PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Iklan haram warnai Selayang

Go down

Iklan haram warnai Selayang Empty Iklan haram warnai Selayang

Post  NgSiokYing U6F/11 Tue Jun 22, 2010 1:11 pm

Iklan haram warnai Selayang
Ng Siok Ying L6F/10 wrote:SELAYANG 21 Jun - Pedih mata memandang apabila ke Selayang sekarang seminggu dua ini. Lebih menyakitkan hati apabila mencari nama jalan.

Ini kerana sejak akhir-akhir ini iklan haram kembali mewarnai segala papan tanda, tembok dan pokok. Boleh dikatakan ada sahaja ruang kosong, maka akan ditampal atau digantung dengan iklan haram.

Kewujudan ribuan iklan yang menghias dinding premis, tiang elektrik, pondok telefon mahupun perhentian bas bukan perkara baru lagi di sekitar Lembah Klang.

Namun apa yang berlaku di sekitar Selayang ini boleh dikatakan hampir setiap ruang kosong dipenuhi dengan iklan haram.

Dari iklan seperti pinjaman wang, iklan mencari pekerjaan, rumah sewa, sehinggalah yang terbaru iaitu pinjaman wang berlesen 'sempena' Piala Dunia yang dapat dilihat di sekitar Selayang Murni, Sri Gombak dan tempat tumpuan orang ramai yang lain.

Beberapa bulan sebelum ini pengiklan haram dilihat mengendurkan aktiviti mereka setelah pihak polis dan pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan besar-besaran ke atas golongan itu. Namun, setelah tindakan berkenaan reda, pengiklan haram ini kembali aktif.

Yang menjadi masalah kepada orang ramai ialah iklan haram ini turut ditampal di papan tanda arah jalan sehingga hampir mustahil untuk mengetahui arah mana hendak dituju.

Kesukaran ini mungkin amat terasa bagi orang luar yang datang ke Selayang untuk mencari destinasi yang hendak dituju.

Tinjauan Utusan Malaysia di Selayang Murni mendapati hampir keseluruhan papan tanda arah jalan dipenuhi iklan haram ini.

Tidak cukup dengan itu, papan tanda tempat parkir juga dijadikan sasaran, sehingga sukar bagi orang yang belum biasa dengan kawasan ini mencari tempat untuk meletakkan kereta mereka.

Seorang penduduk di kawasan ini, S. Vimala, 35, berkata dia sudah tidak tahan melihat keadaan seperti ini.

"Pusing kanan iklan, lihat kiri juga perkara yang sama," katanya.

Ujarnya, perkara ini bukan baru tetapi masih belum diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

"Berapa lama hendak tunggu untuk melihat Selayang Murni ini bersih dari iklan-iklan yang menyakitkan mata ini.

"Pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) harus segera turun padang untuk menyelesaikan masalah ini supaya ia tidak menyusahkan orang ramai lagi, terutama orang luar yang datang ke sini," rayunya.

Vimala berkata, dia juga kadang-kadang tersilap memasuki sesebuah lorong jalan kerana papan tanda arah jalan ditutupi iklan haram ini.

Seorang lagi penduduk, Nor Shazwan Hamid, 22, berkata, iklan haram ini telah menimbulkan masalah, terutamanya kepada orang luar yang hanya berpandukan papan tanda jalan untuk mencari arah.

Katanya, setelah papan tanda ini semua telah ditampal dengan iklan, mereka ini pasti sesat dan tidak menjumpai jalan yang hendak dituju, walaupun telah berada di kawasan yang betul.

"Pihak MPS harus memantau dan mengadakan operasi membersihkan iklan-iklan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali.

"Sayang sekiranya kawasan yang pesat dan menjadi tumpuan seperti Selayang Murni ini hanya dipenuhi iklan-iklan haram sahaja," katanya.

Tambahnya, pihak MPS harus menangkap manusia yang tidak bertanggungjawab menampal iklan ini supaya memberi pengajaran kepada yang lain.

Sementara itu, Mohd. Suhaimi Abdullah juga berpendapat yang sama, berharap agar MPS segera mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, operasi pembersihan harus dilakukan dengan segera supaya tidak menyusahkan orang ramai dan tidak sakit mata memandang.

"Adakan pemantauan yang berterusan mengenai masalah ini dan diharap jangan terlepas pandang lagi," tegasnya.

NgSiokYing U6F/11

Posts : 24
Join date : 2010-06-18
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum