PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kemasukan prasekolah meningkat kepada 70.4 peratus

Go down

Kemasukan prasekolah meningkat kepada 70.4 peratus Empty Kemasukan prasekolah meningkat kepada 70.4 peratus

Post  yeeleng(L6A) Mon Jun 28, 2010 2:37 pm

KUALA LUMPUR: Peratusan kanak-kanak yang memasuki prasekolah meningkat daripada 59.56 peratus pada tahun 2005 kepada 70.4 peratus tahun lalu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata jumlah itu berdasarkan laporan "Education for All (EFA): Meet Decade Assessment" bagi 2000 hingga 2005 yang diterbitkan Kementerian Pelajaran. "Kadar kemasukan di sekolah rendah juga meningkat 0.3 peratus, iaitu 95.35 peratus pada 2005 kepada 95.65 peratus pada 2009. "Kadar murid yang menamatkan pelajaran sehingga ke Tahun Enam pula meningkat daripada 98.09 peratus pada 2005 kepada 99 peratus pada tahun lepas.

"Ini disebabkan bantuan yang diberi kepada murid seperti buku teks, skim bantuantuisyen, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan kemudahan asrama," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) mengenai status negara dalam pencapaian EFA seperti yang ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Wee berkata, dalam usaha meningkatkan pendidikan untuk semua, kementerian menjalankan beberapa program seperti kajian semula pendidikan bersama UNESCO dan kajian menjejak kanak-kanak tidak bersekolah, yang akan dijalankan mulai tahun ini hingga 2014 bersama Tabung Kanak-kanak Bangsa Bersatu (UNICEF).
Mengenai bantuan dan kerjasama dengan negara kurang maju dalam mencapai EFA, Wee berkata kerajaan memperuntukkan geran permulaan sebanyak AS$5 juta (RM16 juta) bagi tahun 2010 dan AS$1 juta (RM3.2 juta) bagi tahun berikutnya.

"Bantuan akan dilaksanakan melalui Program Kerjasama Malaysia-UNESCO (MUCP) yang berperanan meningkatkan kerjasama selatan-selatan melalui program bina upaya yang akan memberi manfaat kepada negara-negara kurang maju, negara-negara kepulauan kecil dan negara-negara di bawah agenda utama Afrika," katanya.

Mengenai langkah kementerian untuk memastikan pelajar yang tidak bersekolah tidak tercicir daripada mendapat pendidikan formal, Wee berkata kementerian akan menjejaki kanak-kanak itu dan mengenal pasti punca mereka tidak bersekolah.

"Setiap tahun memang tak capai 100 peratus...sekitar 96 peratus. Ada yang tak masuk sekolah kita, mungkin sekolah di negara jiran...itu berlaku," katanya.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum