Pengeluaran getah asli meningkat 17 peratus
Page 1 of 1

PENGELUARAN getah asli pada Disember 2011 meningkat 17 peratus kepada 79,726 tan berbanding dengan bulan sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan semalam.
Dalam perbandingan tahun ke tahun, pengeluaran dicatatkan merosot 6.5 peratus.Katanya, sektor pekebun kecil menyumbang 93.8 peratus daripada keseluruhan pengeluaran dengan baki 6.2 peratus disumbang oleh sektor estet.
Eksport getah asli Malaysia pada Disember 2011 mengembang 14.8 peratus kepada 76,144 tan berbanding dengan November 2011 tetapi menurun 4.2 peratus berbanding Disember 2010.
Kebanyakan getah asli Malaysia dieksport ke China (39 peratus), diikuti Jerman (12.4 peratus), Korea Selatan, Iran, UK, Portugal, AS, Belanda, dan Turki.
Sementara itu, pengimportan 62,918 tan getah asli pada Disember 2011 mencatatkan peningkatan 5.2 peratus berbanding November 2011 tetapi merosot 1.2 peratus berbanding dengan bulan sama pada 2010.
Thailand adalah pembekal utama (62.9 peratus) getah asli, diikuti oleh Vietnam (12.3 peratus) dan Filipina, Indonesia, Kemboja dan Myanmar.
Pengguna domestik getah asli meningkat 0.2 peratus kepada 33,896 tan pada Disember 2011 berbanding dengan November 2011, tetapi merosot 7.4 peratus berbanding bulan yang sama 2010.
Pada akhir Disember 2011, stok getah asli meningkat 5.5 peratus kepada 143,432 tan dari November 2011, dan naik 0.7 peratus berbanding bulan yang sebelum itu.
Purata harga bulanan lateks pekat menurun 3.5 peratus kepada 668.26 sen pada Disember 2011 berbanding November tahun yang sama. Ia turun 29.2 peratus berbanding bulan yang sama pada 2010.
Bilangan pekerja di estet getah pada Disember 2011 dicatatkan 10,900 orang, dengan gaji dan upah keseluruhan yang dibayar berjumlah RM15.6 juta.
Dalam perbandingan bulan ke bulan, keseluruhan bilangan pekerja dicatatkan menurun 216 orang manakala tahun ke tahun ia meningkat 90 orang atau 0.8 peratus
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Walaupun pengeluaran getah asli telah bertambah berbanding dengan tahun lepas (2011),tetapi ia turut menunjukkan kemerosotan secara keseluruhannya dari tahun ke tahun.Bagi anda,mengapakah pengeluaran getah asli akan semakin berkurang dan bagaimanakah untuk meningkatkan lagi komoditi pengeluaran getah asli?

Lixin Lim [U6B]- Posts : 16
Join date : 2011-05-20
Similar topics
» Kemasukan prasekolah meningkat kepada 70.4 peratus
» Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 40.1 peratus
» Penyakit kronik meningkat 10 peratus sejak 14 tahun lalu
» Prestasi STPM meningkat
» Labur RM600j gandakan kapasiti pengeluaran

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum