PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

pengasuh mengaku pukul bayi

Go down

pengasuh mengaku pukul bayi Empty pengasuh mengaku pukul bayi

Post  l.ting-L6A/12 Sun Jul 15, 2012 5:37 pm

Kuala Lumpur: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan bengkak dan lebam pada muka selepas dipercayai ditampar pengasuh sebuah pusat asuhan di Presint 18, Putrajaya, kelmarin.

Muhammad Arfan Harraz Hazri, kini dirawat di Hospital Selayang apabila keputusan x-ray menunjukkan berlaku pendarahan di bawah mata, hidung dan telinganya. Bapanya, Hazri Nizam Zakaria, 33, berkata beliau terkejut melihat bahagian kanan muka bayinya mempunyai kesan lebam ketika mengambil Arfan dari pusat asuhan berkenaan, tetapi pengasuh terbabit memberi alasan mangsa alah kepada susu.
Isteri saya kemudian mendesak pengasuh itu menceritakan perkara sebenar dan dia memberitahu Arfan terjatuh dari katil bayi pula. Saya yang masih tidak berpuas hati, sekali lagi menghubungi pengasuh berkenaan pagi tadi (semalam) dan selepas didesak, dia mengaku memukul Arfan.

Pengasuh memberi alasan berbuat demikian kerana kononnya bayi kami tidak henti-henti menangis. Dia juga mendakwa tertekan kerana terpaksa menjaga lapan bayi berseorangan.

Keluarga mangsa kemudian membuat laporan di balai polis Rawang dan jurucakap polis, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

l.ting-L6A/12

Posts : 4
Join date : 2012-06-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum