PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bantah pelan laluan MRT

Go down

Bantah pelan laluan MRT Empty Bantah pelan laluan MRT

Post  wong suk may/L6A/2012 Thu Jul 05, 2012 4:20 pm

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemilik Rumah Pinggir Zaaba di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, semalam, membantah pelan pembinaan laluan MyRapid Transit (MRT) di kawasan mereka berikutan didakwa meminggirkan pendapat penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Membantah (Protem) Persatuan Pemilik Rumah Pinggir Zaaba, Teoh Chye Tee berkata, mereka sudah menghantar pelbagai cadangan kepada MRT Corporation untuk menyelaraskan semula laluan MRT supaya tidak mendatangkan sebarang gangguan serta kerugian kepada penduduk di Pinggir Zaaba (PZ).

“Kami tidak menentang pembangunan, tetapi cadangan pembinaan ini tidak relevan dan akan mendatangkan pelbagai risiko serta kesan buruk kepada penduduk di sini.

“Jika pembinaan laluan MRT ini diteruskan, penduduk bukan saja berdepan masalah untuk keluar dan masuk rumah, malah mengalami pelbagai gangguan bunyi, debu, habuk dan getaran,” katanya.

Sidang media itu disertai Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Segambut, Jayanthi Devi Balaguru dan jurucakap persatuan, Mokhtar Abdul Karim serta penduduk PZ.

Difahamkan, cadangan projek itu membabitkan 69 rumah dengan 25 daripadanya diklasifikasikan sebagai tidak boleh diduduki serta perlu berpindah.

Menurut Teoh, pihaknya sentiasa terbuka dan menyambut baik cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di TTDI, namun syarikat pemaju stesen MRT perlu mengambil kira kesan jangka panjang terhadap pemilik rumah di kawasan terbabit.

“Berdasarkan pelan yang ditunjukkan pihak MRT Corporation kepada kami, jarak laluan yang bakal dibina dengan rumah adalah dekat dan boleh mendatangkan gangguan teruk,” katanya.


Pada pendapat saya,kerajaan perlulah mendengar suara ataupun bantahan rakyat dalam isu tersebut.Walaupun adalah penting untuk membangunkan negara dari segi ekonomi,tetapi penting juga untuk menjaga perasaan rakyat yang dipengaruhi oleh projek pembangunan.



wong suk may/L6A/2012

Posts : 8
Join date : 2012-06-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum