PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bookie haram Piala Dunia 2010 ditahan

Go down

Bookie haram Piala Dunia 2010 ditahan Empty Bookie haram Piala Dunia 2010 ditahan

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed Jun 16, 2010 7:29 am

BUTTERWORTH: Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun, yang disyaki menjadi bookie menguruskan pertaruhan haram bagi kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010, di sebuah kedai makan di Jalan Raja Uda di sini, malam semalam.

"Ketika ditahan, suspek dipercayai mengendalikan pertaruhan secara online bagi beberapa perlawanan yang berlangsung semalam," kata Ketua Operasi Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Bukit Aman, Superintendan Maszely Minhat kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata suspek ditahan yang dipercayai pekerja premis itu, ditahan di kaunter bayaran jam 1.15 pagi dan polis merampas wang tunai berjumlah RM15,675.00 dipercayai wang pertaruhan, sebuah komputer riba yang mempunyai sistem pertaruhan, beberapa resit kosong serta empat bateri komputer.

Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495) yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM200,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 15 Jun lalu, polis menahan empat bookie dan dua lelaki dipercayai perantara, di sebuah kedai kopi ketika mereka sedang leka mencatat dan menerima pertaruhan.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum