dikemaskini bagi memastikan perkara sebegini tidak lagi berlaku. Pihak yang gagal menyediakan makanan yang bersih harus dibatalkan kontrak pembekal makanan. Pengusaha kantin harus mengambil berat akan kebersihan makanan dan bukannya hanya mementingkan keuntungan!
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga hendaklah memainkan peranan penting dalam hal ini. Ahli-ahli dan pemimpin seharusnya lebih kerap hadir dan melawat ke sekolah dan bukannya semasa hari mesyuarat atau ketika temasya sukan semata-mata.
Selepas insiden-insiden keracunan ini, PIBG perlu lebih proaktif dalam menjalankan peranan mereka dan pemantauan secara lebih kerap terhadap keadaan di sekolah perlu diadakan. Di pihak berkuasa pula, siasatan segera perlu dijalankan bagi mengenalpasti dan menyelesaikan segera masalah ini. Hendaknya kita tidak perlu menunggu hingga ada antara anak-anak kecil kita yang menjadi korban akibat keracunan makanan, kemudian barulah tindakan yang lebih berkesan diadakan.
Hasil siasatan juga hendaklah dimaklumkan kepada mereka yang terbabit, khususnya ibu bapa pelajar-pelajar yang menjadi mangsa. Sebenarnya, siasatan dan hasilnya perlu dihebahkan kepda umum kerana mereka juga berhak tahu apakah sebenarnya berlaku. Kerap kali jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini, selepas siasatan dijalankan, tiada sebarang hebahan dimaklumkan kepada masyarakat menyebabkan mereka tertanya-tanya apakah yang terjadi.
Fenomena ini jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan timbulnya spekulasi negatif yang akhirnya memburukkan nama sekolah, guru-guru dan Kementerian Pelajaran.
---------(sumber: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia)

HsianMin (U6B/2010)- Posts : 84
Join date : 2009-05-12
Re: 137 pelajar keracunan makanan
Punca-punca kejadian keracunan makanan.
Sikap negatif pengusaha kafeteria asrama dan pembekal makanan.
- Pengusaha kafeteria asrama dan pembekal makanan tidak mengambil berat aspek kebersihan dan keselamatan makanan yang dibekalkan. Makanan dibiarkan terdedah kepada lalat, tidak menggunakan air masak untuk menyediakan minuman, makanan dalam tin telah tamat tarikh luput, bahan-bahan mentah yang tidak bermutu, sayuran yang mengandungi bahan kumia tidak dibersihkan dengan betul.
Sikap negatif tukang masak.
- Kebanyakan tukang masak tidak memastikan kebersihan bahan mentah yang disediakan oleh mereka. Mereka membersihkan bahan mentah seperti daging, ayam dan sayuran dengan secara ala kadar. Alat memasak tidak bersih. Ada juga tukang masak yang menyimpan kuku panjang dan tidak mencuci tangan sebelum masak.

Khang Wei (U6B/2010)- Posts : 82
Join date : 2009-05-12
Lagi satu kes keracunan pelajar
20 murid keracunan makan keropok
KUANTAN: Seramai 20 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Isap, di sini, semalam dipercayai mengalami keracunan makanan apabila sakit perut, pening dan loya selepas memakan keropok lekor di kantin sekolah.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, 20 murid Tahun Empat hingga Enam sekolah itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut dan beberapa murid difahamkan pengsan selepas badan mereka tidak bermaya akibat muntah. Seorang daripadanya, Puteri Nursafizah Sabaruddin, 10, berkata dia mengalami sesak nafas dan pening kepala selepas makan keropok lekor dan menikmati minuman Milo bersama beberapa rakannya. “Beberapa minit selepas makan, saya berasa mual dan kepala pening dan keadaan sama dialami rakan lain, lalu memaklumkan perkara itu kepada guru,” katanya ketika ditemui di HTAA di sini, semalam.
Tindakan harus diambil oleh pihak yang berkaitan. Kejadian sebegini harus dipandang berat bagi menjamin kesihatan pelajar!

Similar topics
» 5 pelajar MTD ditahan siasatan kematian pelajar dibuli
» Makanan Segera
» Sihat melalui pilihan makanan
» Makanan berlemak tingkat risiko barah payu dara
» Kekurangan Makanan yang telah berlaku di dunia kita

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum