PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Prinsip meritokrasi kemasukan ke IPTA kekal

Go down

Prinsip meritokrasi kemasukan ke IPTA kekal Empty Prinsip meritokrasi kemasukan ke IPTA kekal

Post  Kar Yung (U6A/2010) Mon May 03, 2010 3:15 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus melaksanakan prinsip meritokrasi yang menggunapakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum bagi kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin menegaskan kerisauan terhadap kedudukan dan prestasi pelajar Melayu dan Bumiputera di IPTA bukanlah alasan untuk menolak prinsip meritokrasi.
"Meritokrasi ini adalah satu falsafah yang menyeluruh, cumanya kita harus menggunakan dengan cara yang terbaik supaya tidak menimbulkan kesan yang buruk.

"Ini adalah masa yang terbaik untuk kita melihat kedudukan pelajar dalam universiti bukan hanya dalam sudut pendidikan semata-mata tetapi juga dari sudut lebih luas," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Ahmad Hussin pada sesi penggulungan Titah Diraja bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Ahmad meminta kerajaan menarik kembali prinsip meritokrasi yang didakwanya tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan melainkan perkataan kuota.

"Buat masa ini, ini adalah dasar kerajaan dan kita akan teruskan dan langkah affirmatif seharusnya dapat meletakkan pusat pengajian tinggi kita dalam konteks yang lebih luas," kata Saifuddin.
Selain itu, beliau berkata, langkah affirmatif juga akan menyusun atur kehidupan rakyat Malaysia bagi menjamin supaya tiada pihak yang berasa terpinggir atau tersisih.

Mengulas ketiadaan istilah meritokrasi dalam Perlembagaan, Saifuddin berkata, "Kalau kita nak lihat semua perkataan dalam Perlembagaan Persekutuan, maka adalah banyak sekali perkataan atau istilah yang tiada dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi dasar kerajaan termasuklah perkataan meritokrasi.

"Sebenarnya soal meritokrasi ini cuma satu daripada aspek iaitu aspek kemasukan pelajar ke IPT dan saya juga percaya ia juga berlaku dalam IPTS (institusi pengajian tinggi swasta). Kita perlu meletakkan meritokrasi ini pada tempatnya," katanya.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum